Sabtu, 16 April 2011

SAYU TENGOK UJIAN IMAM MUDA

http://azizie.com/images/stories/imam-muda-astro-oasis.jpg

assalamualaikum..Imam Muda nak buka lembaran baru..dan pencarian calon-calon dah pun bermula..petang tadi,habiskan masa tengok macam mana proses pemilihan bakal Imam Muda untuk tahun 2011 ni..

makin lama tengok..makin sayu hati aku ni bila tengok,masih ramai sebenarnya anak muda kita yang berminat untuk menyertai program seperti ini.bukanlah seperti yang kita selalu dengar.."remaja sekarang..asyik hiburan je dalam kepala.." "remaja sekarang,ramai yang dah rosak" sebenarnya dalam ramai-ramai remaja,tak semuanya jahat,tak semuanya rosak..

bayangkan,mereka beratur panjang untuk menyertai ujian/ujibakat Imam Muda ni..lebih kurang macam ujibakat Mentor tu,tapi yang bezanya,cuma takde perempuan,tu je:) dan mereka datang dari pelbagai latarbelakang masyarakat..petani,pelajar,guru,imam masjid..

lebih terharu bila ada seorang mak cik ni,sampai menangis bila dengar seorang peserta mengalunkan surah Al-Fatihah.. sedap suaranya,bila tanya kenapa dia menangis..dia cakap,dia teringatkan anak dia..mudah-mudahan peserta tersebut berjaya.

semoga program ni mampu melahirkan insan yang lengkap dari segi sahsiah dan peribadi, semoga lebih ramai remaja kita yang berminat dengan program agama seumpama ini.. memang bukan mudah untuk menghadirkan diri,berdiri dan megalunkan surah-surah..bukan semua orang boleh buat..bukan semudah seperti pergi ujibakat AF,Mentor..ingat..:)

http://1.bp.blogspot.com/_l5OLBXKsZlk/S_dcNSKKa7I/AAAAAAAACDs/-m--U5HRYnU/s1600/imam+muda.jpg

http://azizie.com/images/stories/imam-muda-asyraf.jpg
JUARA IMAM MUDA 2010
ASYRAF:)

p/s:buat wanita,dari program ni,boleh buat penilaian,bagaimana kriteria yang kita inginkan dalam diri bakal suami kita,bakal ayah dan pendidik kepada anak-anak kita kelak..tapi,baiki diri kita dahulu,kerana LELAKI YANG BAIK,UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK..INSYAALLAH:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

4 ulasan:

  1. ~Lelaki yang baik utk perempuan yang baik~

    urmmm,Ya Allah,banyak lagi kena improve diri ni...

    BalasPadam
  2. miss eiza:betul tu..kita manusia yang tak sempurna,tapi kita mencuba untuk jadi yang terbaik..insyaAllah

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...