Khamis, 28 Februari 2013

WORDLESS WEDNESDAY *KAU GATAL, KAU GARU*

POST SEBELUM INI:

SUDAH JADI TUNANGAN ORANG.. ALHAMDULILLAH


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

TAK TERDUGA APA YANG ADA DI SEBALIK JENDELA

Assalamualaikum. minggu pertama semester berlalu begitu cepat. tak terkejar rasanya. sudah mendaftar subjek itu dan ini walau terkadang pernah terdetik di hati memikirkan kemampuan untuk mengendongnya hingga akhir semester. Semester ini memberi pengalaman baru, ya, berseorangan di dalam kelas yang penuh dengan pelajar Tahun 3, dan si aku ini terkulat-kulat sendirian sebagai pelajar Tahun 2. Semangat sangat down. Benar, hampir setiap akhir kuliah, tangan akan mencapai Nokia pemberian ayahanda, mendail no bonda, mencari sedikit kekuatan walaupun tak kuceritakan hakikatnya. Walau seringkali akan mengganggu guru semangat itu dengan kerjayanya, dia tetap seorang ibu. Ibu yang sentiasa bersedia mendengar apa saja.  tapi benarlah bonda sentiasa umpama ahli sihir yang mampu meneka hati anaknya. Terpegun seketika tentang fakta itu. Risiko ini diambil atasdasar mengejar major yang harus dihabiskan.
Semester ini, semua dugaanku silap belaka. harapan untuk hari sentiasa panas dan berangin, namun ribut taufan itu menyapa dengan senyum simpulnya. aku sendiri tak terbalas dengan senyuman itu. Cabaran demi cabaran, akademik membawa ke kerjaya MPD, satu demi satu. mungkin dulu sudah terfikir tentang itu, dan hati kata "jangan risau, aku kuat! aku mampu!". ternyata hati hanya tinggi mendabik dada saat itu kerana sekarang, dia makin rebah. Mata yang dulu terang meneroka dunia, takbur dengan keupayaannya berjaga sepanjang hari, bertahan walau sekuat mana cabaran itu tiba, kini hanya mampu menunduk malu tika air matanya terlalu mudah jatuh hampir setiap hari. 
namun, terima kasih kepada semua yang masih bertahan bersama aku ini, yang tegar mengharung dunia seiring aku. tak kusalahkan sesiapa, benar! Tuhan telah takdirkan segalanya. Terima kasih ayah bonda sejati, terima kasih jantung hati, terima kasih teman-teman abadi, terima kasih lima beradik mithali, terima kasih adik-adik perempuan yang disayangi. 
p/s: Mini (Pantun Antara Desasiswa Universiti) PADU sudah selesai, alhamdulillah. Nanti akan update tentang perjalanannya ye :)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 20 Februari 2013

SUDAH JADI TUNANGAN ORANG.. ALHAMDULILLAH

Setiap insan pastinya mengharapkan kehadiran teman sepanjang hidupnya.. Kata orang kasih yang terbina tak manis terbiar lama, maka kukuhkan ia dengan tali pertunangan dan ikat eratlah ia dengan pernikahan yang sah. Rasanya sepanjang 21 tahun lebih ni, baru 1st time ni menghadiri majlis pertunangan. Dapatlah lihat adat-adat orang Johor dalam melangsungkan majlis pertunangan.ok! sekalung syukur dipanjatkan sempena majlis pertunangan Kak Nor, my sweetest aunty ever! semoga kekal ke jinjang pelamin.. AMIN... tak sabar nak dapat uncle baru..chewah..gedik pulak aku...  
sebenarnya seronok bermajlis majlas (??) di kampung, tolong atok set up rumah, hantaran, masak-masak.. kena bebel skit-skit..haha.. biasalah ragam nendaku itu.. paling seronok masa marhaban. lepas tu bagi bunga telur. Johor memang meriah dengan marhaban. nak rasa? meh la singgah ke Johor ni... ok. macam biasa.. melawat tempat kejadian yok :)
bila ayah berpantun, tiada yang dapat menjawab sebab semua orang gelak.
ehem..ehem.. nak tunjuk skit hasil tangan kidal ni. (Mak Ngah punya idea sebenarnya.. )
wewwiitttt~~ 
 lima beradik :)
ok, ni takde kena mengena.. kudapan lepas majlis.
gambar hasil ihsan FARHAD DAUD nih :)
semoga berkekalan, wawa selalu doakan yang terbaik untuk Kak Nor :) tak sabar nak hidangkan nasi minyak kat tetamu..hihihi
p/s: bahu lenguh angkat barang bila bermulanya semester~
pos sebelum ini:

NAK SELAK SIKIT MUKA SURAT 3 WALAUPUN HAMPIR LEWAT


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 15 Februari 2013

NAK SELAK SIKIT MUKA SURAT 3 WALAUPUN HAMPIR LEWAT

Salam semua. sekian lama tinggal taman yang dah nak jadi semak ni, singgah la sekejap buang lalang-lalang yang tumbuh. Konon azam nak tulis entry setiap hari, nampaknya tak berhasil. Takpe, ni nak tulis balik ni. 
semester 3 dah berlalu pergi hampir sebulan yang lepas dan aku baru nak mencoret tentangnya sekarang. dah lewat bukan? ini kalau anak kucing, dah terbuka matanya, dah pandai berlari-lari dah. huhuhu.tak kira, nak tulis jugak. aku memang suka tulis lambat-lambat. ada masalah??
pengakhiran semester 3 sangat seronok dan gila. bersama mereka yang aku kira keluargaku di perantauan,. walaupun roomate kesayangan tak join lantaran sedikit kekangan, rasa kekurangan di situ, tapi perancangan tetap diteruskan. menghabiskan masa bersama, menanam sedikit benih memori di sudut keluasan tanah kehidupan kami. bermula dari petang, barbeque bersama di rumah SYED, bersama familynya yang ohsem! beribu terima kasih diucapkan. kemudian membawa diri masing-masing ke hujung Batu Feringgi, ambil angin sebentar. Bila badan dah sejuk, habiskan minyak kereta lagi dengan pusing sekitar Pulau Pinang. Awal pagi menyaksikan 10 budak hyperactive merayap di Mall yang dah nak tutup, di lorong-lorong kedai, mencari Street Art Penang, di pesisir pantai mencari makan penghilang lapar. sedikit coretan buat ingatan aku sendiri bila aku menyingkap sejarah blog ini nanti. 
Syed bersama familynya yang sangat baik hati :)
family Syed jugak. JIBAM! dia dah curi hati kami semua.
 sang lelaki yang hadir dalam hidup aku di USM ni.. mereka support aku seadanya aku. thanks guys :)
 seriously, mereka punya pelbagai karakter dan aku akan tersenyum setiap kali teringatkan mereka.
wanita unggul yang sentiasa tolak aku bila aku terundur ke belakang. tak ketinggalan sang roomate, ARI. selalu didik aku untuk jadi manusia. :)
 kami pelbagai ragam, tapi ada masanya, kegilaan itu tetap sama
 kan dah cakap..
 Mall dah tutup, tapi 10 pasang mata ni masih terbuka
Jadi, itu sedikit coretan aku bersama mereka. cerita yang sama juga tapi dari insan yang berbeza boleh dilihat di rumah MIRA dan SHAFIQ :)
seterusnya memori bersama kepimpinan Saujana, satu lagi sudut tanah kehidupan aku dah ditanam dengan benih memori bersama mereka. dan terkadang hati ini memanjatkan syukur pada-Nya kerana memberi izin pada aku untuk bernaung bersama mereka. dengan muka serius ingin aku katakan,aku banyak belajar daripada mereka. semoga segala yang kita rancang untuk sidang ini berjalan lancar dan dipermudahkan-Nya.
p/s: cuti semakin habis macam putung rokok yang semakin pendek. banyak perkara perlu diselesaikan menjelang permulaan semester ini. mungkin sejarah meninggalkan roomate sorang-sorang dalam bilik akan berulang lagi dan lagi... maaf roomateku T_T
post sebelum ini:

[GAMBAR] COOL-WALLET: 3 GAJET DALAM SATU PERANTI. KAU MAMPU??


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...