Selasa, 31 Julai 2012

KAWAN, SOLAT DHUHA PENYERI RAMADHAN. TAHU?

Assalamualaikum.. kini sudah meniti Ramadhan yang ke-11. cepat benar masa berlalu, seperti melihat hamster makan kuaci gamaknya. entah dia kenyang ataupun tidak. samalah juga, entah sempurna sudahkan amalan selama 11 hari ini. kitab suci masih perlu dihabiskan. amalan-amalan sunat juga terkadang terabai. Tuhan, lemah benar hati hamba ini. kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa.
Rasullulah bersabda:
"siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan"
diri ini tidaklah sempurna.
p/s: alhamdulillah.. result ada peningkatan. semoga istiqamah..
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 23 Julai 2012

PEREMPUAN NERAKA (OST DAN SIRATANNYA DI SEBALIKNYA)

assalamualaikum. menghabiskan malam sabtu dengan sedikit kisah yang mengingatkan diri. kisah sebeginilah yang sebarusnya diperbanyak oleh pihak industri hiburan kita. ada pengajaran, ada intipati, dan ada siratannya. pelakon pun membawakan watak dengan baik (like Fizz Fairuz!) mengisahkan Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan sehingga menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas.
apa pun, terdetik di hati mencari lagu tema cerekarama pilu ni. dan... jumpa!! :D
kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan aku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada ilahi
tuk satukan kami disurga nanti
taukah kamu apa yang ku pinta
disetip doa sepanjang hariku
tuhan tolong aku tolong jaga dia
tuhan aku sayang dia
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada ilahi
tuk satukan kami disurga nanti
" Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kpd suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."
p/s: bimbing aku jadi yang terbaik untuk kamu.
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 22 Julai 2012

TAK PERLU GHAIRAH UPDATE STATUS ITU INI DI LAMAN SOSIAL.

assalamualaikum.. baiklah, Ramadhan yang kedua berjalan dengan lancarnya. dan Alhamdulillah sempat berpuasa bersama kesemua family members walaupun tak lama. maklumlah, adik-adik dah kena pulang ke asrama, Along pun dah kena gerak ke Penang sebab esok sekolah. so, it was a good moment for us to fasting together, walaupun hanya untuk 2 hari.
berdasarkan tajuk di atas, tidak bertujuan menunding jari kepada sesiapa, bukan juga menterbalikkan tundingan jari ke diri sendiri, tetapi bak kata orang, siapa makan cili, dialah yang akan mencari air dahulu. haha selalu menafsir jauh dari peribahasa sebenar.
mengakses masuk ke laman sosial hak semua orang, dan semua orang ada hak untuk menulis. tapi pernah tak terfikir tentang hak emosi orang lain? anoyying weh dok update status macam-macam kat mukabuku or bercicip tu. serius sebenarnya tak kisah langsung orang yang update status banyak kali, its ok for me, tapi kalau status yang boleh buat orang cakap 'euwwwww', baik fikirkan lebih awal sebelum update. ya, hakikatnya laman sosial tu memang bukan sesiapa yang punya, tapi setiap manusia punyai perasaan bukan? jangan menganggu gugat pemikiran dan perasaan orang lain dengan status yang langsung tak releven. (ok, awat beremosi sangat ni? astaghfirullah)
"Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya"(Bukhari & Muslim: 1720)
sekadar berkongsi, sebab tahu, takkan berlaku perubahan pun, cukup sekadar mengingatkan diri sendiri. wallahualam.
p/s:last2 sorang pun tak faham apa isi kandungan entry ni. biarlah...
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 20 Julai 2012

BINCANG JUMAAT: AZAM RAMADHAN SETIAP TAHUN

assalamualaikum..Jom sambung segmen BINCANG JUMAAT! nampaknya hari yag ditunggu-tunggu telah tiba. esok akan bermulanya saat istimewa buat semua umat Islam di seluruh dunia. RAMADHAN.. ya, start menaip ini, hujan terus turun dengan lebatnya di bumi Felda Selancar. mungkin meraikan hadirnya bulan kemuliaan, atau juga hujan rahmat meraikan rezeki yang baru sahaja diterima oleh para isteri-isteri peneroka di sini. rezeki nak sambut ramadhan mungkin.. beratur kenderaan kat dewan orang ramai macam rumah terbuka gamaknya.
kata orang, masuknya bulan Ramadhan ini, terbukalah pintu segala rahmat, berlipat kali ganda kurniaan dari-Nya. teringat kata-kata ustazah dalam tazkirah petang semalam, 'inilah peluang kita untuk memasang azam dan amalkannya. peluang kita untuk mendekati syurga dan menjauhi azab neraka. semoga amalan- amalan yang telah diperbaiki di bulan Ramadhan ini dapat dikekalkan sampai ke akhir hayat kita InsyaAllah'
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
teringin nak kongsi sedikit sedutan daripada hal ehwal islam malam semalam, siapa tengok? live dari Istana Negara. venue dia gah betul.. seronok tengok. kata Ustaz (argghh lupa nama ustaz tu!) :
'Ramadhan ini macam musim bola jugak. 10 hari pertama itu pusingan kelayakan, semua orang join terawih. dalam bola pun sama, semua join, negara-negara yang duduk kat ceruk pun join. then, 10 malam kedua, separuh akhir. yang adanya, tok imam, ajk masjid, pak cik-pak cik, adalah sikit orang muda, dan budak-budak dok baling mercun sana sini. mak-mak dah sibuk buat kuih raya. dan 10 malam terakhir, final. tok imam dok "Ya Latiffhu Ya Khafi~~" takde orang nak menyahutnya. sedangkan 10 malam terakhir itulah yang perlu kita hadirkan ketenangan dalam diri kita dengan ibadah-ibadah yang mendekatkan diri kita dengan pencipta di atas sana.. NAUZUBILLAH... *peringatan untuk saya juga*
jadi,Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Berpuasa, Dan Selamat Mengamalkan Azam Kita Pada Ramadhan Kali ini InsyaAllah.
entry sebelum ini:
p/s: seronok dapat menyambut Ramadhan sepenuhnya di rumah ^_^

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 17 Julai 2012

HADIS2U (4) *UTUSAN SANG PENCINTA*

assalamualaikum.. hari ini sudah hari Selasa, bermakna masa untuk segmen HADIS2U!! walaupun tertinggal BUKU KESAYANGAN di USM, tetapi segmen ini perlu diteruskan jugak. randomly mengambil tajuk ini. tajuk yang kontroversi bukan? (angkat-angkat kening sikit) ^__^ ok, lari cepat!!
jom mula! Rasullulah pernah berpesan:
“Cintailah kekasihmu dengan biasa-biasa saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu sukai.”
Allah juga ada berfirman:
Wahai hambaKu, AKU adalah kekasihmu yang pertama, kau cintai AKU di hari perjanjian,dan tatkala semua pecinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka kembalilah kepadaKU, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemulian pecinta.”
sekadar sedikit perkongsian hidup :) hidup, mati, jodoh pertemuan di tangan Yang Berkuasa di atas sana. sejauh mana pun kita lari, takdir itu tetap bersama kita. seteguh itu Adam dan Hawa yang terpisah jauh dek despiriti kilometer dan saat, tapi hati itu tetap bersatu, kerana telah tertulis di dalam tulisan karangan-Nya, ADAM HANYA UNTUK HAWA~
p/s: 4 days to Ramadhan!!
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 11 Julai 2012

SEAKRAB MANA PUN KITA

teman itu yang pernah berada di sisi, kawan itu yang pernah hadir dalam diri, sahabat itu yang pernah bersama saat gembira dan sepi. tapi, seakrab mana pun kita, tak bermakna kita saling benar-benar mengenali. aku di hadapan kau lain, kau di hadapan aku berbeza. jadi, sangkaan itu pastinya ada despiritinya. maka, tak perlulah menzahirkan apa yang kau fikirkan selagi ia belum benar-benar terjadi di hadapan matamu. kau tetap kawan, teman, dan sahabatku walau sedalam mana lukaku kau toreh. kenapa? kerana aku tahu, dan aku ingat, yang kau pernah dan selalu buat aku bahagia. tinggal ya sahabatku :)
p/s: post untuk cerita korea yang ditonton tadi. Muoi, The Legend Of A Potrait ^__^
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

WORDLESS WEDNESDAY *ANAK ITU REZEKI*

p/s:mak,ayah.. terima kasih kerana sanggup menjaga diri ini sehingga ke tahap sekarang. Syukran jazilan :) SAYANG MAK DAN AYAH!!
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 9 Julai 2012

LUKISAN TERBAIK DI TUBUH BADAN MANUSIA [GAMBAR]

assalamualaikum... kata orang, seni bukan sahaja di kertas kosong mahupun di canvas, ia ada di mana-mana, hanya menunggu masa untuk diinteprestasikan :) ini sekadar lukisan, bukan tatu ye.. kena ingat tu...
Daripada Ibnu Mas’ud r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Allah melaknat sesiapa yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.

pernah perasan tak macam mana gigi anjing? pernah??
yang ni comel.. lidahnya ngakk ada sih!
ready to eat!!
auwwmmmm.garang.. garang..
siap dengan background lagi.. cantik..
teringat cerita FINDING NEMO! sape tak tengok lagi, baik download sekarang :)
errr... no komen..
yang mana korang paling suka??? kreatif right :)
p/s: mood nak balik kampung dah tak tertahan lagi. cepatlah hari-hari berlalu!!!
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 6 Julai 2012

BINCANG JUMAAT: NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? CAKAP!!

ssalamualaikum... jom teruskan segmen BINCANG JUMAAT kita. hari ini ingin bercerita mengenai nikmat. ya, nikmat hidup, nikmat kebahagiaan. tetapi ingat, nikmat terbesar dalam hidup kita ialah nikmat Iman dan Islam. tak semua dapat memilikinya. nak menjaganya pun sesuatu yang sukar, sebab itulah, untuk merasai kemanisan dua nikmat ini perlu melalui pelbagai cabaran.yang penting, semua itu tak mustahil. jadi, ayuh saudaraku! genggam tangan bersama,kita orak langkah demi langkah untuk mencapai kemanisan itu. haiya bina'! :)
bersastera pulak pagi-pagi Jumaat. satu contoh insan yang tak pernah kenal erti putus asa.
kadang-kadang kita lupa apa yang berharga yang ada pada kita..
jadi semua, duduk dan berfikirlah sejenak. betapa banyak nikmat yang Dia hulurkan kepada kita. daripada buka mata dan lihat wajah mak dan ayah, membesar menjadi kanak-kanak ribena yang aktif, membesar lagi menjadi remaja, terkadang menjadi bahan kemarahan mak ayah, terkadang menjadi kebanggaan dua insan mulia itu, sampai la sekarang.. boleh ambil kalkulator dan kira nikmat Allah kepada kita? silakan..silakan..

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,30,32,34,36,38,40,42,45, 47,49,51,53,55,57,59,61,
63,65,67,69,71,73,75,77)
p/s: Alhamdulillah~
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 4 Julai 2012

BANYAK KALI TONTON TOY STORY 3 PUN BOLEH MENANGIS LAGI

assalamualaikum.. tidur lewat sebaik sahaja berjaya mendapatkan filem animasi Toy Story 3. ya, filem ini memang dah berkurun lamanya, dan dah tonton banyak kali. tapi tetap rasa nak tonton lagi sebab dah lama tak tonton. Thanks to my dear Diyana kerana berbesar hati memberikan filem ini. dulu pernah review filem ini, KLIK SINI!! so, nak review lagi. tak kira!! jangan buat muka pelik!
filem ini mengisahkan kehidupan sekumpulan barang mainan yang telah dilupakan oleh tuannya, dan mereka dalam usaha untuk mencari pengganti tuan yang baru tanpa menyedari bahawa tuan lama mereka masih menyayangi mereka. wuhuuu~ sangat smart cerita ini sebab penuh dengan rancangan melepaskan diri yang awesome!
jadi, kenapa boleh menangis tonton cerita ini? yaa.. kasih sayang mainan-mainan itu terhadap tuan mereka. sedih pula bila teringatkan Bobo dan Coco yang ada dalam kotak, dalam stor sekarang. lagi satu! animasi filem ini memang cantik. dan memang teruja dengan sebarang filem terbitan PIXAR! pixar, anda menyinari duniaku!! wuhuuu~~ baiklah, jom lihat sedikit babak-babak dalam filem cute ini. cantik sangat 3D dia.. lagi satu, Andy (baju biru) tu handsome!! :D
p/s: buat orang yang dah tahu diri ini memang suka kartun animasi, mohon faham ye :) thanks.. hehe
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

WORDLESS WEDNESDAY *TAK SEMUA HATI BOLEH DIJAGA*

akan cuba menjaga semua hati selagi upaya :)
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 2 Julai 2012

THE ROADS NOT TAKEN.. NEVER! [GAMBAR]

assalamualaikum.. menuju ke suatu destinasi memerlukan perjalanan tidak kira sama ada dekat ataupun jauh. bahkan untuk turun dari katil juga memerlukan perjalanan yang panjang lebih-lebih lagi pada waktu pagi. you have to gather all your little power to fight the voice in your head that always said "SLEEEPPPPP~~" (can you imagine that?). so, that was a long journey,right?
jadi, bagaimana pula dengan perjalanan ini? berapa kali anda akan berfikir sebelum mengambil keputusan untuk melaluinya? your choice :)

”Untuk apa dunia itu bagiku? Aku di dunia tidak lebih dari seorangpengendara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya”
(HR At-Tirmidzi).
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...