Isnin, 9 Julai 2018

22

Apa yang terdaya,Ibu akan cuba. Maaf bila kadang-kadang tak banyak susu yang ibu hantar ke rumah mak. Sebab kadang-kadang bila ibu banyak kerja,penat,susu drop sikit. Tapi ibu ikut apa yang orang-orang pesan. Keep pumping. Alhamdulillah,lepas tu susu akan banyak semula cukup untuk keperluan awak, Faqehah. Kadang-kadang sayu hati ibu bila susu tak banyak,dapat bagi 2 botol je. Lagi sayu bila, masa ambil awak, mak cakap awak tak minum banyak sangat hari tu sebab sibuk main dan tidur. Mak cakap awak macam tau je susu tak ada lebih. Allah,awak anak yang baik,Faqehah.
Sekarang,stok dah mula bertambah semula. Tapi ibu kena jaga-jaga jugak. Jaga emosi,jaga makan. πŸ˜…πŸ‘
Jom kita keep fighting naa Faqehah sayang!

Yang Ikhlas,
ibu awak
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 7 Julai 2018

21

Tengah malam, terjaga. Tengok muka anak tengah tidur. Allahurabbi.. Sayangnya aku pada puteri sulung ni. Rindu tiap saat daripada mula tengok degup jantung dia berkelip2 masa CT Scan, then masa 1st time menendang dalam rahim, masa 4d scan tengok wajah dia, masa prepare barang nak sambut kelahiran dia,sampai sekarang. Semoga awak terus buat ibu rindu awak. Sampai bila-bila. Pelihara Zuriat Keturunanku Ini Ya Allah❤️

Ikhlas,
Ibu Awak
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 4 Jun 2018

20

Bila dapat tahu ramai yang tak lulus pertukaran egtukar, sayu rasanya hati. Entah,walaupun bukan diri sendiri,tapi kita nampak susah mereka macam mana,rindu mereka macam mana,tabah mereka macam mana. Pernah berjauhan dengan suami walaupun tak lama,dan tak jauh mana. Itu pun dah rasa seksa. Allah,Kau kuatkanlah mereka. Kau limpahkan rezeki sebagaimana banyaknya ujian yang Kau beri buat mereka. Kuatlah. Allah dengar doa KITA.
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 3 Mei 2018

19

Assalamualaikum. 2/5/2018 11.53pm
Sekarang tak rasa mengantuk lagi, walaupun Faqehah dan Abahnya sudah lama dibuai mimpi. Disebabkan itu, ibu ambil masa sikit untuk tulis post ini.
Kali ini nak share produk yang ibu guna untuk Faqehah, yang ibu rasa ok la. Dan yang ibu kagum dengan hasil nya, chewah.. Kira macam buat 'What's in my bag' la ni.. Hahaha.. Bukan apa, kalau ada rezeki lagi nanti, boleh rujuk je sini kot terlupa kan.
Ok, produk pertama yang buat ibu kagum masa mula2 Faqehah lahir ialah Losyen Tea Tree Oil.
Losyen ini sangatttt lah berkesan kepada Faqehah masa dia kena ruam susu. Ruam susu ni terjadi bila susu ibu terkena kulit muka baby, kulit baby kan nipis dan sensitif lagi masa awal2 lahir, susu ibu pula ada enzim2 hidup, kira kalau dibiarkan dalam suhu bilik, akan bertukar jadi bakteria. Kulit baby akan naik bintik2 kecil merah.  So, itulah ruam susu. Losyen ni di farmasi ada, drugstore pun ada. Really recommended. Sampai sekarang Faqehah pakai lepas mandi, so pipi dia akan moist2 gitu. 
Ok, next ialah Carrie Mozzibuster UV. Basically, losyen ni untuk halau nyamuk. Dan surprisingly, memang berkesan. Kalau balik kampung, sebelum tidur, kena sapu ni dulu. InsyaAllah nyamuk akan gentar untuk dekat dengan bayi anda. 
Ok, ini pula Essential Oli daripada Najlaa. Ibu guna untuk rambut Faqehah yang sendu2 nak tumbuh. Baru guna seminggu, so nanti ibu update resultnya ok. Tapi bau dia, harumm bangat. 
Bedak Carrie Junior Hijau ini pula memang pujaan ibu daripada sebelum khawin lagi. Sebab bau dia manis buah!  Bila sapu kat Faqehah, rasa nak kunyah lengan dia. 
Haa.. Yang ni mesti tak pernah jumpa kan.. Haha.. Ofkos la.. Ini bedak sejuk tok nek Faqehah buat. Botol tu, botol doorgift orang kenduri ja. Bedak sejuk ni memang pakai lepas mandi jugak. Memang setiap kali balik Penang, tok nek akan topup stok bedak sejuk untuk Faqehah, dan untuk ibu jugak..hihihi..  Orang2 tua memang akan recommend budak sejuk untuk kemulusan kulit bayi, so ibu ikut je. Tips daripada ibu, sebab malas nak bangun pi dapur amik air untuk cairkan budak sejuk ni, ibu ready ssiap air dalam bottle spray kecik (beli kat kedai rm2 ja).  So botol tu simpan sekali dalam beg makeup Faqehah.. Gituuuu.. 
Seterusnya ialah segala macam minyak dan balm. Daripada kanan, Tummy Balm, mak long Faqehah hadiahkan, wangi sangat dan berkesan bila perut berangin. Next, takkan tak kenal generasi turun temurun.. Minyak Yu Yi Cap Limau. CengginiiπŸ‘πŸ‘ sebelah dia lagi laaa, ibu, beri 5 stars! Garlic Balm! Memang berkesan bila Faqehah selesema atau batuk, sapu ja kat dada, belakang badan, tapak kaki, betis, memang InsyaAllah akan baik. Balm ni abah beli daripada kawan sekolah dia. Dan last tu, balm biasa lah, untuk ibu actually. 
Ok, Sterimar ini pulak, untuk selsema bayi. Sebab bayi tak pandai hembus hingus, jadi fungsi spray ni untuk cairkan hingus baby, so dia akan meleleh keluar, jadi mudah untuk kita sedut. Ibu tak pandai sedut pakai mulut. Ibu pakai ini. 
Nasal aspirator ni ibu beli di Shopee, harga RM 59.90. Sangat berbaloi sebab sekali sedut, semua khazanah keluar. Puas rasa. Siap sedut, pusing2 simpan kat pinggang macam pistol koboi.. Hahaha cenggitu punya riaknya boleh sedut hingus.. 
Yang ini pula memang wajib semua ibu ada.  Thermometer.  Tak kisah lah yang digital, ataupun manual. Senang untuk kita monitor suhu badan baby bila dia demam. Demam baby jangan buat  main-main.. Yang ini senang, sebab kalau suhu bahaya, lampu akan tukar warna merah, kalau otw bahaya, oren, dan normal, hijau. Ini pun ibu beli di Shopee, harga RM24. 90.
So, semua barang2 ni, ibu masukkan dalam beg chanteq ni, pun daripada Shopee. Kain jenis yang tahan lasak, saiz tak terlalu besar, senang bawa travel, dan it's cute! Yang Thermometer n Nasal aspirator tu ibu tak simpan la dalam ni, simpan dalam kotak dia, nak guna baru ambil. Dalam ni ada Thermometer manual tu je, for emergency cases. 
So, itulah yang ada dalam beg makeup anak dara ibu,  walaupun beg makeup ibu pun ada bedak dan lipstick yang jarang pakai je. Anyway, dalam beg Faqehah tu ada je lagi losyen Calming, losyen tangan kaki Bagai, tapi sebab jarang pakai, so malas review. Kah! Jangan risau, besar2 beg tu, tak ada la ibu isi benda pelik2, pen ke, Kicap Mudim ke, printer bagai... Kemon laaa.. 
Ok, sudah mengantuk. Marilah beradu. 
YANG IKHLAS, 
IBU AWAK❤️

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 25 April 2018

18

Assalamualaikum 25/4/2018 12.30am
Hari ini ada tugasan luar sekolah.  Kena iringan budak bola jaring pergi bertanding Daerah. Dan dengan bijaknya, ibu terlupa bawak pump susu! Terbaikkkk.. Dah la game sampai lewat petang. OMGGG...
Satu mimpi ngeri bila pergi mana-mana tak bawa pump susu. Sebab 1st,dah tentulah satu kesengsaraan kat diri sendiri. 2nd,sedih sbb rezeki anak terbazir begitu sahaja. Sedangkan kalau pump sekarang dah boleh dapat 2 botol. Petang pump lg, dapat 2 botol lagi.tapi sekarang, terpaksa tunggu balik rumah, pump pun mesti dapat 2 botol setengah camtu je.. Jadi, sekarang ibu try x minum banyak air, konon2 dapat cut sikit jumlah susu.
Maka,  mereputlah ibu di sini dengan penuh kekesalan. Sekian..  😒😒
IKHLAS:
IBU AWAK
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...