Isnin, 30 September 2013

DAN UMUR BERTAMBAH LAGI

seminggu kemudian.. ya, setelah seminggu, barulah mendapat keinginan untuk bercerita serba serbi tentang pertambahan usia yang melanda 23 September yang lepas. Ucapan terima kasih buat yang mendoakan diri ini. Terima kasih yang sudi mengingati. Terima kasih yang tak bentah menggembirakan hati ini. Terima kasih si jantung hati. ^_^ Syukran.. 
sedikit penghargaan buat mereka. 
Terima kasih juga buat mereka yang meluangkan masa bersama. walau hanya seketika, tapi hati ini maklum akan keikhlasan kalian. Terima kasih.. Terima kasih. (tunduk hormat)
Terima kasih adik-adik buat kejutan yang memang terkejut itu. Ambil masa agak lama untuk hilangkan segala tepung-tepungan itu.. tapi dari situ akak gembira, kerana kalian memang gila dan totally sweet ok! ^_^
Syukran Jazilan
semoga pertambahan usia ini bikin aku lebih cakna dengan perjalanan dunia, cakna dengan kepentingan akhirat. 
post sebelum ini-

TERIMA KASIH LA YE PAK CIK BAS!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 18 September 2013

TERIMA KASIH LA YE PAK CIK BAS!

Assalamualaikum.. semester ini agak kelam kabut, berlari-lari anak ke kelas pagi ke petang, petang ke malam. Tapi siapa kisah, mungkin nanti aku akan guna pepatah alah bisa tegal biasa. Semalam kelas Sintaksis Bahasa Melayu, membuat aku kembali berlari pada awalnya, tapi bas yang ditunggu tak kunjung tiba. Siapa yang mencipta sistem sebegini, aku sudah merungut itu dan ini. Bila aku sedar aku sudah memasuki fasa kelewatan yang melampau, akhirnya ambil keputusan untuk berjalan, ya, lorong Dewan Budaya itu sunyi, cuma mampu berdoa dan berharap tiada apa yang menegur, berkira-kira dalam hati, 'haa...tengok lagi The Conjuring, paku pontianak, tengok!tengok!'
Setiba di kelas, tumpuan mereka pada aku, ditambah pulak dengan pintu yang bunyi gedegaaangg!! aduhh... nasib aku baik, kelas masih belum bermula. tetapi aku masih rasa tak selesa dan down gila sebab lewat. nggak tahu kenapa. 
Bila pensyarah mula berbicara, beliau tidak mengajar hari ini, tetapi memberi sedikit bicara rohani katanya. ini serba sedikit intinya.
'Manusia akan sentiasa kegagalan, tetapi setiap kegagalan itu berbeza. bukan sekadar gagalnya peperiksaan. pernah tak awak tak dapat tarik ubi dari tanah? pernah tak awak pergi Tesco cari sawi tapi tak jumpa? pernah tak nak photostat nota, tapi kedai tutup? awak rasa gagal tak masa itu?'
'Ya!'
'Tapi dengan kegagalan itu, Allah beri kita perasaan untuk jadi lebih kuat, Allah didik hati kita untuk kenal apa itu sabar.' beliau berbicara terus-terusan, dan air mata aku tak henti-henti menitis.
Ya Allah, indahnya caturan hidupku yang Kau atur. Kau beri aku ujian kecil itu, Kau buat aku hitung saat aku rasa gagal kerana kelewatan itu tadi, dan Kau hadirkan pensyarah itu untuk ingatkan aku setelah apa yang berlaku. Benarlah, tak ada apa yang berlaku di dunia ini yang tiada hikmahnya. Jika aku datang awal tadi, mungkin hati aku tak terkesan dengan semua peringatan pensyarah itu. Tetapi hati aku sudah terkena impak yang hebat itu. Terima kasih Ya Allah atas teguran-Mu, terima kasih pak cik bas sebab tak datang-datang semasa saya menunggu.... terima kasih..
p/s- semoga lebih kuat untuk minggu-minggu akan datang.
pray for Egyt and Syria
post sebelum ini-

MEMANG KITA TAK KUAT, TAPI KITA TAK LEMAH


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 14 September 2013

MEMANG KITA TAK KUAT, TAPI KITA TAK LEMAH

Assalamualaikum.. Selamat pagi sabtu. Nampaknya, Penang cerah hari ini, berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah. 
Bercerita mengenai kekuatan dan kekuasaan. adakala kita tampak lemah apabila berhadapan dengan yang lebih atas dari kita, namun, kitaran hidup ciptaan Yang Esa itu ada timbal baliknya. Yang di atas tak selalunya benar dan kuat. dan yang di bawah tak kerapnya salah dan lemah. seseorang pernah berpesan pada aku ini, 'jangan nanti bila kau sudah berada di atas, kau lupa di mana permulaan kau dahulu. jangan nanti bila kau punya kuasa untuk berbicara, kau alpa pada siapa kau berkata-kata, jangan nanti bila tanganmu punya hak untuk bertindak semudah apapun, kau angkat ia tinggi melangit, menekan-nekan mereka yang di bawah. kerana kau ada kerana mereka, kau berkuasa kerana ada mereka yang menjulangmu, kau kenyang kerana mereka sentiasa ada bersamamu, tanpa mereka, kau bukan sesiapa'

pray for Egypt and Syria

post sebelum ini-

WORDLESS WEDNESDAY *SEMESTER TELAH BERMULA!*


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 11 September 2013

WORDLESS WEDNESDAY *SEMESTER TELAH BERMULA!*


p/s- sebenarnya itu jadual semester lepas, semester ini masih dalam proses penambahan tutorial. #USM
pray for Egypt and Syria
post sebelum ini-

SYAWAL ADA LAGI KAN? AYUH BERAYA!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...