Ahad, 16 Disember 2012

ST JOHN DAN JANJI DITEPATI PM ITU

salam Ahad yang indah. disebabkan hari ini hari Ahad, jadi hari ini hari menyambung post yang tergantung sebelum ini. (ok, tak ada kena mengena bukan? diam!)  
mengimbas post sebelum ini. tentang ST JOHN KESAYANGAN < klik-klik sini! teruja bangat sih dapat naik Ambulans. dan nak ambil gambar di sisi Ambulans tu, tapi gagal. :(  jadi upload gambar bas St John je la bersama sahabat-sahabat seperjuangan. rasanya jika tiada mereka, makin hambar kehidupan dalam St John ini. terima kasih for still staying in this arena. bakal ADO semua nih! hahaha...
kemudian! beralih pula kita ke post tentang JANJI DITEPATI PM!
berjanji nak upload gambar khemah besar gedabak tu. tapi sayang, masa nak ambil tu, mereka dah turunkannya usai event tu berakhir. hanya khemah-khemah kecil yang tinggal. see!
macam kat padang Arafah kan? 
jadi, rasanya dah tiada post yang tergantung. ada lagi tak? ceh, tanya macam korang pembaca setia blog ni pulak kan.. hiiii~ malu sendiri. fine! thanks for being here. 
p/s: cepat study week, nak pulang ke rumah!!
post sebelum ini:

AARON AZIZ SANGAT KAU!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 15 Disember 2012

AARON AZIZ SANGAT KAU!

Salam semua :) sedikit cebisan cerita sepanjang minggu lepas. assignment dan projek datang silih berganti walaupun tarikh study week semakin hampir. tak sempat nak bernafas nih.. chewah..  minggu lepas selesai sudah persembahan untuk paper Teknik-teknik dalam Geografi (HGT222). jangan pelik kenapa paper geografi pun kena buat persembahan lakonan la bagai. sebab asal beritahu ada projek lakonan, orang akan tanya, "geografi pun ada lakonan?!" helloooooo... ingat school seni je ke ada lakonan.. kami pun ada :) 
so, sedikit pencerahan mengenai persembahan yang perlu dilakukan. kami perlu membuat persembahan dengan menggunakan alat-alat mengukur dalam geografi macam pancang palang, pita ukur, dan seterusnya seterusnya seterusnya. so, kumpulan kami, Beutiligent (hikhikhik~) memilih sketsa cinta yang bertajuk "Aaron Aziz Sangat Kau!" yup, itu tajuknya. any question?? Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. :) so, zoom in picture!!
Beutiligent!
Azzahra
Kucar Lanar
Raa Raa Root
Generasiku
MyTuah
All of us :)
Thanks to DR JABIL!!
baiklah, sekarang masa untuk kami sahaja!
ohyeah!!
p/s: tajuk tak boleh blah.. 

JOM JELAJAH TURKI SEHARI!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 12 Disember 2012

JOM JELAJAH TURKI SEHARI!

Turki. sebuah nama besar satu ketika dahulu. sebuah negara yang pernah dinaungi oleh pemerintah mahsyur dunia, Sultan Muhammad Al-Fateh yang sehingga kini menjadi satu nama agung dalam sejarah Islam. jika dibaca kisah penawanan Kota Constantinople, berdebar jantung membayangkan kekuatan armada tentera baginda.
Kini, semua itu tinggal sejarah. tinggal kenangan. dan setiap kenangan ada tinggalannya. dan tak salah kalau kita pasang impian untuk ke sana bukan. jadi, percaya tak kita mampun pusing Turki kurang dari sehari sahaja? hehehe... Sebenarnya semua destinasi ini telah dikumpulkan di sebuah kawasan yang dinamakan MINIATURK, dan ia merupakn taman mini terbesar di dunia! keluasannya hampir 15,000 meter persegi dan menempatkan 105 model bangunan! ohsem!! jom..jom...
HAGIA SOPHIA
MENARA GALATA, ISTANBUL
STADIUM OLIMPIK ATARTURK
JAMBATAN BOSPHORUS
MASJID MOHAMAD ALI PASHA, CAIRO
PEJABAT POS DI SIRKECI, ISTANBUL
*nanti nak tambah gambar lagi :) *
semoga ada rezeki untuk menjejakkan kaki di semua tempat ini secara realitinya.. bukan mini-mini lagi. dengan izin-Nya, dengan kekuatan yang dikurniakan-Nya, dengan redha-Nya, sampailah kami ke sana..  InsyaAllah.. kalau sekarang tengah hot cerita Istanbul,Aku Datang! tapi kini...
ISTANBUL, KAMI DATANG!! 
INSYAALLAH
heee.. exam.exam..exam
post sebelum ini:

JELAJAH JANJI DITEPATI KINI DI PENANG


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 7 Disember 2012

JELAJAH JANJI DITEPATI KINI DI PENANG

gila betul! cabaran seminggu bersama blog gagal! memalukan.. aduh. memang sudah kalah dengan kesibukan dunia. semoga masih ada masa untuk urusan akhirat. mana taknya, dalam satu malam, ada 3 meeting yang perlu dihadiri. PM pun tak sesibuk ini gamaknya. bercakap tentang PM, jemputlah semua datng ke Padang Kawad USM Penang pada 8 Disember 2012 (Sabtu) untuk sama-sama memeriahkan program Jelajah Janji Ditepati. kini berada di Penang!!! ayuh!! walaupun tak bermula lagi, tapi melihat kepada persiapannya, mungkin akan meriah. khemah dia..besar ya amat! tak pernah lagi khemah besar tu didirikan di USM. nanti i upload pic ye. 
lagipun, semua pelajar USM dijemput turun pada hari kejadian. kepada yang bertuah, akan disediakan baju tshirt free. tak tahu la, tapi budak-budak USM ni memang seronok kalau cakap ada tshirt free disediakan. serius! so, jom la ramai-ramai turun naa... 
Tapi rasanya tak dapat turun, sebab ada komitmen lain. its ok, sambut PM dari jauh je la :)
post sebelum ini:

ITU BUKAN BEBANANKU


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 4 Disember 2012

ITU BUKAN BEBANANKU

assalamualaikum.. baiklah.. cabaran diteruskan lagi. oyeah!! berpeluh-peluh mengejar masa untuk itu dan ini. perlu menjaga keberadaan tanggungjawab yang di sebelah sana, dan di sebelah sini. belum lagi tanggungjawab yang di hadapan sana. ok, tak faham kan? tak apa. boleh diperjelas. memegang jawatan yang pelbagai bukan bermakna kita terlalu berkuasa. apatah lagi gila kuasa. tapi sebenarnya ia lebih kepada pencabar tegar kekuatan fizikal dan mental. kadang-kadang lupa tentnag kebajikan diri sendiri. ya, masa untuk diri sendiri, keluarga, dan kawan-kawan ada kalanya terabai. ya, maafkan diri ini. 
tapi apa yang pasti, semua tanggungjawab ini mengajar diri untuk belajar jadi perempuan yang kuat. kalau dulu naik 30 anak tangga itu boleh lelah dibuatnya, tapi sekarang dah boleh pusing satu USM sambil tersenyum (ok, hyperbola!) kalau dulu, kerja MPD berterabur bersama assignment dan macam-macam lagi, tapi kini sentiasa rasa tenang duduk di meja belajar bila semuanya tersesun rapi. benar kata mak, kalau kita ikhlas, semuanya akan jadi seronok. ya, MPDS, ST JOHN, itu bukan bebananku. tapi itu guru terbaikku. semoga pelajaranku tidak terabai sebab mak cakap, walau sesibuk manapun, belajar jangan pernah tinggal. sebab tujuan utama berada di USM untuk BELAJAR. :) ok, done!
hohoho.. ada benda baru... tak mahal pun, tapi boleh tukar2. hahaha.. rasa macam Teletubbies kalau pakai.. BIG THANKS TO PENJUAL BUNGA ITU!!! :D

:)
entry sebelum ini:

CABARAN SEMINGGU BERSAMA BLOG


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 3 Disember 2012

CABARAN SEMINGGU BERSAMA BLOG

lantaran kesibukan yang melanda sejak awal semester lagi, blog ni sering diabaikan. bukan sering, tapi telah diabaikan. kalau suami isteri ni, dah bergaduh besar dah. mujur hanya sahabat di alam maya, pandai menjaga perasaannya.. huhuhu... 
baiklah, bermula dari saat post ini dipublish, cabaran bermula! setiap hari akan ada post walau sesibuk manapun anda! hiyargghh gambate!! sesiapa nak sahut cabaran yang sama, silakan.. silakan.. luas sungguh tangan ini menerima.. ia dimulakan dengan jangka masam seminggu, kalau ada improvement, kita top up lagi naa... 
ok! hari ini nak berkongsi pengalaman naik ambulans. hiks~ segan, macam jakun pun ada jugak kan. alaa.. bukan semua orang boleh merasa naik ambulans tau. naik sebagai pesakit mungkin ramai. tapi! naik as a FIRST AIDER, maybe tak seramai mana bukan? yaaa.... walaupun hanya sekadar simulasi kes, keterujaannya usah dikata. duduk dalam tu, berpakaian St John Ambulance USM, bersarung tangan getah, bila siren dibunyikan, ambulans bergerak ke tempat kes, sangat excited!!!!!!! (ok, jangan buat muka, hanya seorang insan yang terlebih teruja, itu sahaja) anyway, its my new experience, just accept it because maybe you will never get the experience again in your life :)
sedikit sisipan sepanjang berada di St John Ambulance USM.gambar simulasi semalam tak keluar lagi. nanti kita tengok ye.. haaaa dah ada dah point untuk post seterusnya. hihihi..


p/s: setiap yang ditakdirkan untuk kita itu ada baiknya. redha itu lebih baik bukan? :)
post sebelum ini:

KEMANISAN SEJENAK DI CHINTA MANIS



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...