Jumaat, 25 Julai 2014

TANAH INI MILIK KAMI

ALLAH...
-Bila keadilan sudah ditegakkan di mana Palestin sudah menang peperangan, maka bersedialah wahai manusia---kiamat' 
-Ustaz Azhar Idrus-

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 24 Julai 2014

KENANGAN KAD RAYA

Salam Ramadhan dan salam sejahtera. Menginjak di penghujung Ramadhan. Semoga berlumba-lumba kita mengejar amalan sebelum tibanya Syawal. InsyaAllah.
Semalam, membelek-belek fail dan buku-buku lama. Tersengih seorang menilik semua itu. Buku latihan. buku tazkirah, buku lagu, dan segala macam lagi yang aku kumpul semasa zaman sekolah dulu. SMK Agama Pahang (SMKAP), tempat yang ajar aku banyak benda, yang didik aku banyak perkara, yang temukan aku dengan ramai manusia mulia. Subhanallah. 
Dalam banyak-banyak simpanan itu, ini yang buat aku rindu dengan zaman SMKAP. Kad Raya. ya, walaupun duduk sebilik, sekelas, semeja, sebantal kadang-kadang, kami kerap bertukar kad raya menjelangnya Ramadhan. Bila sudah dekat cuti raya, ramai-ramai keluar ke bandar, cari kad raya. Kira sampai cukup supaya semua yang ada di sisi terima kad raya. ok, rindu! 
Ini antara kad raya yang mencuit hati dan perasaan aku.
Kad raya daripada Ashikah, teman sejawatan aku. Shikah, sampai sekarang aku ingat lagi gelak ko :)
 
Kad daripada Huda. Aduyai.. Ibnu Battuta.. ye, Ibnu Battuta, nama library sekolah, sebab? aku librarian. haihhh... dah jadi nurse dah sekarang cik Huda ni ^_^
Yang ini istimewa, aku terima daripada orang jauh. Hasnul Azirah. time ni dia dah pindah ke sekolah lain. tapi dia still hantar kad raya. wuuu... touching! 
Yang tulis panjang lebor ni aku tak perlu tengok nama pun, Amirah! Dia memang rajin bab-bab mengarang. saje aku amik gambar jauh-jauh, tak ada la yang akan usaha zoom nak baca dia tulis apa...hahaha
Ok, yang ni syok. Daripada Ain Jaafar. nampak tak nama Sheikh Muzaphar? haaa sebab time ni memang kami gila ngan angkasawan tu. Aduiii... dah jadi suami orang dah tu.. hahaha.. Ain, kalau kau baca ni, aku nak bagitau, aku tengok sampul ni je, aku dah tahu daripada siapa. ^_^ 
Yang ini pun satu yang aku dah boleh agak daripada siapa. Kenapa? sebab tulisan, penggunaan warna pen, dan lukisan bunga tu. Ina!!! ahaks. *win! ^_^
Yang ini, Athirah. daripada mula aku kenal dia, satu bilik dengan dia, dia memang peminat tegar kumpulan nasyid Devotees. Ya, sampai dengan aku sekali dia ajak nyanyi semua lagu Devotees. jadi, biasalah kita zaman remaja, minat ahli kumpulan nasyid, artis... dan Subhanaallah, sekarang dia dah pun bergelar isteri kepada ahli kumpulan Devotees yang dia minat tu. Thirah, kau tak tahu betapa seronoknya aku bila dapat tahu kau akan membina masjid, dengan orang yang kau sebut-sebut sejak form 3 lagi. Semoga berbahagia sahabat :)
Ini daripada Hafizah. lama benar aku tak jumpa dia. Apa khabarlah kamu di sana :)
Begitu juga dengan semua yang pernah beri kad raya pada aku ini. maaf tak berkesempatan untuk ambil gambar semuanya. Jujur, aku cukup menghargainya.Terima kasih semua, beri aku peluang untuk rasa zaman berbalas kad raya. Terima kasih juga kepada semua yang sama kelas, sama tingkatan semasa SMKAP dulu. Walaupun kita semua dah jarang bersua, tapi tiap perkembangan kalian semua, tak pernah aku tolak tepi. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku yang tak seberapa ini. Terima kasih.
Kepada sahabat-sahabat aku, mohon ampun segala silap dan salah laku aku. Segala khilaf aku semasa berada di sisi kalian. Walau di mana pun kalian berada sekarang, aku doakan kalian masih tersenyum, seperti saat kita dekat. saat kita belajar bersama, didenda bersama, bekerja bersama, makan bersama,  jalan kaki ke kelas bersama, merentas desa bersama (tapi kadang-kadang korang tinggal aku jugak, sebab aku memang tak larat lari,,hahaha) berma'thurat bersama, solat bersama (air mata aku dah tak tahan ni) stay up bersama, gotong royong bersama, outing bersama, hafal surah bersama, baca Al-Mulk bersama, baca Al-Quran malam-malam bersama, mandi..errr ehem! basuh baju bersama, jerit 'lepas ni ada orang?', makan bekal dari rumah bersama, menyanyi dalam bilik bersama, usha senior hensem bersama,opps!! hahaha, pergi koperasi beli choki2 bersama, telefon mak ayah bersama, jerit-jerit dari tingkat atas ke bawah, bawah ke atas bersama, kemas bilik bersama, tidur bersama bila timbul isu misteri di aspuri, jeling dan sengih bersama bila kita bertembung mata sebab ada antara kita berlainan kelas, bila lalu je kelas korang, usha korang tengah buat apa, bila korang perasan, masing-masing sengih angkat-angkat kening.. semuanya! aku dah mula rindu setiap kenangan kita di setiap inci sekolah itu.. Allahurabbi, rindu... 

Semoga ada peluang untuk kita BERSAMA lagi.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 23 Julai 2014

ISU GAZA ---DUGAAN UNTUK KITA JUGA SEBENARNYA.

Ustaz Kazim pernah berbicara dalam kuliahnya baru-baru ini, ramai antara kita yang bersimpati dengan apa jua musibah yang berlaku di sekeliling kita. Benar, ramai. Anak kehilangan ibu, bapa, kita nampak dia, 
"kesian budak tu, kecil-kecil dah hidup seorang" sambil hirup kopi.
"betul.. hmm.. dugaan hidup dia, manusia ni masing-masing ada dugaannya..." ambil karipap, suap dalam mulut.
Tapi ramai mana yang ambil tindakan untuk bantu budak tu? Adakah yang tengah hirup kopi tu? yang tengah suap karipap tu? Apa yang mereka buat. Allah sebenarnya bukan sahaja uji budak itu, tapi dalam masa yang sama, Allah sedang uji diri kita. Tanpa kita sedar!
Isu Gaza.. ya, ramai yang share video, artikel, dan segala macam lagi. Aku juga, terkadang ghairah bercerita itu ini tentang kekejaman di Gaza, dan hingga terkadang aku sendiri lupa menitipkan doa buat mereka. Moga akan ada juga yang hulurkan doanya di malam Ramadhan ini kepada saudara kita di sana. Bantulah semampu kita. 
Ada yang kata boikot itu tak memudaratkan Israel pun, terpulanglah. Sekurang-kurangnya kita tahu itu salah satu usaha untuk melemahkan tindakan mereka. Ada yang kata bantuan perubatan Malaysia tak berfungsi dan kerajaan Malaysia tak ambil peduli, terpulanglah. Sekurang-kurangnya mereka tahu tanggungjawab mereka terhadap manusia, tak perlu dicerita megah merata, tak perlu dijaja seluruh dunia, tak cukup masa untuk menagih puji dan puja.

'Bila keadilan sudah ditegakkan di mana Palestin sudah menang peperangan, maka bersedialah wahai manusia---kiamat' 
-Ustaz Azhar Idrus-

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 18 Julai 2014

MAAFKAN AKU

Salam Ramadhan.. kaku pula rasa jari ini nak menaip setelah berbulan-bulan tak menjenguk blog. Sunyi. Hati ini  sebenarnya sudah tak punya rasa untuk bercerita mengenai kehidupan seorang aku lagi. Itu yang aku khabarkan secara rasmi dalam entry sebelum ini. Bukan jemu, bukan malas, bukan benci, tapi bimbing. Seorang sahabat pernah ujarkan pada aku saat aku bercerita mengenai laman sosial. Tidak pula aku katakan yang semua pandangannya ini benar segalanya. Tidak. Cuma aku fikir katanya itu ada betulnya.  Dan ingin aku tegaskan, bahawa aku ini manusia biasa. Yang ada salah, ada aib, ada silap. (tolong jangan buat muka)
Kita selalu kongsikan segala macam kebahagiaan kita di laman sosial. Segala macam kesenangan kita. Benar, kita punya hak untuk berkongsi. Aku pun begitu. Kerana aku suka. Aku akan punya peluang untuk selak kembali semua itu dengan hanya sekadar klik sahaja. Mudah. Kerana bahagia itu tak akan jadi bermakna jika hanya dirasai sekali sahaja. Dengan mengimbau kembali rasa bahagia itu, kita akan punya waktu untuk sedar sudah berapa banyak nikmat bahagia yang Dia beri untuk kita rasai. Berapa ramai manusia indah yang Dia pinjamkan untuk kita temui...dan miliki. 
Tetapi bila wujud satu ketika bila semua bahagia itu sebenarnya boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada insan lain, aku jadi serba salah. Apa memang tidak senang dengan aku, atau tidak senang dengan kehidupan aku yang tak sehebat mana, yang banyak juga pahit dari manisnya, atau... entah, aku kurang jelas tentang itu. Kerana itu aku terfikir untuk berhenti berkongsi di blog ini tentang apa yang aku lalui dan miliki sehingga kini. Mungkin kerana ia terlalu terbuka. (Instagram boleh private..ngeee) Biar mereka yang ikhlas dengan bahagia aku sahaja yang tahu jatuh bangun aku bagaimana. Kerana aku juga pernah rasa tak senang dengan bahagia orang. Aku juga beribu kali dengki dengan kesenangan orang. Kerana itu aku nak ingatkan diri aku juga. Maafkan aku buat sesiapa yang pernah sedar aku bukan insan yang terbaik pernah kalian jumpa, buat sesiapa yang aku pernah kedekut kasih padanya... atau juga terlebih kasih . Maafkan aku. 
'Bahagia kita usah selalu dicerita, bimbang nanti buat orang lain rasa hidup dia tak cukup bahagia. Takut nanti fitnah ditabur merata. Takut nanti dengki terbit walau sahabat berabad lama. Siapa kita nak bandingkan tiap bahagianya manusia? Allah itu Maha Bijaksana, apa yang kita punya, apa jalan yang disusun-Nya, senyum sahaja. Teruslah percaya, itu yang terbaik untuk kita'
Tapi, sebab aku masih sayang blog ini, aku akan coretkan sekali sekala. 6 tahun dengan aku, mana mungkin aku akan tinggal begitu sahaja. no!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...