Jumaat, 15 April 2011

CERITA FADWA PENGAWAS JAHAT! (JAHAT KE?)

assalamualaikum...pagi tadi kemas baju yang lama-lama,terpandang satu pasang baju,tersangkut megah dalam almari..baju biru,kain biru gelap..terus aku tersengih sorang-sorang..teringat zaman sekolah rendah dulu..shuiiingg(bunyi flashback..kikiki)

"Fadwa,awak dilantik jadi pengawas untuk tahun ni..nanti cakap kat mak,beli baju pengawas,bulan depan,cikgu nak semua pengawas dah berpakaian lengkap" cikgu pandang aku,nampak muka dia tak main-main.. "ok cikgu!" perggghhh..bangga betul rasa... biasalah,time tu jawatan pengawas memang budak pandang tinggi seh!(sekarang tak dah kot..)

http://sksyamd.zoom-a.com/img/pengawas.JPG
gambar hiasan je:)

sebenarnya bila fikir balik,aku rasa aku bukannya layak sangat jadi pengawas,(mengaku..ahaks!) betul..tak tipu..kadang-kadang selalu gak datang lambat,selalu gak rebut-rebut masa kat kantin,selalu gak bercakap masa perhimpunan(wajib!),jahat kan?kan?(angkat kening) bagi aku tu dah jahat dah,tak boleh jahat sangat,nanti nama balcklist woo..

disebabkan tahun tu aku darjah 6,kira paling tua la kat sekolah tu,so,ada la sedikit kuasa veto..hihihi.. kejahatan aku sebagai seorang pengawas yang aku pernah buat,ni yang aku ingat la,yang lain aku tak tahu la..pertama,aku suka marah budak darjah satu masa diorang keluar rehat.macam warden asrama tu..aku pun tak sangka aku segarang tu..konon-konon kena beratur masa nak pergi rehat,aku ngan kawan hidup mati aku sampai sekarang,AIN, suruh bebudak tu beratur.. angkat tangan!turun!angkat!turun!ok,jalan!woi!beratur elok2 la!! (padahal bebudak tu elok je beratur)

kedua,aku pernah bentes kaki budak(alaa..tahan kaki orang sampai tersadung jatuh)..ops!jangan salahkan aku,dia yang salah..time balik,kitorang pengawas ni kena tercongok sepanjang jalan untuk pastikan budak-budak beratur masa balik.dah la tengah panas,pukul 1 lebih,terik dia..mak aihh.. tapi sabar la..pengawas kan..pfftt.. tiba-tiba ada budak ni,main kejar-kejar pulak.. kawan aku tegur,tak dengar,ketua pengawas tengking,lari jugak.. waaa..ini boleh mendatangkan marah beb!dah la tengah panas ni..aku pun set masa..bila budak tu da dekat ngan aku,aku pun keluarkan skit kaki berkasut hitam cun aku,(cun pun cun la,yang penting misi aku berjaya) gedebuk!!macam nangka busuk jatuh daaa..macam biasa,muka aku,muka tak bersalah..budak tu pandang dengan muka macam nak gusti ngan aku..tapi tak jadi sebab aku PENGAWAS..haha.. dan dia berlalu,berjalan! ketua pengawas pandang dari jauh je..

http://ar-romli.net/xoops/uploads/photos/401.jpg
lebih kurang macam ni la yang aku kena lalui..
SETIAP HARI!

tapi yang aku perasan,budak-budak suka aku(perasan) kalau aku jaga kelas diorang masa cikgu mesyuarat..disebabkan aku tak suka dengan keadaan kelas yang sunyi je,dan pengawas dok kat meja guru,buat kerja sekolah,cheh! tipu semua tu,tak best.. so,aku selalu ajak budak2 kelas tu,tak kira la darjah 1 ke,3 ke,main game.. aku bagi soalan,siapa betul,aku belanja gula-gula yang aku akan beli kat kantin..waaa..suka la bebudak tu,soalan bukannya susah sangat pun..sebab tu aku rasa berat hati je kalau cikgu2 mesyuarat,habis duit aku!haha..tapi aku puas hati..sampai budak-budak panggil aku 'AKAK GULA-GULA'! panggil la AKAK SWEET..haish~

aku rasa tu je kot yang terjahat dan baik yang pernah aku buat*baik banyak:)* tapi yang jahat tu tak lama..agak-agak nak dekat UPSR tu aku dah insaf skit..chewah!kan nak dapat 5A kan..kena la buat baik ngan orang..hehe.. tapi semua tu masa sekolah rendah je..otai skit..start sekolah menengah sampai sekarang,aku dah baik..ahaks!!

MEMORI INDAH TAK BOLEH DIULANG,TAPI MAMPU DIKENANG:)
http://3.bp.blogspot.com/_H_4pa1at6cc/TMnnoqbFGVI/AAAAAAAAAPk/7K8RocmgUzQ/s1600/kenangan-terindah.jpg

p/s:harap sangat dapat jumpa balik dengan budak yang aku bentes kaki dia tu,nak mintak maaf..rasa bersalah la plak..:(

(post sebelum ini> BERKASIH SAYANG TANPA PERLU BERBICARA)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

3 ulasan:

  1. hehhee.. teringt masa dlu jadi ketua kelas n bendahari..
    nda suka jd pengawas sb kena naikkn bendera then, berdiri panas.. hehee

    BalasPadam
  2. sian budak 2 kne pentes kaki.. smpai hati akak gula gula buat macm 2 kt dia.. hehe

    BalasPadam
  3. misz dian:hahaha..kenangan tu..part panas tu yg x tahan..haha

    ibnushukran:haish..tu dulu..tp mmg ksian kat dia,tu la,lari lagi..hehe

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...