Selasa, 23 Oktober 2012

3 PERKARA ITU PASTI BERLAKU

TUA, KESAKITAN, DAN KEMATIAN

tiba-tiba terfikir satu ketika dulu sering berlaung kepada sahabat bilik. "bila la dapat bertandang ke majlis perkahwinan? rindu kesibukan orang ramai. rindu gelak tawa ipar duai. rindu kemeriahan paluan kompang. tapi aku lupa seperkara. lupa memikirkan. "bila kali terakhir aku bertandang ke rumah yang penghuninya telah dijemput Illahi? bila? aku lupa kesibukan orang ramai menguruskan jenazah, aku lupa rintihan tangisan saudara yang ditinggalkan, aku lupa suara alunan yasin di sisi si mati, alunan suara si pembaca talkin. sungguh! betapa benar kata-kata " bila kau mengingati MATI, kau akan tahu betapa Allah itu sentiasa di sisimu" terima kasih ya Tuhan. Kau benarkan aku mengingati saat matiku. Kau benarkan aku mendoakan kembali saudara-saudaraku yang telah dijemput-Mu. Kau izinkan aku memuhasabah amalanku selama ini. terima kasih ya Penciptaku.

sebentar tadi juga sempat bersama Majlis Penghuni Desasiswa Saujana, meraikan hari ulangtahun kelahiran ayahanda kami, ayahanda ceria kami. Selamat Hari Lahir wahai ayahanda. Dia banyak ajarkanku tentang kredibiliti seorang pemimpin. Di sebalik tawanya sebentar tadi, terselit katanya, "Tua itu antara 3 benda yang yang pasti terjadi". ya, usia yang semakin meningkat dikatakan mampu mematangkan diri, tapi terkadang jua membawa diri jauh dari landasan-Nya. nauzubillah.

hari ini juga mendengar khabar, ramai sahabat-sahabat yang jatuh sakit, akibat cuaca mungkin.. sakit yang pasti ada ubatnya InsyaAllah. tapi senyuman terukir jua bila masih bertemu mereka di dalam kuliah. kuatnya dirimu wahai sahabat-sahabat. semoga cepat sembuh!



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...