Ahad, 26 Jun 2011

PROSES PERTUKARAN TEMPLATE SEDANG DIJALANKAN

aduhai.. agak Jaaykaayy(jiwa kacau) bila blog buat hal..selama ni elok je,ni ntah apa masalah, merajuk sana sini,buat sepah widget la,hilangkan post la..nak kata problem kat Blogger,orang lain punya elok je..lepas dikaji,baru la tau,masalah template/layout..

geram betul la,ni memang tak best bro..penat didik supaya jadi blog yang baik,pastu mengada buat hal pulak..takpe,takpe,tengok la nanti..

sekarang saya dalam pencarian mencari template yang lebih sesuai.. sesiapa ada cadangan,sudi tak beri pendapat..saya dah penat mencari.. :(


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 25 Jun 2011

NAPE ASAL TENGOK IMAM MUDA JE RASA NAK NANGIS?

semalam tengok Medan Imam Muda 2,macam biasa semua peserta diberi tugasan dan tugasan minggu lepas tentang kasih ayah. mereka ditugaskan untuk menyelami perasaan ayah yang ditinggalkan anak-anaknya di Rumah Pengasih.

kadang-kadang kan,tugasan yang dijalankan oleh peserta Imam Muda ni,bukan saja dapat memberi manfaat kepada peserta,tetapi juga kepada penonton. macam semalam,saya ingat lagi kata-kata Imam Muda Hassan, "saya selalu pesan kepada saudara-saudara seislam saya,hargai ibu bapa selagi mereka masih ada,sebab bila kita kehilangan ibu,tidak akan ada ibu yang kedua yang dapat menggantikan serupa dengan ibu pertama,begitu juga ayah. manusia biasanya akan rasa kehilangan seseorang itu bila mereka telah tiada"

saya biasa tonton Imam Muda dengan mak dan adik-adik,bila sampai part yang menyedihkan tu,nak nangis,tapi segan..so,tahan je la..ngee~ :)

apapun bagi saya program tu satu program yang baik kerana ia membuka mata masyarakat yang seorang 'imam' itu bukan sahaja di dalam solat,tetapi juga dalam kehidupan bermasyarakat.



SEMOGA BERJAYA,IMAM MUDA HASSAN DAN IMAM MUDA NAZRUL yang berjaya ke peringkat akhir.

IMAM MUDA,terus memecah tradisi:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...