Sabtu, 30 Jun 2012

CIPTAAN PERALATAN DAPUR YANG HEBAT!

dunia sekarang semakin canggih dengan pelbagai ciptaan-ciptaan baru yang memudahkan kerja manusia dan lebih selamat. jom usha ciptaan peralatan dapur yang ohsemm nih! *tiada ulasan pada setiap gambar, biarlah imaginasi anda yang memainkan peranan,ok? :)*

lihatlah bagaimana ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan untuk sesuatu yang memanfaatkan manusia. Subhanallah..
Daripada Saad bin Abu Waqqas r.a, Nabi S.A.W bersabda:"Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak"
p/s: agak-agak bila semua keluaran ni akan dikormesialkan yek?
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 29 Jun 2012

SEMBANG JUMAAT: SENYUMLAH SIKIT! [GAMBAR]

assalamualaikum.. jom teruskan segmen SEMBANG JUMAAT kita. :)
senyuman suatu ciptaan Allah yang indah. tapi tidak ramai antara kita yang mudah untuk mengukirkannya. tahu kan senyuman itu mampu membawa seribu kebahagiaan? one of my idol, in his video said that "sometimes smiles can treat a broken heart:)" -Aiman Azlan- so,come on semua! ia sesuatu yang tidak merugikan, siap dapat pahala lagi.
dan.. berikanlah senyuman kepada semua, bukan kepada orang yang kita kenal sahaja. semua orang ada hak untuk digembirakan, bukan?
di sini ingin berkongsi senyuman daripada si kecil-si kecil yang ternyata masih terpancar keikhlasan di wajah mereka. ok, jujur gambar ini memang ambil dari Google, so, diam-diam sudah ye.

SO, SMILE!!
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
[Hadis riwayat At-Tirmizi]
p/s: yang mana paling comel?
entry sebelum ini

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 28 Jun 2012

IMBASAN DEBARAN MENANTI RESULT KEMASUKAN IPTA

assalamualaikum.. sedar tak sedar, dah habis satu semester aku di USM. sekejap saja rasanya. maklumlah, sibuk dengan macam-macam perkara (pfftt!) pagi tadi usha-usha laman web kemasukan ke IPTA, setelah sekian lama tak menjengah. kalau dulu, hari-hari bukak, padahal dah tahu tarikh keputusannya keluar. degil la kata ko.. so, dengar cerita result kemasukan ke IPTA untuk lepasan STPM keluar minggu kedua Julai ye? semoga berjaya ye adik-adik. banyakkan berdoa. semoga Allah memberi jalan hidup yang terbaik untuk anda semua.
kalau nak diimbas kembali la, saat-saat macam ni memang saat yang menakutkan. bukan apa, makin dekat tarikhnya, makin bedebor rasa hati ye dak? siapa yang pernah lalui mesti tahu. kata orang, tidur tu, kejap tidur, kejap bangun, keja tidur, kejap bangun, dah boleh buat qiamulail dah pun. mandi pun tak fokus, boleh tertukar shower gel dengan syampu. makan pulak, takyah cakap la, kat pinggan tu nampak pintu gerbang universiti impian (ok, hyperbola di situ). tapi yang penting, dalam solat, habis je solat, hati tak henti-henti memohon rezeki dan jalan hidup yang baik daripada-Nya.
siapa tak risau weh, sebab dah ada pengalaman masa habis SPM, asal cek result je, "MAAF, PERMOHONAN ANDA GAGAL" siap kaler merah lagi. marah sangat la kot nya. tapi bak kata pepatah, kalau dah sekali jatuh dalam lubang tu, kalau boleh, jangan la jatuh lagi,kan? (maaf la, bab-bab pepatah ni memang fail sikit) amik iktibar la ayat simplenya.
jangan risau adik-adikku, percaya dan pegang teguh pada rezeki Tuhan. Dia lebih tahu, betul.. Dia tahu, start dari korang berazam nak belajar betul-betul, sampai la akhir nanti, Dia dah atur yang terbaik, malah lebih awal dari tu, dan yang akan datang 20,30 tahun akan datang pun Dia dah atur. don't worry. apa yang penting (kerjasama!) banyakkan berdoa. itu pesanan daripada saya.
agak-agak ada yang sedang menunggu result IPTA tu, kongsi-kongsi la sikit debarab tu, nanti tak la terasa sangat, kan? goodluck daripada saya, Fadwa Daud untuk anda semua.. dah berjaya, teruskan lagi usaha, jauh lagi highway nak dilalui tu, ok? :)
sabar weh,aku pun risau jugak..
nanti kita masuk U sesame tau!
p/s: ada yang mohon USM Penang, kos sastera dengan pendidikan tak? habaq mai kat cek cepat, boleh buat geng nanti :)
entry sebelum ini

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

[GAMBAR] JAMBATAN SAMPAN YANG TERAPUNG

assalamualaikum.. Tuhan menciptakan manusia ini dengan pelbagai kreativiti untuk selesaikan banyak masalah. kan? cuba lihat bagaimana masyarakat di kawasan ini mengasimilasikan kebolehan mereka dengan persekitaran setempat..




rasanya apa faktor penduduk kat situ buat macam ni? brainstorming yok!

"Kemudian dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan) Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."

p/s: mood update blog dah datang:)
entry sebelum ini

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 27 Jun 2012

KAWAN ADA DI MANA-MANA

assalamualaikum.. hmm menghitung hari nak pulang ke kampung. kalendar dah nak terkoyak dah dok tanda-tanda. hehehe...
orait, post ini istimewa untuk semua sahabat-sahabat yang hadir dalam hidup ini.. bak kata pepatah, berkawan biar beribu, berkasih biar satu ye dak?
start dari sahabat-sahabat dari zaman sekolah tadika dan sekolah dulu, time hingus-hingus lagi kan, memang seronok. maklumlah, hidup tahu makan, dengar cakap mak ayah, pergi sekolah, main, dan tidur. thats all. masing-masing dengan perangai masing-masing. time tu kata ganti nama diri yang popular digunakan ialah 'kita' tapi masalahnya, ia merujuk kepada seorang sahaja. memang telinga cikgu BM time tu panas je kan.. haha..nak buat macam mana, nak guna 'saya', macam sopan santun sangat, nak guna 'aku', nampak ganas sangat kan.. so amik yang middle punya.. hehe.. rasanya kalau dibawak buat reunion kawan-kawan sekolah tu, memang tak kenal dah.. kalau dulu, tudung dah macam belacan dah, tiba-tiba sekarang, diva woo.. kalau yang lelaki, rambut sume sikat tepi sume, laa ni takyah habaq la, ala-ala korea gitu kan.. hahaha...
then, beralih ke zaman sekolah menengah. SMKAP mengajar diri ini banyak erti persahabatan, maklumlah, hidup kat asrama, siapa lagi yang ada berkepit di sisi 24 jam kalau bukan sahabat kan? time ni la, hidup kat dunia ini more tu 'meraba-raba mencari identiti diri'.chewah, sastera gitu. dan yang banyak membantu pastilah sahabat. kalau balik rumah pun, perkara yang diceritakan kat mak ayah, pasal kawan-kawan. hiks~ belajarnya entah ke mana. bila kaki dah menginjak peringkat tingkatan 6, memang rasa diri sangat senior. matang kononnya. dan bermula di situ, kesedaran muncul untuk 'berlari untuk capai impian yang tu dia tinggi mak aih!' dan sahabat-sahabat ketika itu seolah-olah fahan konsep tersebut, dan kami seperti peserta di garisan permulaan lumba lari yang tengah warm up untuk perlawanan yang tak ada ulangannya. jika gagal kali ini, impian tu pasti lebih sukar untuk dicapai. dan, Alhamdulillah, di USM inilah hasilnya.
USM satu lagi cabaran besar dalam perjalanan hidup yang masih jauh ni. nak dikatakan bertuah sebab dapat jejak USM ni, memang syukur Alhamdulillah. masa mula-mula masuk, takyah habaq mai la berdebar dalam hati ni.. dok pikiaq nak kawan ngan sapa, nak belajaq macam mana, dah la jauh di perantauan. terkinja-kinja sorang-sorang nanti memang tak boleh hidup la macam ni. tapi lihatlah sekarang, dah ada ramai kawan yang sentiasa ada untuk diri ini. dengan merekalah kami belajar, berjimba, kongsi pengalaman, kongsi kerisauan, tidur lewat buat assignment, berjalan berpeluh-peluh ke kuliah, berlari-lari dalam hujan sebab lupa bawak payung, tengok teater dan persembahan lakonan kawan-kawan sendiri, dan yang paling seronok, ramai-ramai pi tengok result carrymark, muka masing-masing macam nak melekat kat kertas result tu nak cari nama, bila A, tadah tangan tu dia tinggi, Alhamdulillah.. bila result..emm.. masing-masing muka serius sambil cakap"kita kena struggle untuk exam pulak!" sweet ok!.. dan banyak lagi la.. thanks untuk semuanya, kawan-kawan:)
beralih pula ke sahabat di alam maya. yang ini memang best. ada yang kenal melalui blog dan facebook. kalau di blog, more kepada giveaway, dan perbincangan mengenai isi sesuatu post. kalau di facebook, skop penceritaannya lebih luas. yang bagusnya, perkongsian ilmu tu sentiasa ada. daripada perkara dunia-dunia ni, membawa pula ke perkara akhirat. uish, memang tabik dengan sahabat yang banyak ilmu, dan tak kedekut utnuk berkongsi ilmu. semoga ada rezeki kita untuk berjumpa di alam realiti insyaAllah. *siapa kata facebook melalaikan? asalkan tahu memanfaatkannya, insyaAllah, semuanya akan dihitung oleh yang di kanan dan di kiri bahu ini*
tapi, bila difikirkan kembali, Allah dah aturkan semua jalan hidup kita secantik-cantiknya. memang clear. jadi, bila teringat frust menonggeng sebab tak dapat tawaran matrikulasi, maktab, masa lepas SPM dulu, rasa diri ni tak cukup bersyukur. cuba hangpa pulak pikiaq jalan hidup hangpa, cantik kan? setiap perkara yang berlaku tu, at last, pasti ada sebabnya. Allah pencipta kita, Dia lebih tahu apa yang better untuk hamba Dia ni.. :)
"tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai
saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"
p/s: selalu borak-borak dengan kawan-kawan, depa dok cakap, 'patut la aku tak mintak universiti lain kan, kalau tak mesti tak jumpa ngan hangpa kan" dan yang lain senyum dan angguk-angguk kepala macam menteri berbincang dalam parlimen.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 22 Jun 2012

AKAL SELALU LAMBAT MENGINGATKAN LIDAH

sesejuk malam ini rasa lain pulak. fikiran pun dah kembali ringan sedikit bila memikirkan hanya tinggal satu paper lagi untuk dijawab, kemudian kuatkan tangan dan badan pulak untuk kemas-kemas barang untuk balik kampung. semangat! kalau ada power macam dalam movie Harry Potter, i just say "barang, kemaskan diri anda sendiri, ceeeepppaatt jalan!" hahaha.. like a boss.. hahaha.. dah habis gelak?ok, kemas barang sendiri cepat! kembalilah ke alam realiti weh!
ok, lari topik sudah bhaa.. kadang-kadang tak perasan apa kita dah cakap kan? bila difikirkan balik, rasa macam tak patut pulak.. dan itulah situasinya, akal bekerja selepas lidah.. lidah potong turn akal mungkin.. ya, mungkin...
jadi, lidah... please! behave yourself! anda punca utama kepada pelbagai gejala,mengerti?! biar akal bertindak dahulu, barulah anda.. tapi andai akal memerintahkan kau bertindak untuk sesuatu yang buruk, cukup! jangan lakukannya.. lebih baik kau diam, daripada kau bertindak untuk keluarkan sesuatu yang negatif. tuanmu mahu menjaga hati ramai orang, tuanmu mahu cuba menjadi yang lebih baik, tuanmu mahu dia mampu menjaga hubungannya dengan manusia lain, tuanmu mahu dia sentiasa bersama naungan Pemiliknya, dan Pemiliknya sentiasa mahukan tuanmu bisa menjagamu sebaik-baiknya.

Dari Sahal Bin Sa’ad Radhiallahu ‘Anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Barangsiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku terhadap apa yang terdapat di antara dua janggotnya (mulut atau lidah) dan apa yang terdapat di antara dua kakinya (faraj), niscaya aku jamin baginya syurga.

cukup/s: maafkan saya andai saya pernah gagal menjaga lidah lembut tak bertulang ini. sekali lagi akal lewat memainkan peranan.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

SEMBANG JUMAAT: KEBUN YANG DISIRAMI HUJAN

perkongsian dalam BINCANG JUMAAT yang kesekian kalinya:)

'Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat, maka hujan itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai), dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat' (al-Baqarah 2:265)

'Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mngherdik anak yatim dan tidak mendorong memberi makan orang miskin' (al-Maum 1:3)


p/s: sedikit tautan kitab suci yang menarik hati ini.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 20 Jun 2012

WORDLESS WEDNESDAY *JEREBU SERANG USM!*

camne nak keluar exam nih?
kena cari topeng jerebu..

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 19 Jun 2012

HADIS2U (3) *MUSLIM ADALAH BERSAUDARA*

baiklah, jom sambung segmen HADIS2U yang dah lama tak disentuh. aduh.. sibuk sangat ke sampai lupa berkongsi sedikit ilmu?

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain;
ia tidak menzalimi dan tidak menghinanya."


mereka saudara terdekat saya di USM ni!!

credit to SyedIkhmal

dan terima kasih kepada kawan-kawan di alam maya ini, di facebook mahupun blog, (twitter tk main la), banyak perkongsian yang dapat kita kongsi, terima kasih atas segala ilmu :) maaf kalau banyak benda yang saya masih tak tahu..

p/s: makin dekat nak cuti ni, berat hati pulak nak tinggalkan kawan-kawan :(

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 15 Jun 2012

ZON MEROKOK YANG KREATIF

sebenarnya tak perlu ucapkan dengan kata-kata untuk memperingatkan manusia. bila mata sudah melihat, pandai-pandailah otak mentafsir apa maksud yang tersirat.. right?

zon merokok yang disediakan di sebuah bandar.. (tak tahu la kat mana) dari luar nampak biasa kan? hehe hanya orang yang masuk sahaja akan tahu :) ilustrasi yang menikam dada.. pedih woo..
g

p/s: kreatif!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 14 Jun 2012

BILA SEDAR DIRI TAKLAH SEKUAT MANA

dulu bila lama tak balik rumah, tak rasa rindu sangat. siap gelakkan orang yang asyik nak balik rumah je..
dulu bila duduk lama di perantauan, tak rasa sunyi sebab ada je benda nak dibuat. siap cerita itu ini kat mak pasal apa yang berlaku kat sini..seronok kononnya..
dulu bila lama tak rasa masakan mak, masih boleh bertahan makan itu ini, siap asing duit untuk makanan sahaja..
dulu bila lama tak lepak-lepak ngan mak ayah, masih boleh cover dengan borak-borak via telefon, siap topup banyak-banyak untuk borak lama-lama..
dulu bila lama tak jumpa adik-beradik, boleh sabar lagi, telefon dorang pun jarang-jarang, tak rindu la konon.pfttt~

sekarang, bila lama SANGAT tak balik, rindu tu tiba-tiba usha hati ni, mula la nak nangis bagai.. why?!!
sekarang bila lama SANGAT duduk di perantauan, sunyi tu tiba-tiba menyibuk walaupun ada benda lain boleh dibuat, semua kerja jadi tak best nak dibuat..
sekarang bila lama SANGAT tak rasa masakan mak, selera makin hilang..diet la kononnya..
sekarang bila lama SANGAT tak lepak-lepak ngan mak ayah, telefon saja memang tak cukup, lepas tu mula la golek-golek sesorang kat katil tak tahu nak buat apa..
sekarang bila lama SANGAT tak jumpa adik-beradik, hati dah tak boleh sabar bila semua balik rumah masa cuti tapi tak untuk diri ni..

tunggu wawa balik ye:(

nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik.. nak balik..

tapi tak perlu kot mengeluh, sebab sekurang-kurangnya ada kawan-kawan kat sini, sebab tak balik bukan untuk perkara yang sia-sia, tak balik untuk kumpul sedikit pengalaman, untuk jalankan tanggungjawab dan amanah... Tuhan, ikhlaskan hati ini..


p/s: tak perlu remehkan tanggungjawab orang kalau kita tak tahu seberat mana tanggungjawab tu dan sepenting mana ia sehingga akan dipersoalkan di sana nanti.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

KAWAN TEMAN SAHABAT

SELAGI BOLEH BERTAHAN,SENYUM NI TETAP AKAN ADA..

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 11 Jun 2012

AMBIL SEDIKIT MASA UNTUK ITU DAN INI

ambil sedikit masa untuk update blog yang sudah dianaktirikan,
ambil sedikit masa call mak dan ayah.. dan mesti sentap bila adik-adik dan Along yang angkat..kenapa diorang dah ada kat rumah!!! jeles!!!
ambil sedikit masa untuk habiskan stok makanan (walaupun aku lagi sebulan kat sini, dan orang lain hanya tinggal lagi 2 minggu..)
ambil sedikit masa untuk bermanja dengan printer, print dan photostat nota-nota.. (ink, bertahan ye sayang)
ambil sedikit masa download dan tengok upin ipin petang-petang.. berehat sebentar (mak cakap tak elok baca buku petang-petang..heee ^_^ )
ambil sedikit masa buat air teh, cicah dengan biskut sayur.. oh,indahnya dunia~~~
ambil sedikit masa berbual dengan roomate dan jiran-jiran..
ambil sedikit masa lepaskan kerinduan tatap gambar-gambar anak-anak yatim kat Balik Pulau. (Ya Allah, betapa besarnya rindu ini pada mereka!! adik, akak rindu!!! :( )
ambil sedikit masa kumpul kekuatan untuk meyakinkan diri yang boleh jawab Sejarah. (sayang Sejarah, sayang Sejarah, sayang Sejarah, sayang Sejarah)
dan..
masa yang selebihnya diharapkan dapat dihabiskan bersama buku-buku,nota-nota, dan ibadah kepada-Nya InsyaAllah..

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 9 Jun 2012

PERSOALAN TENTANG STUDY

Study sebenarnya bukan usaha untuk memerah otak, tapi usaha untuk kekalkan otak dan badan supaya terus segar berada di hadapan nota-nota dan soalan-soalan.. betul kan?


p/s: kuat Fadwa kuat!!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 2 Jun 2012

SEX DALAM BLOG?!! APA NIH!!



balik dari bengkel St. John, rehat-rehat dan usha blog tersayang. terkejut yang amat bila lihat iklan yang disiarkan melalui Nuffnang. apa ni? kan dah janji takkan iklankan benda-benda macam ni? why Nuffnang? why??!

tapi bila double cek, baru perasan.. hehe.. iklan SOX sebenarnya... baru nak mengamuk.. sudah lah Fadwa, semua orang takkan percayakan kau dah lepas ni.. tapi serius mula-mula ingatkan iklan benda alah tu! cuba korang tengok sekali imbas.. ada kan? (fine,korang tak percaya jugak!)


maklumlah, mata dah tak bermaya sekarang ni, jarum jam pun dah nak bertemu di destinasi 12 malam dah.. minta maaf ye semua! peace ^_^

p/s: tak sedar diri aku pun guna Pelan SOX jugak.. malu~~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 1 Jun 2012

AWAK, SAYA TAKKAN LUPAKAN AWAK!

Assalamualaikum.. baiklah. rasanya sudah tiba masa untuk memulakan gerak kerja yang telah diamanahkan. walaupun event akan berlangsung lama lagi, tapi tak salah kalau start awal, right? :)
sekarang ini, di mana saja bergerak,as a leader, dalam otak adalah peniaga..peniaga..peniaga.. mesti cari peniaga seramai mungkin! chaiyok AJK Peniaga!! *ehem! exam jangan lupa!*

dalam meeting last untuk MPD Saujana sem ini, sedih nak meninggalkan insan-insan penuh usaha yang lahir dalam MPDS. mungkin kami dah tak lagi dapat berkumpul ramai-ramai macam selalu. harap kenangan kita satu keluarga MPDS takkan dilupakan :) untuk awak, dan awak, dan awak, awak semua, saya takkan lupakan awak!! (saje nak ulang tajuk post..pftt! takde point gila!)

kami bangga dengan delegasi kami!
WE ARE FAMILY!!

style Saujana!
our dearest YDP:)
Along, pinjam pic ye..hehe
Exco Prikhas
satu dalam seribu:)
terima kasih atas gelak tawa, gurau senda, penat lelah kita bersama.

p/s: kepada MT-MT yang akan naik sidang hadapan, jaga Saujana baik-baik ye ^_^

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...