Jumaat, 31 Disember 2010

~enTRy terAKhiR tAHuN iNi!!~


selak-selak kalendar
dah tinggal sehelai..
maknanya sudah menginjak akhir tahun..
maknanya juga sudah tiba TAHUN BARU 2011!
wah,wah,wah..
suka sangat..
serius teringin nak tengok bunga api!!


seperti biasa
orang akan bercakap tentang azam dan matlamat baru
azam aku??
as usual
manjadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya..
tahun lepas azam aku
nak jadi pelajar yang terbaik..
ye..azam sejak dari tahun 3 yang tak pernah tercapai
hehehe..
manusia..sentiasa tak berpuas hati dengan apa yang ada..
hmm..aku cuma ingin sesuatu yang lebih baik..

azam besar tahun 2011..
>aku akan pastikan nama aku tersenarai dalam salah sebuah
UNIVERSITI
apabila keputusannya keluar nanti..
(sepatutnya azam tu tahun lepas punya kan?)
standard bagi seorang pelajar lepasan STPM..
:)
doakan aku pembaca semua
sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin:)

anyway..
semoga tahun ini adalah tahun yang baik
untuk aku,awak,anda,dia,beliau,
mereka,kita,
baginda,tuanku.
dan terutamanya
pemimpin negara kita..
oppss..tiada isu politik di sini ya!

yang penting berusaha dan terus berusaha!!

on your mark,get set,GO!!!

oh ya!aku terlupa sesuatu..
HAPPY BIRTHDAY
kepada semua 'anak-anak akhir tahun'
(?????)
anda semua adalah penutup tahun yang cukup sempurna
semoga bahagia selalu hendaknya
dari aku untuk korang:)
ucapan istimewa untuk
dan semua yang lahir pada tarikh 31Disember:)

apa?
hari ini besday saya??
OMG!!
thank you semua..
saya terharu~

p/s:aduiyai..tahun ni umur aku dah 20..rasa macam dah tua la pulak..20..20..20..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 28 Disember 2010

~bLOglISt "sAYa buDAk baRu beLAjAr"~

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan:)

orait!
terserlah kesusasteraan(betul tak eja nih?) aku..
niat di hati nak mengabadikan blog aku ini
dalam list blog
(sila la ke blog beliau)

baiklah..
cik comel suruh beritahu jangka hayat blog ini..
jangka hayat tak dapat dipastikan lagi
kerana ia masih bernafas
walaupun sedikit tersekat-sekat..
kihkihkih..
anyway..
blog ini dilahirkan pada tanggal
18/03/2009(baru balik dari PLKN seh!)
uiii..
agak lama la juga..
tapi sedih sebab masih tak seaktif blogger lain..

so,di sini..
i nak tag kawan-kawan blogger yang lain:)

intan
:)
:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 27 Disember 2010

~PerTEmUAn pERtAmA~


wah,wah..
kali ni nampak cam jiwang kan..
xpe..
cuma nak mencatatkan
sesuatu yang cukup penting
yang telah berlaku sepanjang hidup seorang sahabat aku..

weh,kau suruh aku buat post pasal ko kan?
hahaha..
baiklah!
hajat tuan hamba akan aku tunaikan
(macam jin dalam lampu ajaib la plak)

24/12/2010
kau beritahu aku
yang kau telah bertemu dengan kekasih hati kau
ok,fine..
apa?itu kali pertama korang jumpa??!!
hahaha..ajaib..
tak apa..
cinta memang macam tu..
ha?!
10 minit je?
hekeleh..
tak apa lagi..
masih tetap bermakna bagi korang kan..
anyway,aku doakan korang tetap kekal
WALAUPUN KORANG BERJAUHAN..
weewwwiiittt..
agak advance la ceritera cinta diorang..
walaweh!
tak apa..
yang penting
"boleh pandang-pandang.
jangan pegang-pegang,
duduk regang-regang..
hahaha"

apapun..aku rasa lagu ni sesuai dengan korang..

Sheila On 7-Hari Bersamanya

Hati ini tlah terganti, tapi tak ku hindari
Tibalah saat ini ku bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Pantaskah aku ulangi merusak harinya

Mohon Tuhan untuk kali ini saja

Beri aku kekuatan untuk menatap matanya
Mohon Tuhan untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Kau tahu betapa aku lemah dihadapannya
Kau tahu betapa lama aku mendambakannya


aku rasa nak gelak bila kau cakap
"aku tak nak jumpa dia,
tunggu 5 tahun lagi la..
malu laa.."
hoit saudari!
kau rasa 5 tahun nanti
kau masih dengan dia lagi ke??
hihihi..
dia memang kawan aku
yang takkan pernah berubah
hope you always happy my dear:)







terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 24 Disember 2010

~hAPpy anNIveRSarY!!!!~


wah!wah!!
pejam celik,pejam celik
dah sampai hari ulang tahun perkahwinan..
ha!aku?
weh!bukan la!!
ini istimewa buat ayahanda dan bondaku yang terchinta!!

dah 21 TAHUN dah..
Alhamdulillah..
ececece..suka la tue wawa buat post untuk mak..
mak selalu komen kenapa aku tak pernah tulis entry pasal dia..
hehehe..
ok mak,
this is special for u!!


ya!!
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-21!!
24/12/1989
(this is the day!!)
weewiittt~
semoga hubungan yang telah terbina setelah sekian lama
akan terus kekal selama-lamanya!!

terima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan
demi membesarkan anak-anakmu ini..
dari jahil tak tahu apa-apa
sampai lah dah besar panjang
dah pandai bawa diri di tempat orang
dah boleh fikir mana baik dan buruk
TAPI..
kami masih dan akan sentiasa perlukan
kasih sayang dan bimbingan
daripada
MAK DAN AYAH!!


my lovely father ever!!


sweet kan?ahaks!!

attention!!!!
I LOVE MY PARENTS!!!

p/s:sangat teringin nak datang masa kenduri perkahwinan mak dan ayah
hahaha..gilakah aku??
ngeee~

mak ngan ayah atas pelamin
aku pun jerit
"tue mak ngan ayah saya!!"

hahaha..
mengarut!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 20 Disember 2010

~pEMergIAnMu~


masih teringat lagi masa sekolah dulu..
time exam..
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
(ustazah noratikah dalam kenangan)

kalau tak silap aku exam trial
sebab dalam dewan
biasalah
nama pun exam Syariah..
ada tentang Rasulullah..
so,aku nie jenis pelajar yang malas nak cek balik bila abis jawab(jujur nih!)
tu yang susah nak dapat A tu..hehehe
aku pun selak2 la kertas soalan tu..
baca pasal Rasulullah..
tiba2 pulak hati aku nie jadi touching..
aduiyai,time2 exam lak tu..
tapi,biar la,aku dan Tuhan je yang tahu..

agak lama la aku mengelamun..
teringat kisah2 tentang kemuliaan,kebaikan,kesopanan,
dan semua tentang kekasih Allah itu..
masa tue,
aku terus ambil kertas soalan(haha,kantoi!)
pensil(pen x boleh!)
dan mula menulis
semua ini>>>

Ya Rasulullah..
Geringmu membawa petanda,
kau kan pergi menghadap Yang Esa
Disisi Humaira’ isteri tercinta
Dikelilingi sahabat juga saudara

Sebelum pergi kau bisik padanya
Membuat puterimu tersenyum gembira
Kau menunggu kedatangannya
“di akhirat sana kita berjumpa”

Setelah kau pergi sunyilah kota
Hiba Umar tidak terkata
Akan dipenggal semua kepala
Andai dikhabarkan kau telah tiada
Namun imannya kukuh sentiasa
Direlakan juga walau terpaksa

Bilal pergi keluar kota
Kerana pilu tidak terhingga
Setelah lama kau bersemadi
Kota sunyi tidak berpenghuni
Tiada kau sebagai penyeri
Suka dan tawa tidak didengari

Mimpi Bilal kau datangi

“adakah aku tidak kau sayangi??
Wahai Bilal,ziarahlah ku disini
Rindu padamu tidak terperi”
Menangislah Bilal bangun dari lena
Tidak disangka baginda menunggunya
Segera berkemas pulang ke kota
Berlarilah unta meredah benua

Di saat tiba di dalam kota
Di makam Baginda terduduk hiba
Air mata menitis jua
“betapa ku rindu pada Baginda!”

Dengan semangat dan azam baru
Gunung kau daki tanpa ragu
Azan dilaung memuji Yang Satu
Suara merdu memecah di kalbu
Menangislah seluruh penduduk kota
Azan mengimbau kenangan bersamanya
Tidak didengar sekian lama
Kini bergemanya menusuk di jiwa

Beramai-ramai menjalankan kewajipan

Wajah Baginda bermain difikiran
Alangkah rindunya tanpa sempadan
Namun hidup perlu diteruskan….


tak sangka pulak aku boleh dapat ilham masa exam
ish,apa la aku nie,
tak concentrate langsung..
tapi,lepas habis exam
aku salin ballik semua tu,dan simpan..

bila sampai masanya
,aku hantar kat ILUVISLAM.COM
ingatkan kena reject,tapi Alhamdulillah diterima..

bukan niat nak takbur atau apa.
.cuma nak menyatakan,
kadang2 kita tak sedar
yang kita selalu leka
,lupa dengan kewujudan INSAN MULIA ini..
bila kita tersedar,
kita akan tahu betapa kita sangat memerlukan baginda
sebagai contoh ikutan yang cukup sempurna..
sebab kita juga dah tahu kenapa baginda digelar
KEKASIH ALLAH..




p/s:kenapa laman web iluvislam yang baru tak boleh nak login?
ke aku yang tak jumpa??


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 17 Disember 2010

~nAk,ni pAk cIK Ni..~

sekadar gambar hiasan..
chewah!

selamat petang dan salam satu Malaysia..
(Malaysia memang satu pun..)
sekarang jam sudah menunjukkan waktu yang sesuai untuk anda semua beriadah..
maka pergilah sihatkan badan anda..

apa aku mengarut..
ok,abaikan..
cerita sebenarnya ialah..
suatu petang,
aku on phone maxis yang da berhabuk
sebab dah lama tak guna..
kedit pun banyak lagi..
dan masa tu dah tentu2 la berduyun2 masej masuk
tentunya bukan daripada kkawan aku
but dari Maxis
entah pebende aku pun tak faham..
memenuhkan inbox aku jek..
aiyaa..

tetiba dalam bebanyak tu
terselit satu mesej dari no yang panjang berjela2
mesejnya berbunyi begini(wah,skema ayat!!)

"ni pakcik,pakcik ade hal
tolong top up kan pakcik RM 30 kat no
01281....."

hoit!!!!!
tak beragak betul 'pakcik' nih..
ni salah satu alternatif nak dapatkan topup percuma
chis!
bila masa pulak pakcik aku guna no berjela2 tu
da lah mintak RM30..RM30!!!
memang melampau
alaa..kalo mintak RM1 pun aku tak bagi la
bukan kedekot tapi mintak la dengan cara yg sopan..
request ke..apa ke..
tak yah la nak menipu kan..
(nampak cam aku baik kan..hahaha)

aduiyai..
aku pun tak paham la
makin tinggi teknologi kita
makin berleluasa gejala ni..
aku tau bukan aku sorang je yang kena..
so,apa tindakan kita seterusnya?
sesama la pikir..



entry ini dibuat dalam masa 10 minit..
rekod terbaru..
hahaha..
sebenarnya nak balik kampung ni..
biasa laa..dah habis exam..
nak jumpa nenda terchinta..
okeh..jom sume..
BALIK KAMPUNG!!

p/s:RM 3O..perghh..gila la 'pakcik' ni..
kalo aku jahat aku da bagitau da nombor dia..
hurmmm...'pak cik',niat saya bukan jahat
cuma nak berkongsi saja ye 'PAK CIK'!!!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 15 Disember 2010

~eXam tAMat akHirnYa~


15/12/2010
exam STPM 2010 telah pun berakhir..
diminta kepada semua pembaca supaya
mendoakan kejayaan petadbir wilayah ini..
terima kasih..

keadaanya masih seperti peperiksaan besar lain..
cuma agak tak meriah kerana calon hanya seramai 24 orang..
pengawas peperiksaan pun dah macam malas nak jaga..
bosan weh!tengok muka yang sama je
kalo comel tak pe gak
ni..
(kawan2,aku tak maksudkan korang..nggee~)

jadi,perasaan sedikit lega dan senang hati

bayangkan dalam kostum itu adalah diriku..
huhuhu

tapi sedikit risau
tentang keputusan yang lama lagi nak keluar..
kenapa la result keluar lambat..
hadoi..penat nak tunggu..
kalo SPM dulu takpe la
ada PLKN..
ada gak keje aku menggelapkan kulit
menyakitkan tekak dok kiri kanan!,kiri kanan!
tapi sekarang takde PLKN untuk lepasan STPM la
hahaha..takpe..
lepas ini aku dah tak merasa da pakai baju biru tu..
uuuu..kenangan..

jadi,aku rasa aku boleh la men'fokus'kan minda aku
dalam kerjaya BLOGGING..
woooo..i like....

kepada rakan2,jaga diri anda semua baik2..
aku dengar korang buat benda tak senonoh,siap korang..
tapi percaya la..
aku akan rindu korang sangat2
SANGAT!!
dah macam2 perangai kita buat
dah macam kanak2 ribena
even umur semua da lanjut da
dah boleh panggil warga emas
tapi perangai still like budak tak dapat gula2..
hahaha..
*mood RINDU!!

aku budak topi merah..
gigi kami adik beradik!!
huhuhuhu..

sempena hari last..
dapat hadiah..
weeeee...
nak?
woo..lemak ah!!


zoom skit..



uuu..
I .... U


p/s:apa nak buat time cuti ni???
ADA CADANGAN BERNAS??





terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 10 Disember 2010

~aWard LAgI!!!~

baiklah,baiklah..
walaupun aku sedang sibuk dengan exam sekarang(chewah!)
tapi aku bukanlah seorang yang pelupa kepada sesuatu yang istimewa..
Alhamdulillah..

so,dengan ini saya selaku pentadbir di wilayah ini,
nak ingin memberikan pengikhtirafan kepada
yeah,tepuk!tepuk!!

cik cantik manis ini ialah follower ke-100 saya!!
weee~~~
so,nk promote gak la blog beliau..
sila la fly blogwalking ke sana ye..

thanks a lot..
jadi x best la kalo setakat thanks je kan?
nanti merajuk pulak cik efa..
hehehe

alolololo...jangan merajuk walaupun anda cute..

so,dengan rasa bangga teruja,
saya nak beri award kepada kak efa!!
chewah,terus panggil akak..
alaa..betul la..
bak kata Rasulullah,
hormat pada yang lebih tua,sayang pada yang lebih muda:)

jadi,kak efa..
amik la award ini..
x cantik sangat pun,tapi ini tanda saya menghargai anda:)
(tetiba rasa diri ini sangat baik)
ngee~


p/s:impian kecil da tercapai nak cukupkan jumlah follower sampai 100
impian kecil seterusnya bakal menyusul tiba..
semoga dikalbukan..InsyaAllah..
Amin~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 6 Disember 2010

~jOm tiNGkaTKan peNGunJunG BloG anDa:)~


okeh..apa ini??
ini ialah salah satu cara untuk promote blog saya,anda,kamu,mereka,kita...bla,bla,bla..
untuk makluman lanjut,sila klik saja banner di atas^
sila,sila...

actually aku masih ngak ngerti pebende ni..
tapi disebabkan ia nampak best,tarik menarik tertarik da boomm..
maka aku pun men'join'kan diri ini even aku x paham..
weh,kuangjaq,cakap aku lembap..
helo!bukan lembaplembab,lambat paham je..ok..

syarat2 kelayakan(dah macam borang permohonan plak)
boleh klik sini..


ok,nak memenuhi syarat..
"Saya suka berblogwalking kerana..

boleh mengupgrade jumlah sahabat.
cari entry best.
tambah ilmu di dada.
leh dapat hadiah..weee~

jadi,nak tag sahabat kesayangan hamba:)


so,untuk keterangan lanjut,sila layari...
(ayat aku da skema skarang..ngeee~)

p/s:tajuk tu membuatkan orang teruja nak tau pasal bende ni..
bloglarian..larian..hurmmm..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 3 Disember 2010

~TanGLed..aNImasI rOManTis~


baiklah..
kepada semua peminat filem animasi,,
anda semua tentu sedia maklum
filem ini sudah pun keluar
TANGLED!!!

walaupun aku tak tengok kat cinema
tapi..
hehehe..
pepaham je la mana dapat..
thanks Mr. Torrent!!
muaahh~

aku suka filem ni
sebab
>kartun yang cun-melecun
bukti:
comel kan??

>hero yang hensem
bukti:

>kelakar
and
>best!!!!!!!!!!!!!
(walaupun cerita ini sangat tidak logik..perhatian,SANGAT tidak logik!)
kenapa?

rambut panjang gila!
boleh buat selimut...

bersama post ini
aku selitkan sedikit babak yang aku minat..
check this out~



sesumpah ni chomel sangat!!



satu yang aku perasan..
mata Rapunzel sangat besar!
dan gadis comel ni ada 2 gigi arnab..
hahaha..cute!!

ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..
tengok mak dia laa..
sebijik!
aku tak nak citer ending dia camne
nnt tak best la kan..
tengok la sendiri..

so,kesimpulannya di sini
aku nak anda semua tonton filem ni..
kepada yang da tengok..
jawab soalan aku
best x citer ni?best x??
tengok tau..
tak salah orang dewasa pun tengok kartun..
standard apa..
(lagipun korang tak semestinya matang sangat..kikiki~)
okeh..have a nice fantasy with TANGLED!!
:)

p/s:teringin nak cipta satu cerita fantasi sendiri..
hakhak..kreatif sangatkah diriku ini???
weh!exam laa..ko layan kartun apsal??!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 30 November 2010

~lAGu pADa bLOg mENgaNgGu??~


salam keindahan dunia..
hari ini mood sangat tidak bagus
kerana telah dikritik oleh 'insan yang terlebih jujur'
perhatian!TERLEBIH JUJUR!!
ingat bagus ke??
hmm..ntah la..
apa yang dikritik ialah...
"lagu kat blog xleh buang ke?
bising laa"
hoit,hoit,hoit!!
aku x marah ko depan2 sebab ko kawan aku k..
aku hormat ko..
tapi hati dan perasaan ini x dapat nk maapkan anda wahai sahabatku..
ok la,fine,aku amik dari sudut positif la..
THANKS!!

kerana itulah,
sejak hari ini,blog aku sunyi dan sepi..
kosong tanpa kata..
oh...

xpe,mgkin betul jgak kan..
menganggu hingga orang stress..


hohoho...
lepas ni kena amik lagu yang lembut2..
layan orang kabor..

apa2 la..
aku ni jenis xleh orang kutuk,
mmg panas..
tapi masih ada sedikit kesabaran dalam hati kau ni..

to my FREN!
mekasih la yek..
kalo ko baca post ni,terasa ke,apa ke..
msg la aku..
pe2 hal kita bincang ok!
ha,nk marah la tu..kui,kui,kui..

fakta:diam adalah lebih baik:)

p/s:x baik tau kutuk2 orang..
kalo dapat org cm aku,xpe sbb aku x reti nk mrh..(chewah!)
tapi,dapat org yg xde kesabaran di dada..
mau kena makan..
aumm..

jap,jap..
tu edison chen ke????
oh tidak..
nsem kan?kan?kan?


kan?kan?
hambik ko..
aku bukan obses..
cuma agak 'ter' tak terkawal diri..
kikiki..

tapi sayang,
mamat nih penuh dengan skandal plak..
adoiyai..
kenapa bnde macam ni selalu melanda org nsem??
kenapa??!!

kesimpulannya,jgn jadi nsem sangat..hehehe



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 29 November 2010

~aWArd uNTuk aNDa!!~

okeh sume..
jgn perasan ye..
bukan untuk anda..
tapi untuk incik waffle!
kenape??
hish,sibuk la korang..
sebab incik ini ialah follower saya yg ke-90!
ok,tepuk tangan!!
(weh,tepuk la,tau la korng da ramai follower sampai beratus2..
jgn nk wat belagak,takabur,riak,bongkak,kerek n lain2 sifat mazmunah kat sni..)

selalu orng wat award utk follower ke 100,ke-1000..
tapi aku nk wat len skit la kali ni..
asyik nk ikot orng je..
huhuhu..
actually,aku rasa incik ini kawan abg aku..
sebab?
first:aku jmpe blog dia dari blog abg aku(incik ard)
second:firasat aku je..tapi mmg betul kot..

so,utk mnghargai incik ini,maka aku promote la blog dia kat sini..
dia mnat edit pic,spesis abg aku gak la..
x caye gi fly kat blog dua insan ni..
oh,incik waffle ada 2 blog..
sila,sila ye..

ini salah satu pic dari blog beliau..
(skema ayat aku weh!)

(kena kecik je..xleh beso2..
nanti tuan dia marah..ngee~)

jadi,incik..
amik ea award ni..
tak cntik pn..
(huhu..malu laa:( :(
aku x reti edit pic cm korng..
sume,jgn pndang enteng pada aku ek..

so,orng len!!
jgn gatai tangan nk amik award ni..
:)


p/s:tunggu masa nk belaja edit pic..
uuuuu..jahilnye dlm bab nie:(

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

~nAPe bAGi akU,Weh??!!~


minggu ni aku slalu la gak dngar radio
(radio kat phone jek..huhu..)
kalo korang ni kipas susah mati(ayat Gempak) hot FM,
mst korng tau pasal konsert Twisties Bingit!!
kan?kan?
aku pun ada la dngr gak..
dengar gitu je la..

tetibe..
17.29..
tweet..tweet..smssss..
RM0.00 Tahniah!Anda telah menang pas VIP ke
Konsert Twisties Bingit!Code......
(ne leh bgtau,aku ni kdekot orngnye)
Tunjukkan SMS ini di pintu masuk..
`
hohoho..
aku x tau pun dapat,
aku men masuk je contest tue..
aritu dpt ringtone dia,tapi xleh bukak..
chis!!
membazir 30 sen aku tau x..
nape x ddpt adiah duit tu??
kedekot la penaja bnde alah nie..
mst bagi kat sorang je..KEDEKOT!!
(dari jauh penaja tu sound aku,
hoit,ko ingt aku ni kaya bebenor ke??!!)
huhuhu..
aku nk makan Twisties je..

hmm..anyway,aku x pegi pun..
ingat incik ayah nk bagi ke aku gi tmpat cmtu,aku pn xnk..
exam maa..

so,sape yg nk gi,leh bgtau aku,nnt aku bagi msg tue
(eh,boleh ke cmtue?????)
xpe,layan je..kuang..kuang..
aku x kedekot ok!diulang,x kedekot..
sharing is caring..wah!

bila orng nk jmput aku jadi tetamu VIP tengok konsert
Maher Zain??
yg ni baru la aku xcited nk gi..


hahaha..
apepun,semoga berjalan lancar la konsert 2
tanpa aku sebagai tetamu VIP nya..
hahaha..perasan!!

p/s:jom ikot aku sebut TWISTIES BINGIT!!
(ikot intonasi dia tau!)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...