Khamis, 31 Mac 2011

NASIHAT KEPADA YANG BEKERJA DENGAN ORANG AWAM

salam keindahan dunia:)
anda bekerja dengan orang awam tak?senang cerita pekerjaan anda memerlukan anda untuk berkomunikasi dengan orang awam..jika ya,di sini ada sedikit pesanan untuk anda..

1.semasa bekerja,ramahkan diri anda walaupun anda tidak terkategori dalam golongan yang pandai berkata-kata.cukuplah sekadar bertanya satu dua soalan kepada pelanggan anda..sebab! pelanggan akan ingat sikap anda semasa berurusan dengan mereka..korang nak ke orang cakap macam ni.. "weh,ko tak payah la gi kat sana,kat sini,satu daerah dah tau,dia tu tak mesra pelanggan..alaa..yang keje kat tuuuttt tu"sambil muncung panjang sejengkal..nak?!

2.tarik sedikit bibir anda untuk mengukirkan senyuman,bukannya susah pun,siap dapat pahala lagi tu! aku jamin takkan ada orang yang cop anda gila bila anda senyum semasa melayan pelanggan..right?

3.jangan kerja mengikut jawatan anda sahaja..kalau orang awam ada kesulitan,bagi la bantuan,tolong apa yang patut,bukan bermaksud menyibuk,tapi sebagai tanda anda menghargai mereka sebagai pelanggan,.. kaalu tak orang akan cakap "tau la hang keja kat situ,tapi takkan la aku nak tanya skit,hang tak jawab,ni kan tempat keja hang,aku tibai nanti baru hang tau!"

4.tenang.manusia ni banyak kerenah,jadi sebagai individu yang berhadapan dengan manusia,anda perlu sabar.. fahami kerenah mereka walaupun kadang-kadang anda rasa nak lempang mereka..jangan..ingat,CUSTOMER ALWAYS RIGHT EVEN THEY ARE WRONG:) tapi aku memang tak boleh kalau orang yang cakap denag pelanggan macam cakap dengan ex girlfriend.. "weh,budak sini!" "nombor saya panggil tolong datang!satu!!" weh,ingat kat padang kawad ke..kitorang nak ambil lesen je tau tak?!(ok,kantoi di situ) baru no satu dah nak tengking-tengking,belum nombor beratus-ratus lagi..haish~~



4 nasihat ni datang dari diri aku sebab baru kena tadi,so,take note untuk anda dan diri aku jugak..

BUDI BAHASA BUDAYA KITA:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 30 Mac 2011

WALAWEH!POST ENTRY PAKAI IPHONE!!

Hikhikhik..agak jakun di sini bila aku berjaya login blogspot guna iphone..ingatkan tak lepas..jari pun dah semakin arif nak bermain dengan benda ni..tengah cari macam mana nak masukkan pic dalam post..weee~teruja yang amat sangat.. ok,pendek je la entry ni sebab nak gi discover banyak benda lagi.orait!!!! *errmmm..macam mana nak buat perenggan baru nih?!haish~* p/s:blog aku kelihatan lebih comel bila dalam iphone..ahaks!!

Ok,dah berjaya!!



Align Center


:) credit to my father!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 29 Mac 2011

KALAU AKU JADI PENANDA KERTAS,AKU DAH HANTUK KEPALA KAT MEJA!!


korang tau tak,memegang tanggugjawab sebagai penanda kertas soalan bukanlah mudah,di samping kena tanda beratus-ratus set jawapan,kena beli berpuluh-puluh pen merah,kena set masa yang tenang untuk menanda..tapi! ia akan menjadi leih tertekan bila berdepan dengan jawapan yang SENGAL macam ni..sabor je lah(intonasi si gemuk dlm kak limah balik rumah)


gila ah!!


soalan yang sengal ke budak ni yang sengal??


ok,FAIL!


pengaruh anasir luar..

korang ni nak amik exam ke tak nak??!!

p/s:ni soalan math,nanti aku post untuk subjek lain pulak..
update!! INI SAMBUNGANNYA:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

HOYEAH!ANGRY BIRDS DAH ADA MOVIE!JOM TENGOK!!

ahah!!aku tau korang kenal kan game ni..ANGRY BIRDS!! aku kenal game ni from my brother forever,INCIK ARD:) thanks bro.. haa..game ni dah ada movie dia,tapi tak diwar-warkan lagi..pepandai la korang gode-gode dalam youtube tu yek:)





tak faham kenapa si hijau 'oikk..oikk' yang jadi jahat..


si buncit berani mati!


sebelum..


hoyeah!!berjaya!!

ni pun dapat dari along jugak..kelakar sebab diorang macam serius..selamat melayan ANGRY BIRDS!


:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

HADIAH PURSE FROM NISA MENAIP DAH SAMPAI!!

salam keindahan dunia:)

hari ni terima bungkusan dari NISA MENAIP!!! weeee~~ BACALAH YANG NI:) so this is the gift...thanks a lot dear..bau kedai lagi..hahaha..



thank you NISA!!!!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

REMAJA SEKARANG,TEPI JALAN PUN JADI..

amaran keras kepada yang bawah umur,tolong jangan baca entry ni,akak mintak tolong sangat jangan tengok ok dear..



ni antara komen yang di terima..

sya rasa ramai yang salah....tengok bkn mereka ber2 je yang buat salah ...tengok org yg lalu lalang,tengok sapa yg brani tegur mereka.just lintas je..astagfirullah alaziim..sesungguhnya dunia ni dah akhir zaman..Lu pikir lah sendiri..asalamualaikum!

bangga mak bapak dorang bila tengok anak- anak dorang pandai buat macam ni. so dah kawin nanti x perlu nak ajar lg.... Malu pada orang yang bukan islam...

weh!bercinta bukan lesen untuk korang wat benda tak senonoh ok..

bukan berniat nak sebarkan benda negatif,tapi nak semua orang faham yang zaman sekarang,remaja semakin rosak.. dan masyarakat kita pun just ambil ringan perkara ni..

peringatan untuk semua termasuk diri aku sendiri..SEMOGA KITA SENTIASA DILINDUNGI..

p/s:aku tak faham dengan membe dia,dok "han,jangan han!!" tapi tak nak halang gak.. setakat cakap je,tak cukup bro!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 27 Mac 2011

CARA TERBEST BALIK DARI PEJABAT!HAHA!!

ok,yang ni memang kena tengok!!


pic hiasan:)



tak boleh blah part dalam library..hakhakhak~~

agak-agak kalau usulkan kat kerajaan,kerajaan nak buat tak??hahaha..tak perlu kenderaan,tak lah mencemarkan alam sekitar kan?hikhikhik..
:)

p/s:baru balik dari dengar ceramah untuk amik lesen..walaweh!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

INILAH YANG TERJADI BILA DUNIA TANPA KERETA:)

salam keindahan dunia:)

pernah terfikir tak apa akan jadi bila kereta atau kenderaan tak wujud dalam dunia ni? check this out!kompem korang gelak,tak pun paling koman,senyum:D



future-car-1.jpg

sekadar hiasan


COMEL:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 26 Mac 2011

[VIDEO]INILAH YANGTERJADI BILA DUNIA TANPA KERETA

salam keindahan dunia:)

pernah terfikir tak apa akan jadi bila kereta atau kenderaan tak wujud dalam dunia ni? check this out!kompem korang gelak,tak pun paling koman,senyum:D



future-car-1.jpg

sekadar hiasan


COMEL:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

UBI PELIK TAPI SEDAP

salam keindahan dunia:)

setiap kejadian,ada hikmah disebaliknya..check this out:)




mungkin dah lama tapi tak kira,nak post jugak!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 25 Mac 2011

MEMBAZIR TAPI MENANG!!

salam keindahan dunia:)

hikhikhik...tahu kan perasaan menang..hahaah..saguhati je pun..takpe,yang penting menang,sebenarnya bukan nak cerita part menang tu(ececece!) tapi nak minta pendapat la...

sebelum tu,twngok ni dulu..inilah yang dipertaruhkan dalam CONTEST KOLEKSI BARANGAN PERIBADI..thanks to ONITSUKAHANA!!

ni dalam bentuk HD(ok,tipu!) TERJAH SINI!








yang ni kecik da la..
*muka pasrah duit banyak habis:(*

itu topup yang aku kumpul sejak 2009,sebelum ni pernah post pasal ni..TEKAN LA KALAU RAJIN..so,pada pendapat korang,(macam soalan karangan) phone dan topup,KEPERLUAN atau KEHENDAK???

ni pendapat aku,actually semua tu adalah KEPERLUAN,sebab sekarang zaman semakin maju dan semakin advance,tapi ia akan jadi kehendak bila kita terlalu taksub ngan benda ni..dah ada Sony Ericcson S302,tak puas hati,nak pulak beli iPhone...haaa..yang tu KEHENDAK...kan?kan? ada orang terasa??ada???

P/S:bila dah berlambak macam ni baru sedar berapa banyak duit habis:(

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

ASRAMA KORANG ADA HANTU TAK??JOM KONGSI!

salam keindahan dunia:)

aku nak tanya,siapa yang pernah menetap di asrama?? haaa...asrama korang pernah kena kacau tak?i mean..ada hantu tak??? kalau korang perasan la,setiap asrama mesti ada 'benda' kan??hehehe..ni yang excited nak story nih!



korang tau,walaupun sekolah aku tu sekolah agama,tapi kami tak pernah terlepas dari sebarang gangguan,tapi alhamdulillah,sepanjang 5 tahun aku membesar kat sana,aku selamat,tak kena apa-apa...

banyak peristiwa seram yang berlaku kat asrama aku tu,dan secara kebetulan,aku memang minat bab-bab mistik ni..tapi serius aku cakap,aku tak nak berdepan dengan keadaan tu:)

tahu tak,mak cik kantin sekolah pernah nampak perempuan berkemban berdiri atas atap bangunan asrama perempuan,sambil sikat rambut!!! woo..dah macam cerita puntianak harum sudal malam!!

tahu tak junior aku kena rasuk ngan hantu budak kecik,dia nangis-nangis marah sebab mak dia(mak hantu tu la)selalu pukul dia.. dia cakap "mak jahat,mak tak sayang nurul~~" dan masa tu kami tau nama hantu budak tu nurul...korang percaya?? sila percaya sebab aku yang tolong tahan junior aku dari lari keluar asrama..seram!!!


ni antara kisah standard bila sebut pasal hantu asrama..jom layan



jadi apa kata,kalau korang ada cerita seram masa kat asrama,korang BUAT LA POST,bagi link kat ENTRY ni,dan AKU AKAN BUAT LIST "CERITA SERAM ASRAMA"..haaaa.. nak?nak?

p/s:cuba bayangkan,aku tengah tulis post ni,ada 'benda' kat sebelah tegur.. "cerita pasal AKU ke??" erkkkk!!!!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 23 Mac 2011

HEBATKAH SI KIDAL?

salam keindahan dunia:)

hari ni tiba-tiba nak cerita tentang sesuatu yang dah lama difikirkan..KIDAL,which mean, lebih cenderung melakukan sesuatu dengan menggunakan tangan kiri.bukan sesuatu yang ganjil atau cacat,tapi ISTIMEWA:) idea bermula daripada seorang sahabat,dia suruh aku discover pasal KIDAL.

mari lihat bagaimana permainan tubuh badan kita dengan otak..



fakta si kidal yang anda perlu tahu:

1. Secara kasarnya sekitar 15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg dpt mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4.Hari istimewa utk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ok,tak sabar nak tunggu!!)

5.Pepatah Inggeris menyatakan bahawa only left-handed are in their right minds.

dan berdasarkan pencarian,ini adalah antara 20 insan kidal yang mungkin anda semua kenal:)

1. Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat)
2. Leonardo da Vinci (pelukis)
3. Amitabh Bachchan (pelakon Bollywood)
4. Tom Cruise
5. Angelina Jolie
6. Diego Armando Maradona (pemain bola sepak)
7. George H.W. Bush
8. Bill Clinton
9. Prince Charles of England
10. Prince William of England
11. Valentino Rossi
12. Bill Gates
13. Albert Einstein (Saintis)
14. Lin Dan (pemain badminton)
15.Henry Ford(pengeluar automobil)
16.Shawn Micheal(ahli gusti)
17.Charlie Chaplin
18.Nicole Kidman
19.Julia Robert
20.FADWA DAUD! ehem!!

wahai insan kidal,anda istimewa!!!!:D

bukti aku juga kidal:)
:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

DOA AMALAN MENGHINDARI KEGUGURAN

salam keindahan dunia:)

sedikit perkongsian ilmu buat ibu-ibu mengandung,mudah-mudahan kandungan anda semua sentiasa dilindungi..InsyaAllah..


Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir daripada surah ini ke atas perempuan yang sedang mengandung,InsyaAllah,dengan izin-Nya anak kandungannya akan terselamat dari keguguran,iaitu ayat 97 hingga 99 dari surah Al-Hijr yang bermaksud

"dan kami sesungguhnya mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu antara orang-onang yang bersujud dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu yang diyakini(ajal)"

ingat,kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya.setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya,semoga kita sentiasa dilindungi dan dikurniakan zuriat yang bertakwa.AMIN~

anak soleh Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga
:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

SENARAI PESERTA 1ST GA 2 TAHUN BUNGA KAT TAMAN TEMAN!!

salam keindahan dunia:)

saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai GA pertama saya ni,walaupun hadiah tak seberapa,tapi thanks sebab sudi memeriahkannya..walaweh..target sikit je,tapi ramai yang join..nak kena tambah hadiah nih!! (belek-belek duit ada extra tak)

okeh,saya dah terjah semua peserta,dan tinggalkan komen,ada yang tak boleh komen sebab saya disekat T____T~~

cek nama anda semua ye,no tidak boleh diubah!!:D

1. KAKNGAH
2.MY SHAIZHAR BLOG CONTEST
3.ANIM
4.NADIAH
5.FIEDA
6.FIRAS CT
7.MAMA RAYYAN
8.FADZILLAH KAMARUDDIN
9.~EMMIE~
10.JIEDA
11.MRS F!ZA
12.CUTE MUM
13.IZAN ISHAK
14.DIDOT
15.ZIE
16.MISZY DIAN
17.NANAKIMIE
18.AKIEZECKY
19.NANA
20ROSSRAZIF@MAMIKHALIS
21.NAURAH NAWWARAH
22.CEMPAKA KUNING
23.EIJA ZAQUAN
24.R.O.S.I.E
25.BAMBAM
26.JEEHA
27.FARANEM NORDIN
28.ZAIKULIM
29.PRINCESS DELIZA
30.MAMA ZHAFRAN
31.LENNMOMMACHUBBY
32.ASLEENDA
33.MYRA JAY
34.NOOR FATIN
35.PZAH
36.MAMA DARWISH
37.~~@LYCI@~~
38.LISA
39.HANA KIRANA
40.KAK YONG
41.EILABELLA
42.MAIZURA
43.~CHOCOLATE STRAWBERRY~
44.CIK AZIZAH
45.CHARA
46.CAHAYA
47.SYUFAA
48.ZALINA
49.UMMU UKASYAH
50.NSALWA ISHAK
51.AZURA SAMSUDDIN
52.ZUE ANNALEEYA
53.NURUL_ANWAR
54.UMILIZA989
55.EB EZRIN
56.IKA PUK PUK
57.AZUEENSAMSURI
58.AZATIESAYANG
59.IEDA
60.ILUVCAT
61.ADLIN A.K.A KYRA MOM
62.THE GIVEAWAYSTUFF
63.TIEFAZATIE
64.ZUNETA
65.SHERA HAIFA
66.MRS. ASIDA
67.CIKANNA
68.NABILA MEDAN
69.IBU AYRA
70.TAUFIDRIS
71.SOFIAHB
72.ADYSHARIZ
73.INSCOLLECTION
74.TINA OTHMAN
75.OSHIN MAMA
76.INASEPI
77.SAKINAH
78.NEEDA
79.SARAH
80.CIK TK
81.QARD
82.LILI
83.MISZ LOVELY
84.IDA
85.FARHANA
86..:SWEET HONEY:.
87.MISSZ
88.ERAWATIE
89.SYAKILA
90.NORMA AZURA ISMAIL
91.HUDA
92.MOGY
93.AIN FRENKY N BLOG
94.MYA ARISSA
95 SHIDA SAJE
96.MISS LANIE AND PANDA (x jmpe link)
97.MY AISY
98.OGY
99.AZZAH
100.JUNIZA
101.LULU CALDINA
102.*AZNI*
103.KEYPHOCEE
104.AYA ARIEL
105.FAWLIN
106.CIK SARA ASPALELA
107.CIK AINA
108.FATIN DHIRA
109.SYUHADA
110.SHIN SUNG
111.NOR SYAFIQAH
112.ERYZI
113.MISS EIZA
114.CIK PARI
115.SHAFIAYS
116.MAS
117.♥CUTEMUMMY ♥
118.AZLEEN
119.RYN BAHARUN
120.ANAIHA YUSOF
121.ARA NAZ
122.CIKPUANHADY
123.ALEESYA'S MUMMY
124.LYA MAMA ASYA
125.CIK ANNE
126.ISMI LADYJAJA
127.MYFARAFLK
128.KYRA_G
129.INAHASAN
130.ROSILAHI
131.AIENZY
132.ZURAINAH
133.ZURA_HABIB
134.NUR
135.DZAFIRA

*dalam kurungan tu mungkin ada yang terkurang,sila cek balik ye,kemudian inform kat saya.kalau tak nama anda mungkin terpaksa dibatalkan sebab kalau tak cukup syarat,agak tak adil bagi peserta lain..kan?:) take note ye semua!*

orait..fuh~~~siap..sila cek nama anda,kalau takde,cepat-cepat komen kat entry ni,supaya saya boleh betulkan dan tambah power spec saya..ngee~
insyaAllah takde yang tertinggal sebab dan buka mata sebesar yang mungkin...
ada banyak lagi masa untuk join kepada sesiapa yang belum join(peliknya ayat)..senarai ni akan diupdate selalu setiap kali ada penyertaan baru:)
thanks-goldstar
THANKS A LOT SEMUA!!!!!!!!!!!!!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 22 Mac 2011

YEAH!!HADIAH GA EDY DAH SAMPAI!!

salam keindahan dunia:)

sebenarnya dah lama nak post entry ni,tapi sebab tak cukup masa,(chis,macam la busy sangat!).. so baru sekarang boleh post..

kemenangan YANG INI,membuatkan aku menerima....





sepasang Rayban Aviator Gold Brown Mirror!!

haaa...hoyeah!!sampai pun akhirnya,actually dah lama sampai,tapi baru sekarang aku nak inform..

THANK YOU TO INCIK EDY!!! terima kasih ye,sangat cantik..apa lagi korang,TERJAH LAH BLOG BELIAU!!!
:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 21 Mac 2011

LELAKI BERCUKUR LEBIH SIHAT??

salam keindahan dunia:)

menghabiskan masa depan lappy kadang-kadang bosan jugak,so,ambil buku,dan baca... dan ada something nak dikongsi buat semua kaum Adam yang tertarik menarik da boom di luar sana:)

ini dalam buku:

lelaki bercukur mungkin menandakan mereka gembira dan sihat.Kajian menunjukkan lelaki yang tidak mengamalkan tabiat bercukur secara rutin kurang mencapai orgasma dan lebih berisiko mendapat strok berbanding lelaki yang bercukur.PENGKAJI BRITISH mendapati satu per lima lelaki yang tidak bercukur secara rutin lazimnya tidak menjalin hubungan seks secara kerap dan seorang perokok,menghidap penyakit jantung dan biasanya terdiri dalam kalangan pekerja kolar biru..mereka 70% berisiko menderita strok!

tiba-tiba aku teringat...simpan janggut sunnah nabi kan? dan tangan pun menari mencari jawapan...ini hasilnya:

Para ulama dari keempat-empat mazhab sepakat mengatakan bahawa simpan janggut ialah SUNNAH NABI,amalan para nabi.tapi bab mencukur janggut atau misai,keempat-empat mazhab mempunyai pandangan yang berbeza..ada yang mengatakan makhruh,ada yang haram..jadi seeloknya simpanlah janggut kerana mengikut sunnah nabi.

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

[chevalierbysheri.jpg]
ok..habis di situ:)

nampak tak perbezaan yang orang Barat sering sebarkan yang bertentangan dengan ajaran Islam??jadi jom buat penilaian yang terbaik,INGAT,DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN DAN RAHSIA YANG KITA TAK NAMPAK,WALAU APA PUN KELEBIHAN YANG ADA,KITA KENA YAKIN DENGAN APA YANG NABI AMALKAN.

Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.
:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

MENANG LUCKY DRAW WONDERFUL LIFE!!

salam keindahan dunia:)

alhamdulillah..2 kemenangan untuk hari ni..from... CIK PUAN NETTY!! *cikgu nih..jangan nakal,kena cepuk baru tau*

walaweh...anda terbaik dear:)ahaks~ alamak..tak sempat printscreen la..hurmm....JOM KLIK SINI..mana tau nama korang ada sekali berkongsi tuah dengan saya kan?kan???:)


THANKS A LOT DEAR!!!!

p/s:jangan bosan dengan post yang hampir sama:)peace!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

MENANG GA LIKE & COMMENT!

salam keindahan dunia:)

hari-hari muka aku je depan lappy ni,lappy nak termuntah dah dok mengadap aku,heh~ada aku kisah ke ko lappy ku sayang..dan tadi dah tersengih sorang-sorang sebab menang GA lagi..alhamdulillah..actually tak menang sangat,cuma tuan GA nak bagi hadiah kepada semua peserta..rezeki tuh!!

so,THANKS A LOT TO CIK MANIS LYNN!!!sayang kamu dear:)

Contest dan giveaway
p/s:wahahaha...terima kasih yang join GA saya yang pertama..anda memang best!!! beritahu rakan-rakan ye...leh la kita share topup kan?kan? ngeee~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 20 Mac 2011

BEN ASHAARI:TERIMA KASIH IBU!

[BANNER BEN ASHAARI[4].jpg]

salam keindahan dunia:)join segmen from BEN ASHAARI!

1.kenangan saya bersama ibu yang tak dapat dilupakan..actually panggil mak..hehehe..:) sebenarnya banyak kenangan dengan mak..tapi ni yang terbaru..sebelum mak pergi umrah dengan ayah,salam dan cium tangan mak,mak cakap..

"tolong jaga adik-adik kat rumah ye,anak mak dah pandai uruskan adik-adik kan?"

saya angguk je,tak larat nak cakap apa-apa,tak nak air mata jatuh,nanti mak nampak..

mak sambung "nanti kalau mak dah tak dapat balik semula,wawa boleh jaga adik kan?"

tersentap betul masa tu..automatik,air mata dah meleleh...sedih betul!!!sampai hati mak cakap macam tu..:(

tapi alhamdulillah,mak dan ayah selamat pergi dan balik...syukur~

2.antara mak dan ayah,siapa saya lebihkan?
setakat ni rasanya dua-dua sama rata..tak lebih tak kurang..saya sayang mereka berdua!!

3.apakah anda sanggu tinggalkan ibu bapa anda di rumah orang tua?
Nauzubillah..selagi tubuh dan akal ni masih boleh bertindak dengan waras,saya akan jaga ibu bapa saya sehingga akhir hayat saya..InsyaAllah..

4.pendapat tentang anak-anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..
harta pusaka adalah peninggalan ibu bapa,takkan sebabkan harta,hubungan adik beradik rosak? ibu bapa tentu kecewa andainya mereka lihat anak2 mereka bergaduh disebabkan harta dunia..

"Ya Allah,Kau lindungilah ibu bapaku sepertimana mereka melindungi dan menjagaku sewaktu aku masih kecil..AMIN~"

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!

salam keindahan dunia:)

hari ini 20 Mac 2011 ye?? hikhikhik...ok,post kali ni khas buat insan tersayang..hai sayang,kamu tahu kan saya sayang kamu..:) kitorang selalu dating bila dia balik cuti,kitorang selalu ngada2 bila jumpa,kitorang selalu rindu-rinduan bila berjauhan..so,hari ni birthdaynya yang ke-20,dia dah matang,tapi aku belum lagi rasanya..nggee~

NURUL AIN JAAFAR!! WEH KAWAN,SELAMAT HARI LAHIR yang ke-20!!!ko dah tua..hihihi..aku muda lagi..takpe,nnt tak lama lagi aku follow ko ok dear:)


pic zaman sekolah:)


haaaa..nak ngorat la tu,tak bleh,nak ngorat,bagitau aku dulu...hehehe..
*psstt!aku curik pic FB ko..jangan marah aa~*
:)

so,aku abadikan ko dalam blog kesayangan aku sebagai tanda aku menghargai ko kawanku:) kita jauh,aku tak boleh teman ko sambut birthday ko tahun ni..sorry sangat,tapi post ni kira hadiah untuk ko ye..satu dunia baca nih!hahaha~

secara kebetulan,birthday ko sama ngan birthday blog aku nih..hahaha..suke la tu..



so,buat kedua-dua yang aku sayang..

HAPPY BIRTHDAY!!! SELAMAT HARI LAHIR!!!EID MILAD SA'ID!!!
:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

CARA MENGATASI SIFAT TAKBUR(EPISOD 2)

salam keindahan dunia:)

hari ini kita sambung perkongsian ilmu yang lepas...yang mana? YANG NIH!!:)

ok,kita dah tahu punca wujudnya sifat takbur,now,kita cari cara penyelesaiannya..bak kata orang, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian kan?

[GingerCat.gif]

1:BANYAKKAN BERZIKIR
hati yang tenang ialah hati yang bebas daripada rasa bangga.bila kita selalu berzikir,bertasbih,mengagumi kebesaran Allah, kita akan tahu betapa kerdilnya diri kita ni.. bila sebut Allahuakhbar..Allah Maha Besar..kita tahu,yang kita hanya sekecil-kecil kejadian, maka bila hadirnya perasaan itu,kita tidak akan melangkah sebagai orang yang takbur sebab kita sedar diri kita.. tak perlu memandang insan yang berada di bawah kita dengan perasaan takbur,tanpa melihat siapa yang berada lebih atas dan lebih mulia daripada kita..

http://2.bp.blogspot.com/_lypApJDx3_A/S7gO4NtfvkI/AAAAAAAAAIo/234YwnJHATE/s400/50671870_fdeeb4b945.jpg

2.SIBUKKAN DIRI DENGAN BERDOA.
"doa senjata orang mukmin" jika kita bertekad ingin jauhkan diri kita daripada sifat mazmumah ni,jangan lupa untuk berdoa..Allah Maha Mendengar setiap permintaan hamba-Nya,berdoalah supaya kita dijauhkan daripada sifat takbur.. "Ya Allah,andai ada ras belas terhadapku,aku mohon,aku pinta padaMu Ya Allah,jauhkanlah aku daripada sifat takbur,penuhi hati dengan rasa rendah diri,dan sentiasa mengingati kebesaranMu"..


3.BERSAHABAT DENGAN ORANG BAIK.
"siapa yang berkawn dengan penjual minyak wangi,dia juga akan menerima bau wangi itu" kita tahu yang sahabat mampu mengemudi hati kita,tidak kira ke jalan yang benar ataupun salah.pengaruh kawan sangat luas.jadi,jika kita berkawan dengan orang yang sama takbur dengan kita,segalanya tidak akan berubah..tapi,carilah kawan yang baik,rendah diri,banyakkan masa dengan mereka,sentiasa berkongsi ilmu dengan mereka.InsyaAllah,sifat takbur mampu diatasi

mungkin ramai yang cakap, "eleh..cakap senang la,nak buat ingat mudah ke??" apa kata kalau kita cuba dulu,kalau kita ada keinginan,tak mustahil semuanya akan berhasil..

jika anda takbur,anda akan mengabaikan intipati post ini,kerana anda mengambil ringan soal perasaan batiniah kita,tapi jika anda insan yang mahu terus kekal di jalan-Nya,berusahalah sedaya anda untuk menjauhi sifat TAKBUR..

"tidak akan masuk syurga bagi sesiapa yang ada kesombongan dalam dirinya walau sebesar debu"
:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 19 Mac 2011

AWARD FROM MRS WEIYDA!

salam keindahan dunia:)

hari ini jalan-jalan kat blog yang wajib terjah.. MUMMYLOVERS BLOG!! akak cantik bagi award kepada follower beliau...wewwittt~cayalah akak!!

https://lh3.googleusercontent.com/-1MHfYQNkjYE/TYRgR5xj6cI/AAAAAAAAClE/5H4RoCngUC0/s1600/AWARD.jpg

suka terjah blog beliau sebab banyak info yang best2..selalu share kepada umum..lagi satu suka terjah blog beliau sebab blog yang cantik..bling bling dan serba pink..comel!!sentiasa sokong akak Weiyda!!!weee~

mesti amik award ni,kalau tak nanti akak Weiyda merajuk 2 minit..tak mau!tak mau!! (^_^)!!

THANKS A LOT SIS!!I'LL ALWAYS SUPPORT U!!!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

PUNCA WUJUD SIFAT TAKBUR(EPISOD 1)

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum”( al-cAraf : 40)

Hari ini,pagi-pagi nak cerita tentang SIFAT TAKBUR..jom sama-sama kita kongsi ye:)

*semalam tengok Al-Hidayah,sempat amik skit isi..tulis dlm phone je :)*

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong.Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.

ok,kita mulakan dengan PUNCA WUJUDNYA SIFAT TAKBUR:

1)ILMU.

kebanyakan orang akan berasa takbur bila merasa dirinya mempunyai banyak ilmu.merasa dirinya lebih hebat daripada orang lain."huh~aku lebih bijak daripada kau,aku dah phd,ko ada?ada??" ingatlah,sebagai orang yang berilmu,yang diangkat darjatnya oleh Allah,jangan sesekali takbur dengan ilmu yang dimiliki,boleh jadi ilmu itulah yang akan merendahkan martabat kita di sisi Allah disebabkan perasaan TAKBUR.

2)AMAL.

harta... "hahaha..aku dah pergi haji,dah banyak aku sedekah kat orang,asyik muka aku je keluar tv dok bagi derma kat orang,pergghh..hebatnya rasa!!" jangan..jangan... amal yang baik sepatutnya membawa pahala kepada kita,tapi jika timbul sifat takbur itu,semuanya sia-sia..jadi tak perlulah nak heret cek-cek besar gedabak dan tayang dalam tv..panggil semua orang mai tengok..tak perlu..

3)HARTA

yang ini paling banyak membawa manusia kepada sifat takbur."hohoho..aku kaya,aku boleh buat apa yang aku suka!" harta yang diredhai ialah harta yang digunakan di jalan Allah,bukan harta yang disebarkan untuk jalan kesesatan.kadang-kadang kita tak sedar yang kita takbur dengan orang.tengah jalan,berenti kat lampu isyarat,pandang tepi.. "hekeleh,Kancil je pun,aku Mercedes..huh~"dalam hati...nampak?Nauzubillah..sepatutnya kita doakan orang untuk peroleh kesenangan seperti kita,rendahkan diri kita,tak perlu angkat setinggi2 langit,tak payah nak hangkut bakul yang kita masuk sendiri..tak larat derr...

p/s:peringatan untuk aku dan semua..nanti kita sambung tentang cara nak mengatasinya pulak ok...selamat berkongsi ilmu di alam maya:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

REMY ISHAK MENANGIS SEBAB ALYAH?!!

MEREKA berdua mungkin pertama kali dipertemukan namun perasaan cinta yang terbit daripada gerak tubuh mereka mampu dirasai oleh kita yang memandang.

Dengan erti lain, keserasian antara si jejaka yang datang dari dunia lakonan dan si perawan dari pentas nyanyian, begitu terserlah dalam menghidupkan sebuah lagu yang sangat indah.

Kata Remy, selepas mendapat CD Kisah Hati daripada Ghaz, dia tidak lagi berfikir dua kali kerana kebetulan meminati Alyah.Malah pada babak akhir, Remy menitiskan air mata kerana tersentuh dengan lirik lagu itu dan penghayatan Alyah yang meraung-raung.

Bagi Alyah, kesudian Remy muncul dalam muzik videonya sangat disanjung tinggi kerana dia sendiri meminati pelakon filem Cun! dan Nur Kasih itu.
HANYA ILUSI...Remy muncul sebagai roh yang mendampingi kekasihnya lakonan Alyah.
HANYA ILUSI...Remy muncul sebagai roh yang mendampingi kekasihnya lakonan Alyah.

INFO SEPENUHNYA
.....................................................................................................................................................................

walaweh~ dah berlakon dalam video klip pulak..haish,si hensem nih...tapi macam pelik je kan semua pakaian Alyah...lalalalala
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 18 Mac 2011

1ST POST:PERMULAAN

salam keindahan dunia:)

hari tu pernah cakap nak buat review untuk post-post yang lama bila post dah cukup 300.. hahaha.. sekarang baru boleh start..ok,jom mula dengan post yang pertama aku taip sejak menceburi bidang blogging..


pendek kemetot je..sebab tak tahu nak tulis apa..*malu* alaa..orang baru kan... masa ni just testing nak post...kalau tak silap aku,masa aku post ni,aku baru dapat result SPM yang biasa-biasa tu.. nampak macam ada kekecewaan kan di situ:)

so,selamat melayan anak sulung aku yang pemalu tu:D
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

MENANG GA ALL ABOUT LIFE

salam keindahan dunia:)

wahahaha..kemenangan kedua untuk pertengahan bulan Mac..daripada ALL ABOUT LIFE!!! thank you so much!!




mungkin dapat hadiah seperti ini:)


http://4.bp.blogspot.com/-7squ_1gjsgA/TWftsYy4yvI/AAAAAAAAAQI/cyvMDppw77E/s1600/DSC03152.JPG
tahniah juga kepada semua pemenang:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

MENANG HADIAH UTAMA ALL IN ONE!

salam keindahan dunia:)

balik dari segamat terus terkam lappy(ru tin)..rasa macam ada something,dan memang ada pun!! hari ni menang GIVEAWAY ALL IN ONE!!walaweh~~hadiah?

http://3.bp.blogspot.com/-TbAvoVPrjzI/TWmgE1-4o4I/AAAAAAAAAxQ/MDxD0Xt2Ir0/s1600/IMG_2594.JPG


uuuuuuuuuuuuuu~~~~~
rantai mutiara~~

thank a lot akak:) wee~
JOM TERJAH RUMAH BELIAU RAMAI-RAMAI!!!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...