Isnin, 31 Januari 2011

JANGAN BUAT ORANG BERFIKIR BOLEH TAK??!!

salam keindahan dunia..
baru-baru ni aku keluar ngan family aku
benti makan jap..
aku duduk ngan mak aku..
tiba-tiba mak aku tanya..
"budak tu LELAKI KE PEREMPUAN?"
aku pelik..
"ai,mak ni,pelik noo sampai tak kenal lelaki ke perempuan"
terkeluar ayat tu,tapi dalam hati je..
aku pun toleh la belakang..
segan gak nak tengok orang,
tapi disebabkan semangat ingin tahu(chewah!)
aku tabahkan diri untuk toleh belakang..
(alololo ayat~)

aku nampak sorang awek ni
jalan ngan mamat ni..
(ni?korang nampak ke?hahaha)
dengan rambut masing2 dah bertukar warna
aku cakap kat mak aku..
"la mak,mesti la laki ngan pompuan"
pastu mak aku balas..
"tak,mak rasa dua2 pompuan"
aku toleh lagi sekali,
hurrmm...
perasaan ragu-ragu mula muncul..
dari gaya berpakaian,lelaki..
smart..
tapi aku mula musykil part gaya jalan..
pompuan..
takpe..itu biasa..
tapi nampak la satu PART yang menguatkan pendapat mengatakan dia PEREMPUAN!
(pepandai la pikir)
pergghhh..sampai macam tu sekali aku kena berfikir
semata-mata nak tentukan jantina mamat*minah* tu..
hadoiyai~
mesti korang cakap.
"heleh wawa,tu pun nak sibuk ke hal orang.."
bukan niat aku nak sibuk ke apa..
tapi lumrah otak kita ni untuk proses apa yang mata tengok kan?
so,takkan nak salahkan otak plak kot..

apsal aku pikir camni?apsal?apsal??

tapi apa pun,
bukan aku nak burukkan atau apa2 tujuan lain..
malas nak buat ulasan..
tapi kalau tengok dressing dia..
huiii..gila smart
kalau lelaki,dah lama aku tergoda,terpesona..
tapi,ia akan terbantut bila mendapati dia bukan lelaki!!!
oh my!!
apa!bukan lelaki??!!!

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 30 Januari 2011

PENGUBAHSUAIAN RUMAH


ok semua..
kalau masuk rumah(blog) aku
nampak apa-apa yang pelik,
jangan panik
atau terus lari..
kerana rumah aku dalam pengubahsuaian..
sebaranag kekurangan amat dikesali..
jangan risau..
tiada apa-apa yang berunsur seram,negatif,
apatah lagi lucah dalam proses pengubahsuaian...
so,keep visit my home ya!!
:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

OH INCIK OZ!!

salam keindahan dunia..
waa..nampaknya hujan masih semangat turun..
matahari pulak segan nak keluar..
sejuk betul..

ok,tahu tak BUKU NOTA?
hehehe..mestilah tahu kan..
well,semua dah tahu kegunaan beliau dalam hidup kita..
tapi sekarang dunia dah maju,
tak main la buku-buku ni..
right?

masa aku kemas meja aku,
nampak buku nota yang banyak bantu aku
time form 6 dulu..
nama beliau OZ..
ya,aku panggil dia OZ..
sebab...

INCIK OZ..

masa sekolah rendah dulu,
cikgu selalu pesan,
sediakan buku nota,supaya kita tak selalu lupa..
tapi aku tak pernah nak ikut..
rasa macam takde guna pun..
tue yang banyak kerja yang tak buat(ha!dah kantoi!!kuikuikui~)
tapi,start form 6,
rasa macam kena buat sesuatu..
(terlalu lambat untuk sedar..huuu~)
then,bermulalah wujudnya sahabat aku ni,INCIK OZ..
beliau banyak bantu aku..

incik oz aku bahagikan kepada tiga part..
part depan>semua perkara yang aku perlu buat..
part belakang>semua ayat bombastik yang aku jumpa dan dengar,
aku tulis kat bahagian belakang..BM dan BI..
part tengah>semua idea yang aku dapat untuk ditulis dalam blog..
dan jugak result aku sepanjang tahun..
kenapa tulis kat tengah?
sebab taknak bagi orang baca,
biasanya orang akan selak buku dari depan atau belakang..
jarang orang nak tengok part tengah..
:)

aku banyak bergantung pada incik oz,
sampai nak beli pen pun,
aku akan tulis dalam buku tu sebagai peringatan..
"pen abis dakwat,beli baru!!biru dan hitam"
itu antara dialog incik oz pada aku..

beliau jugak termasuk dalam individu yang bergelar kaunselor..
sebab..
ni kat bahagian belakang sekali..
tulisan tak cantik,tapi actually banyak membantu..
lantak korang ank cakap apa,
macam budak2 ke,apa ke..
yang aku tahu,ini cara aku untuk keep go on,ok!

lokasi incik oz biasanya dalam poket aku..
tak kira ke mana aku pergi,
rehat ke,bilik guru ke,padang ke..
dia selalu ada..
wee..
macam ceritera cinta seh~


oh!oh!
incik oz ada ni..


promote kedai buku Popular sat..
aku tepek benda ni kat muka depan..
senang kalau nak view tarikh..

sebagai naib presiden PROGEN,
kena jugak start banyak benda,dan incik oz bantu aku lagi..
nak tetapkan tarikh..
sebab aku takkan usung kelender besar gedabak tu sana sini..
cukup la dengan adanya incik oz..


jadi INCIK OZ,
SAYA SAYANG AWAK OK!
saya abadikan awak dalam blog kesayangan saya..
sebagai tanda sayang saya pada awak..
INCIK OZ IN MEMORY!!
:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 28 Januari 2011

PAK LONG ACCIDENT!!

salam keindahan dunia:)
baca tajuk pun dah tau aku nak cerita apa kan..
ya,Pak Long aku accident:(
Pak Long aku ok,bukan Pak Long korang..
nape aku tulis pasal ni?
hey!sukati la..S.I.B.U.K je!

Pak Long accident kat KL..
otw nak hantar anak dia(bang long) interview kerja..
keadaan beliau:ok cuma sakit dada,mungkin sebab seatbelt..
kereta:kelisa masih dalam rawatan..
bang long still boleh pergi interview
sebab Mak Teh aku tinggal kat KL,so boleh hantarkan dia..
alhamdulillah..

Mak Long pulak
sanggup drive sesorang dari Sg Petani ke KL
sebab dia risaukan Pak Long..
(ok,sangat terharu~)

sekarang aku harap Pak Long akan sihat sepenuhnya..
macam dulu..
suka tengok Pak Long gelak..
:)

Bang Long
wawa tak pasti Bang Long akan baca atau tak entri ni
tapi tak pe..
jangan risau
mungkin ni dugaan,
kadang-kadang kita tak tahu yang dugaan tu adalah
permulaan kepada sebuah kejayaan..
InsyaAllah..
be strong bro:)
p/s:semua,doakan Pak Long aku sihat ye:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

RASA MACAM NAK PAKAI BRACES

salam keindahan dunia:)
petang tadi baru selesai
tengok perlawanan badminton terbuka Korea
boleh tahan gak pemain China..
semua dia sapu habis..
lagi-lagi Lin Dan..
uuuuiii..
ok,dah keluar tajuk nih!
kembali ke pangkal jalan..
time tengok China lawan Jepun
along tegur
"eh,tengok..sume pemain Jepun JONGANG!"
dan adik aku sambung
"macam wawa la!!"

chis!ini satu penghinaan
hahaha..
dan aku pun balas utk membackup diri ini
"orang jongang memang hebat!"
tapi dalam hati segan seh!

sebenarnya dah lama simpan niat nak pakai BRACES
nak betulkan gigi aku yang tuuuttt nih..
mak cakap,
"tu lah,masa kecik,suka sangat tolak gigi guna lidah!"

huuuu~
gigi aku tak jongang sebenarnya
(taknak ngaku lagi tu!)
bahasa halus dia 'tak teratur'
ya!itu lebih sesuai..
kalau tengok cite Korea TV3,
budak nama Bom tu,
haa..lebih kurang macam tu la gigi aku..
uuu..MALU~

jadi,kat sini nak tanya,
siapa yang pernah pakai braces?
sakit ke tak ek?
aku dengar khabar,SAKIT!
BETUL KE??

masa sekolah dulu
aku pernah la wat rawatan gigi
disebabkan sakit,
aku rasa macam nak lempang je akak nurse tu..
mujur ada secebis lagi kesabaran aku..
kalau tak,tak pasal2 aku kena maki nanti..
"hang ni,aku nak tampal gigi hang,hang buat kuangjaq lak!dusshh!!"

so,gigi..
kau nak tak kalau kau cantik macam gigi orang lain?
nak?nanti kita(??) kumpul duit,kita buat facial ye..

ada warna warni la!!
kalau pakai yang ni,sumpah aku tak
akan keluar rumah!


NAK GIGI CANTIK!!!

p/s:tak suka bila bebudak ni nyanyi lagu Halimah Jongang
"jongang3x oh halimah jongang"
terasa seh!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

PAGI-PAGI DIPANGGIL SELAMAT PAGI!!

salam keindahan dunia..
selamat pagi
selamat hari hujan
dan selamat hari jumaat

hari ini bangun awal(cheh!awal ke?)
sebab kena uruskan adik-adik kesayanganku
nak ke sekolah..
mak dan ayah pergi kursus..

ya!yang pastinya
aku terbangun bukan sebab jam loceng
atau dengar azan
atau lain-lain bunyi..
tapi sebab mak call..
"wawa,bangun!tengok adik-adik nak pergi sekolah tu.."
dan aku.."orait!!!"
tapi mata pejam lagi..
kuikuikui...

adik aku nak bawak bekal,
so,layan je la..
suruh bawak nasi lemak,dia tak nak..
"tak nak!berlemak!"
hey budak!yang berkumpul kat perut anda tu bukan lemak ke??
haish~
jam tak bunyi??chis!!

awal pagi,masih tak hujan..
tapi sekarang dah hujan..
jam pukul 7.23 pagi
waa....
banjir la nampaknya..
dan skarang tengah memikir nak sidai baju kat mana la yek..
dah jadi macam kedai baju borong dah..

hohohoho!!
rasanya ini entri aku yang pertama ditulis pada waktu pagi..
waaa..
maju nampak!!

p/s:hujan oh hujan,
kenapa engkau turun...
sila sambung la..
lagu zaman tak matang lagi..

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 27 Januari 2011

KEGUNAAN LAIN HANDSET:)

salam keindahan dunia:)
hari ni nak cerita pasal handset
ya!handset korang tu laa..
korang pakai handset apa ek?
mesti yang mahal2 kan..
iphone sudah tentu la kan..
waa...

tapi,
korang tau tak
tanpa korang sedari
teknologi yang dicipta untuk tujuan komunikasi ni kadang2
ada kegunaan lain
apa dia?
meh tengok..

1>>PENGGANTI LILIN MASA BLACKOUT
-mesti pernah berlaku kan?hahaha
masa tengah syiok layan tv or on9
tiba-tiba takde letrik...
terus korang(termasuk aku)
capai handset untuk cari lilin..
sebab biasanya jarak korang dengan handset lebih dekat berbanding lilin..kikiki
yang dalam tandas pun cari handset gak(jap,korang bawak handset masuk toilet??!!!)
sape nampak handset saya???

2>>PENGGANTI JAM LOCENG
-percaya atau tak
kebanyakan orang lebih dengar cakap handset dari jam loceng..
lagipun alarm ada macam2 bunyi..
jam loceng bunyi dia kring!!!!!!! tu je
tak pun..teett..teett
mana la orang nak bangun..
jadi handset penggantinya..
ish..ish..kecik hati incik jam loceng
sampai hati korang:(

guna ni mungkin lebih mujarab..

3>>UKURAN STATUS KEWANGAN
-yang ni memang tak dapat dinafikan
kalau tengok orang pakai iphone
mesti ada yang cakap
'perrgghh..iphone tuee..mesti gaji dia besau'
padahal korang tak tau,
hutang je iphone tu..teeett!
tapi kalau orang yang pakai handset cikai
setakat boleh call n msg je
'hekeleh!ko tau tak,budak tadika je yang guna handset ni!'
tapi korang tak perasan dompet dia kat dalam poket tu tebal macam kamus Dewan
aku ada iphone 4,korang ada??!!

4>>GANGGUAN MASA SOLAT JEMAAH
-ya!yang ini telah berlaku!!
masa aku di PLKN,
hari sabtu kami dapat pegang handset..
masa solat isyak
tengah khusyuk solat nih..sunyi je sebab dah rakaat last..
tetiba dengar ringtone
'abang,angkat la call ayang,rinnnndddduu laaa,muuaahh!'
gila ko,mau tak terbarai gelak..
ish!tak concentrate nak solat..

tu kira ok lagi..
yang bunyi
'jingel bell..jingel bell..'
haduiyai...
pastikan handset anda silent sebelum melangkah ke masjid:)

oh ye tambahan!
5>>PENYEBAR VIRUS NEGATIF!
-handset digunakan untuk menyebar dan melayari
benda yang tak sepatutnya
contoh!
seks,fitnah,dan segala bentuk penghinaan yang tak sepatutnya

jadi,kita sama-sama fikirkan..
entri ni hanya untuk berkongsi:)
korang rasa ada lagi tak kegunaan lain handset???
:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

BEN ASHAARI BLOG


salam keindahan dunia:)
pagi ini otai kita
incik BEN ASHAARI nak buat pembubaran blog list beliau
so,aku pun nak merasa gak ada dalam menteri kabinet beliau..
lagipun ini untuk kebaikan bersama(macam pakar motibasi la!)
>nyatakan berapa kali anda update blog sehari..
-tiap kali on9,mesti bukak blog dulu,so,selalunya 4 kali update
(mujur ada wireless kat rumah,yeah!sayang ayah!!)

>jumlah entri
-173 tak termasuk yang ini:)

>kenapa berminat nak ada dlm bloglist beliau?
-sebab incik BEN ialah salah seorang otai dalam dunia blogging
so,ia adalah sesuatu yang istimewa untuk berada di bawah naungan beliau

>apa yang akan dilakukan jika blog dah popular?
-nak tambah entri yang LEBIH berunsurkan maklumat dan agama
sebab bila orang selalu baca blog kita,
takkan nak sajikan mereka dengan sesuatu yang tak best
which mean,tak bermanfaat,kan?

nak join jugak jadi menteri kabinet beliau?

percaya tak,aku bukak rumah incik ben utk entri ni
baru 3 org komen..
pastu bagi air skit(refresh)
da ada 24..
10 saat lepas tu(uii..kira tue!)
refresh lagi
da ada 50!!
woo..tak sampai 1 minit..
pergghhh..
tabik incik BEN!!!





terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 25 Januari 2011

~sENi kOPi~

salam keindahan dunia..
layan youtube lagi
jumpa lagi
sweet lagi..

kepada penggemar kopi@latte
mesti bertambah minat korang tengok benda ni..
jom..zasss~

(abang aku cakap kat oversea kalau nak belajar seni ni kena bayar 200 dolar
which mean RM 600...
woooo..






terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

~tUMbuH tAHi laLAt?? (1)~


salam keindahan dunia:)
aku actually tak pernah tahu pulak yang tahi lalat boleh tumbuh
aku rasa ia wujud sejak lahir lagi..
tapi rupanya tak..
aku start perasan pun bila
tiba-tiba tahi benda alal ni terberanak(amboi bahasa!)
kat jari aku..
hahaha..
so,nak dapatkan lebih maklumat,
aku tanya la incik google..
biasa la..
segalanya di hujung jari anda,right?
:)

selepas baca,tengok,dan baca lagi
baru la aku faham..

tahi lalat terbahagi kepada tiga iaitu:
Atypical Nevus-
tahi lalat yang berbeza dengan tahi lalat biasa.ia hampir menyerupai simpton kepada kanser kulit,tetapi ia tidak berbahaya.Namun,pembentukannya yang terlalu banyak akan membawa kepada risiko kanser kulit..

Halo Nuves(macam nama game la!)-
tahi lalat yang berwarna pink(ada ek?) dan coklat yang dikelilingi oleh kawasan berkulit cerah.
ia biasanya dapat dilihat pada orang muda.ia akan hilang tetapi ia adalah satu petanda kepada sesuatu masalah pada kulit wajah kita:(

Congenital Moles-
tahi lalat yang muncul semasa kelahiran.ia wujud sebaik sahaja kita dilahirkan.
dalam BM sebut tahi lalat bawaan.

tahu tak yang tahi lalat boleh berubah?
kerana ia bergantung kepada pigmentasi tahi lalat itu sendiri..
mereka yang selalu terdedah dengan cahaya matahari dikatakan akan
mempunyai lebih banyak tahi lalat di tubuhnya..
(patut la mat saleh yang selalu berjemur tu penuh moles kat badan...uuuiiii)

jadi,apa jawapan kepada kemunculan tahi lalat di jari kanan aku ni?
haa..ia disebabkan pertambahan usia manusia..
semasa kecil,tak semua pigmen tahi lalat wujud sepenuhnya..
(bila tahu tentang ni,setiap kali aku tengok tahi lalat tu,
tiba-tiba keluar ayat dalam hati aku..
"aku dah makin tua la..")
hahahaha...


jangan salahkan aku ok!
aku tak terlibat dalam kes ni!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 24 Januari 2011

~poYo tAHap DEwA!!~


AKU POYO!

salam keindahan dunia..
mood:meluat
subjek:member lama
objektif:meluahkan rasa meluat
situasi:
aku cari profile kawan ni untuk inform dia sesuatu
melalui facebook..
aku ingat nak tulis kat wall dia je..
senang..
tapi aku tak jumpa..
bila aku cek list friends
nama dia takde..
so aku try cari..
jumpa!
tapi awat tak di'add'?
sedangkan sebelum ni dia dah masuk friends aku..
pelik..tapi takpe..biarlah..

bila aku borak ngan member2
baru aku tau
dia remove ramai member2 sekolah lama dulu..

bila diteliti..
patutlah!!
dia remove kitorang yang tak berapa famous masa kat sekolah dulu..
(aku memang orang tak terkenal sangat pun masa kat sekolah,
sebab aku tergolong dalam kalangan yang biasa2 je)
hekeleh!!
POYO BETUL!!

mentang2 la kau agak kacak(bluuweekk!)
di mata wanita,
ditambah pulak dengan kamera baru yang ko usung
ke hulu ke hilir..
nampak smart la konon..

(memang nmpak smart kalau pegang benda alah ni)

TAPI!
tak bermakna kitorng ni nothing bagi ko..
haish~

si kacak memang macam ni ke perangainyer..
lantak kau lah sahabat..
asalkan kau bahagia..
aku pun tak kisah sangat
cuma nak kata kat sini yang kau ni
POYO!!
tu je...
:)



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 23 Januari 2011

~foLloWEr bERkuRang!!~


wuuu:(
awat berkurang follower aku..
aiyaa..
xpe,xpe..
its ok..
tapi mcam pelik..
mesti ada yg remove blog aku dari senarai bloglist diorang..
hahaha..kelakar betul lah..
anyway,tak rasa penting pun
sebab tujuan aku berblogging pun bukan nak ramai follower
atau nak famous,ops!!
haha..
ataupun nak tambah pendapat..no..no..
earning pun baru seringgit dua..
celah gigi je..
kuikuikui...
aku cuma nak..
ermm..
ermm...
tak tahu apa tujuan aku berblogging..
mungkin nak mengisi masa lapang kot(dah jadi macam hobi plak)
apapun..marilah teruskan berblogging
jangan sampai patah-patah jari tu sudah..
:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 20 Januari 2011

~cHArgEr IPhoNE????~

salam keindahan dunia..
layan utube tadi..
dan jumpa sesuatu yang..
ermm..
tak tahu lah
nak kata best,best la kot..
nak kata geli,orait gak..
jom usha>>


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 13 Januari 2011

~meREka TEtAp maKHluK-NyA~

salam keindahan dunia:)

hari ini balik kampung
ziarah atok..
aku suka balik kampung
sebab dapat jumpa atok
(chewah!cucu yang baik!!)
selain tu,
ada something yang special
bila aku balik rumah atok..

>haiwan belaan atok:)
apa?
as usual,
tak sah la kalo kat kampung tak de makhluk ni..

AYAM..
biasa je

ada lagi..

RABBIT!!
mula-mula 2 ekor je..
tapi sebab diorang(diorang?)
takde keje,
so,kaumnya bertambah
menjadi 8 ekor!!
perghh..
dah la comel,
rasa nak seludup sekor bawak balik..

ok,next!

HAMSTER!!
ok,serius sangat cute!
semuanya berjumlah
12 ekor sebelum ini
campur cucu cicit dia..
:)

ok,yang in paling istimewa..


nampak biasa je?
oh,tidak,tidak..
zoom in~

nampak?
ya,anak kucing ni buta..
biji mata dia takde
sedih kan tengok..
yang ni pun sama,tapi sebelah je buta..
so,disebabkan faktor apa ye?
keturunan?
no,mama dia sihat walafiat..mata dia besar punya!
teruja orang amik pic dia..

bila aku tengok anak kucing tu,
rasa sediah sangat
even kita mungkin tak tahu perasaan dia
tapi kita dapat tahu kesukaran dia untuk hidup
buta sejak lahir

tapi korang jangan ingat dia tak aktif,
dia paling suka melompat-lompat
bila dengar bunyi..
lagi-lagi bila dengar orang jalan..
dan aku perhatikan
deria pendengaran dan ingatan dia sangat alert
bila dia terjatuh dalam longkang
atau terhantuk kat dinding
dia akan ingat tempat tu..
dan percaye la
lepas tu dia takkan jatuh or terhantuk lagi




penat lepas bermain...

itulah kuasa Tuhan..
setiap apa yang dicipta-Nya
pasti ada hikmah yang kita sendiri tak tahu..
meow,aku harap kau dapat terus membesar
seperti anak kucing yang lain..
kau lah penyeri hidup atok,
kau jangan risau,
mungkin saat ini hidup kau sukar
tapi percayalah
bila sampai waktunya
kau akan mengecapi bahagia
kerana
KAU TETAP MAKHLUK-NYA:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 12 Januari 2011

~jOm nAIkKan tRAfik bLOg lAGi!!~



mesti korang semangat tengok tajuk ni..
ye la..
nak meriahkaan dunia blogger ni..
jadi,i have found something..
here..

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini.
Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini
untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


okeh,begitu,TAPI!!
ADA PERATURANNYA~

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. INGAT!! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

so,jom kita mulakan blogwalking lagi:)

p/s:pernah dengar kan tentang pasangan yang
bertemu di alam siber ni?
hurrmmm..
kalau dah jodoh,tak ke mana~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 11 Januari 2011

~keNAngAN iTu inDAh~

hari ini sangat terkenang saat-saat lampau..
masa bersama memang tak rasa apa-apa..
tapi bila dah berjauhan,
baru terasa rindu..
rindu pada zaman persekolahan
gelak ketawa bersama
kena marah,kena denda
kena puji,lawak jenaka
RINDU sangat..

kawan-kawan SMK Selancar
form 6 09/10
korang masih ingat lagi tak
bila kita habis je satu kelas
kita akan berkumpul ramai-ramai hujung kelas
bersembang..pastu mesti kena tegur dengan cikgu..
start tengah tahun,kita dah mula sedar skit2
hahaha..skit je..

sampai satu ketika
aku pernah tanya korang
"camne bila kita dah habis sekolah nanti?"
dan kita semua terdiam..
korang cakap mesti kita akan rindu saat tu..
dan kata-kata korang memang betul..
aku rindu nak duduk satu kelas dengan korang
rindu nak dengar lawak zam
tengok atan tido dalam kelas
tengok zam mengarut ngan remy
dengar ain jerit sound orng
tengok huda ngusik ina
rindu nak ejek ila
rindu nak jalan pergi bilik guru ngan bulat..
KORANG TAU TAK AKU RINDU KORANG??!!

masa kita main kamera laptop..
agak jakun..hahaha..

dengan cikgu Razdi..

masa pelantikan pengawas..
tapi kena marah ngan cikgu Maslinda..haha
kotroversinyer..


lelaki f6 terakhir..
korang tau kan korang sahaja harapan
untuk menyambung perjuangan kaum lelaki di universiti?


K.A.M.I

barisan tengah pasukan 6A2


semoga korang semua sentiasa happy sepertimana kita dahulu
walaupun kita sekarang dah tak selalu bersama
takpe,korang tau kan sekarang dunia semakin maju
segalnya di hujung jari anda..hehe
so,kita masih ada Mukabuku untuk terus keep in touch
aku sayang korang semua
aku sayang persahabatan kita
sayang seribu kali sayang..

video ini aku buat khas sebagai kenangan
semua pelajar f6(PROGEN)
SMK Selancar 09/10



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...