Rabu, 20 Ogos 2014

KEPUTUSAN UPU KEMASUKAN 2014/15

Assalamualaikum semua. berzaman juga ye tak menjenguk blog. biasalah... walaupun terlewat seminggu lebih rasaynya, jadi entry kali ini buat semua adik-adik lepasan STPM dan setaraf *pftt.. ayat formal gila*
Buat semua yang berjaya mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi, tahniah saya ucapkan.. tentu gembira kan? ya, masih saya ingat saat-saat itu. Saat menyemak keputusan UPU. SubhanaAllah.. betapa saya kagum dan sayu dengan kasih sayang Allah kepada saya. Betapa rezeki itu telah Dia tetapkan secantik-cantiknya. Saat itu yang saya tunggu setelah sekian lama. Mendapat tawaran di universiti idaman saya dengan program pengajian yang saya impikan. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, SASTERA DENGAN PENDIDIKAN. Alhamdulillah.. Sampai sekarang, kalau terkenang saat itu, masih menitis air mata ini kerana masih terasa hangatnya pelukan mak dan ayah. masih terbayang wajah guru-guru STPM satu persatu yang tak bentah tolak saya untuk kecapi apa yang saya lalui sekarang. Kini, 3 tahun sudah berlalu, tahun akhir kian menjelma, pelbagai kenangan, pelbagai rintangan, pelbagai keseronokan, telah saya temuai dan rasai. Berapa ramai insan yang saya jumpai, berapa ramai insan telah saya rindui, berapa ramai insan yang ajar saya erti hidup, berapa ramai insan telah ajar saya erti persahabatan, berapa ramai insan telah ajar saya erti setia, berapa ramai insan telah tunjuk saya erti kebesaran-Nya.  Aduhaiii... Jadi kepada adik-adik yang mendapat tawaran UPU, jangan sia-siakan. InsyaAllah, itu adalah jalan yang terbaik untuk kita, jalan yang Allah sediakan istimewa buat kita. 
Buat yang masih tidak mendapat tawaran, jujur saya katakan, usah bersedih, usah berduka, usah ungkapkan pertikaian tentang rezeki dari-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. usahalah ke jalan yang lain. Mungkin jalan itu akan bawa kita kepada rezeki yang lebih melimpah, mungkin jalan itu akan bawa kita kepada masa depan yang lebih cerah, mungkin jalan itu yang akan bawa kita lebih dekat kepada-Nya tanpa gundah. InsyaAllah. :)
p/s: kepada adik-adik yang dapat USM, ditambah pula dengan pengajian SASTERA DENGAN PENDIDIKAN, bolehlah roger-roger saya ye, insyaAllah saya akan bantu mana yang perlu. komen je di entry ini atau di fb. chewah...macam lah kaunter pertanyaan kan. pftttt...

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 25 Julai 2014

TANAH INI MILIK KAMI

ALLAH...
-Bila keadilan sudah ditegakkan di mana Palestin sudah menang peperangan, maka bersedialah wahai manusia---kiamat' 
-Ustaz Azhar Idrus-

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 24 Julai 2014

KENANGAN KAD RAYA

Salam Ramadhan dan salam sejahtera. Menginjak di penghujung Ramadhan. Semoga berlumba-lumba kita mengejar amalan sebelum tibanya Syawal. InsyaAllah.
Semalam, membelek-belek fail dan buku-buku lama. Tersengih seorang menilik semua itu. Buku latihan. buku tazkirah, buku lagu, dan segala macam lagi yang aku kumpul semasa zaman sekolah dulu. SMK Agama Pahang (SMKAP), tempat yang ajar aku banyak benda, yang didik aku banyak perkara, yang temukan aku dengan ramai manusia mulia. Subhanallah. 
Dalam banyak-banyak simpanan itu, ini yang buat aku rindu dengan zaman SMKAP. Kad Raya. ya, walaupun duduk sebilik, sekelas, semeja, sebantal kadang-kadang, kami kerap bertukar kad raya menjelangnya Ramadhan. Bila sudah dekat cuti raya, ramai-ramai keluar ke bandar, cari kad raya. Kira sampai cukup supaya semua yang ada di sisi terima kad raya. ok, rindu! 
Ini antara kad raya yang mencuit hati dan perasaan aku.
Kad raya daripada Ashikah, teman sejawatan aku. Shikah, sampai sekarang aku ingat lagi gelak ko :)
 
Kad daripada Huda. Aduyai.. Ibnu Battuta.. ye, Ibnu Battuta, nama library sekolah, sebab? aku librarian. haihhh... dah jadi nurse dah sekarang cik Huda ni ^_^
Yang ini istimewa, aku terima daripada orang jauh. Hasnul Azirah. time ni dia dah pindah ke sekolah lain. tapi dia still hantar kad raya. wuuu... touching! 
Yang tulis panjang lebor ni aku tak perlu tengok nama pun, Amirah! Dia memang rajin bab-bab mengarang. saje aku amik gambar jauh-jauh, tak ada la yang akan usaha zoom nak baca dia tulis apa...hahaha
Ok, yang ni syok. Daripada Ain Jaafar. nampak tak nama Sheikh Muzaphar? haaa sebab time ni memang kami gila ngan angkasawan tu. Aduiii... dah jadi suami orang dah tu.. hahaha.. Ain, kalau kau baca ni, aku nak bagitau, aku tengok sampul ni je, aku dah tahu daripada siapa. ^_^ 
Yang ini pun satu yang aku dah boleh agak daripada siapa. Kenapa? sebab tulisan, penggunaan warna pen, dan lukisan bunga tu. Ina!!! ahaks. *win! ^_^
Yang ini, Athirah. daripada mula aku kenal dia, satu bilik dengan dia, dia memang peminat tegar kumpulan nasyid Devotees. Ya, sampai dengan aku sekali dia ajak nyanyi semua lagu Devotees. jadi, biasalah kita zaman remaja, minat ahli kumpulan nasyid, artis... dan Subhanaallah, sekarang dia dah pun bergelar isteri kepada ahli kumpulan Devotees yang dia minat tu. Thirah, kau tak tahu betapa seronoknya aku bila dapat tahu kau akan membina masjid, dengan orang yang kau sebut-sebut sejak form 3 lagi. Semoga berbahagia sahabat :)
Ini daripada Hafizah. lama benar aku tak jumpa dia. Apa khabarlah kamu di sana :)
Begitu juga dengan semua yang pernah beri kad raya pada aku ini. maaf tak berkesempatan untuk ambil gambar semuanya. Jujur, aku cukup menghargainya.Terima kasih semua, beri aku peluang untuk rasa zaman berbalas kad raya. Terima kasih juga kepada semua yang sama kelas, sama tingkatan semasa SMKAP dulu. Walaupun kita semua dah jarang bersua, tapi tiap perkembangan kalian semua, tak pernah aku tolak tepi. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku yang tak seberapa ini. Terima kasih.
Kepada sahabat-sahabat aku, mohon ampun segala silap dan salah laku aku. Segala khilaf aku semasa berada di sisi kalian. Walau di mana pun kalian berada sekarang, aku doakan kalian masih tersenyum, seperti saat kita dekat. saat kita belajar bersama, didenda bersama, bekerja bersama, makan bersama,  jalan kaki ke kelas bersama, merentas desa bersama (tapi kadang-kadang korang tinggal aku jugak, sebab aku memang tak larat lari,,hahaha) berma'thurat bersama, solat bersama (air mata aku dah tak tahan ni) stay up bersama, gotong royong bersama, outing bersama, hafal surah bersama, baca Al-Mulk bersama, baca Al-Quran malam-malam bersama, mandi..errr ehem! basuh baju bersama, jerit 'lepas ni ada orang?', makan bekal dari rumah bersama, menyanyi dalam bilik bersama, usha senior hensem bersama,opps!! hahaha, pergi koperasi beli choki2 bersama, telefon mak ayah bersama, jerit-jerit dari tingkat atas ke bawah, bawah ke atas bersama, kemas bilik bersama, tidur bersama bila timbul isu misteri di aspuri, jeling dan sengih bersama bila kita bertembung mata sebab ada antara kita berlainan kelas, bila lalu je kelas korang, usha korang tengah buat apa, bila korang perasan, masing-masing sengih angkat-angkat kening.. semuanya! aku dah mula rindu setiap kenangan kita di setiap inci sekolah itu.. Allahurabbi, rindu... 

Semoga ada peluang untuk kita BERSAMA lagi.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 23 Julai 2014

ISU GAZA ---DUGAAN UNTUK KITA JUGA SEBENARNYA.

Ustaz Kazim pernah berbicara dalam kuliahnya baru-baru ini, ramai antara kita yang bersimpati dengan apa jua musibah yang berlaku di sekeliling kita. Benar, ramai. Anak kehilangan ibu, bapa, kita nampak dia, 
"kesian budak tu, kecil-kecil dah hidup seorang" sambil hirup kopi.
"betul.. hmm.. dugaan hidup dia, manusia ni masing-masing ada dugaannya..." ambil karipap, suap dalam mulut.
Tapi ramai mana yang ambil tindakan untuk bantu budak tu? Adakah yang tengah hirup kopi tu? yang tengah suap karipap tu? Apa yang mereka buat. Allah sebenarnya bukan sahaja uji budak itu, tapi dalam masa yang sama, Allah sedang uji diri kita. Tanpa kita sedar!
Isu Gaza.. ya, ramai yang share video, artikel, dan segala macam lagi. Aku juga, terkadang ghairah bercerita itu ini tentang kekejaman di Gaza, dan hingga terkadang aku sendiri lupa menitipkan doa buat mereka. Moga akan ada juga yang hulurkan doanya di malam Ramadhan ini kepada saudara kita di sana. Bantulah semampu kita. 
Ada yang kata boikot itu tak memudaratkan Israel pun, terpulanglah. Sekurang-kurangnya kita tahu itu salah satu usaha untuk melemahkan tindakan mereka. Ada yang kata bantuan perubatan Malaysia tak berfungsi dan kerajaan Malaysia tak ambil peduli, terpulanglah. Sekurang-kurangnya mereka tahu tanggungjawab mereka terhadap manusia, tak perlu dicerita megah merata, tak perlu dijaja seluruh dunia, tak cukup masa untuk menagih puji dan puja.

'Bila keadilan sudah ditegakkan di mana Palestin sudah menang peperangan, maka bersedialah wahai manusia---kiamat' 
-Ustaz Azhar Idrus-

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 18 Julai 2014

MAAFKAN AKU

Salam Ramadhan.. kaku pula rasa jari ini nak menaip setelah berbulan-bulan tak menjenguk blog. Sunyi. Hati ini  sebenarnya sudah tak punya rasa untuk bercerita mengenai kehidupan seorang aku lagi. Itu yang aku khabarkan secara rasmi dalam entry sebelum ini. Bukan jemu, bukan malas, bukan benci, tapi bimbing. Seorang sahabat pernah ujarkan pada aku saat aku bercerita mengenai laman sosial. Tidak pula aku katakan yang semua pandangannya ini benar segalanya. Tidak. Cuma aku fikir katanya itu ada betulnya.  Dan ingin aku tegaskan, bahawa aku ini manusia biasa. Yang ada salah, ada aib, ada silap. (tolong jangan buat muka)
Kita selalu kongsikan segala macam kebahagiaan kita di laman sosial. Segala macam kesenangan kita. Benar, kita punya hak untuk berkongsi. Aku pun begitu. Kerana aku suka. Aku akan punya peluang untuk selak kembali semua itu dengan hanya sekadar klik sahaja. Mudah. Kerana bahagia itu tak akan jadi bermakna jika hanya dirasai sekali sahaja. Dengan mengimbau kembali rasa bahagia itu, kita akan punya waktu untuk sedar sudah berapa banyak nikmat bahagia yang Dia beri untuk kita rasai. Berapa ramai manusia indah yang Dia pinjamkan untuk kita temui...dan miliki. 
Tetapi bila wujud satu ketika bila semua bahagia itu sebenarnya boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada insan lain, aku jadi serba salah. Apa memang tidak senang dengan aku, atau tidak senang dengan kehidupan aku yang tak sehebat mana, yang banyak juga pahit dari manisnya, atau... entah, aku kurang jelas tentang itu. Kerana itu aku terfikir untuk berhenti berkongsi di blog ini tentang apa yang aku lalui dan miliki sehingga kini. Mungkin kerana ia terlalu terbuka. (Instagram boleh private..ngeee) Biar mereka yang ikhlas dengan bahagia aku sahaja yang tahu jatuh bangun aku bagaimana. Kerana aku juga pernah rasa tak senang dengan bahagia orang. Aku juga beribu kali dengki dengan kesenangan orang. Kerana itu aku nak ingatkan diri aku juga. Maafkan aku buat sesiapa yang pernah sedar aku bukan insan yang terbaik pernah kalian jumpa, buat sesiapa yang aku pernah kedekut kasih padanya... atau juga terlebih kasih . Maafkan aku. 
'Bahagia kita usah selalu dicerita, bimbang nanti buat orang lain rasa hidup dia tak cukup bahagia. Takut nanti fitnah ditabur merata. Takut nanti dengki terbit walau sahabat berabad lama. Siapa kita nak bandingkan tiap bahagianya manusia? Allah itu Maha Bijaksana, apa yang kita punya, apa jalan yang disusun-Nya, senyum sahaja. Teruslah percaya, itu yang terbaik untuk kita'
Tapi, sebab aku masih sayang blog ini, aku akan coretkan sekali sekala. 6 tahun dengan aku, mana mungkin aku akan tinggal begitu sahaja. no!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 11 Mei 2014

SET INDUKSI UNTUK SUBJEK GEOGRAFI

Baiklah, memandangkan dah berhenti bercerita tentang kehidupan di laman blog ini, (atas sebab-sebab tertentu) jadi laman ini akan digunakan untuk berkongsi segala maklumat tentang pengajaran Geografi mahupun dunia pendidikan. semua bahan, maklumat, ABM akan saya muatkan dalam laman ini. semoga dapat memudahkan proses pengajaran semua pendidik Geografi. tetapi pengisian untuk laman ini tidaklah dilakukan sekerap yang mungkin, maklumlah, pengetahuan saya tidaklah banyak, tetapi saya bantu mana yang mampu. 
untuk permulaan, saya sertakan bahan yang sesuai sebagai set induksi bagi tajuk TABURAN PENDUDUK. Tingkatan 5. semoga bermanfaat. :)

KESAN KEKURANGAN DAN LEBIHAN PENDUDUK
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK DI ST LAWRENCE,KANADA





terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 29 Januari 2014

ARJUNA BETA

saat lagu ini digubah dan dikeluarkan oleh FynnJamal satu ketika dahulu, pantas hati aku terpaut lantas menitip setiap bait kata lagu ini. indah.. cukup indah.. sampai ke hatinya. Illahi, pelihara anak kecil itu di samping bonda ayahandanya. peliharanya Ya Allah. *sayang tak boleh masukkan link dalam blog seperti video lainnya.jadi,  KLIK SINI 
rindu pelukan bayi..
 post sebelum ini-

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: TIPS DAN KENANGAN


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 24 Januari 2014

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI: TIPS DAN KENANGAN

assalamualaikum.. akhirnya! ada cerita ingin diceritain. baru pulang dari permata Kedah, pulau Langkawi, menyelesaikan tugasan bagi subjek Kajian Lapangan untuk tahun 3 ini. mengikut hikayat hidup aku, ini kali ke-3 aku menjejakkan kaki ke tanah lagenda Mahsuri ini. Mak pernah berlipur lara, dahulu semasa kali pertama aku ke Langkawi, usia 2 tahun mungkin, aku lupa, aku menangis tak henti-henti. hingga pulau dayang bunting itu terpisah jauh dari pulau Langkawi dek gema tangisan aku. *ok, over!* tetapi bila kami keluar sahaja dari Langkawi, aku terus berhenti menangis, siap ketawa lagi. Ya, aku sendiri tak tahu kenapa. baiklah, abaikan kisah hidup aku itu. Kemudian, kali kedua semasa aku berada di tingkatan 6 bawah. jangan risau, aku tak menangis, matang bukan? masa ini LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME AND AEROSPACE EXHIBITION(LIMA) sedang diadakan. boleh KLIK SINI untuk baca nukilan aku tentang itu semua. *masa ni jahil bab penulisan, perenggan pun tak justify.*
berkisar dengan kajian lapangan dahulu. tajuk team aku ialah pelancongan antarabangsa, maka responden kami adalah dalam kalangan mereka yang muka ala-ala Johny Depp, Kpop sikit, Shah Rukh Khan pun kami tangkap, Indonesia pun layan, Iran, Turki tu lagi la kami kejar. ok, sebenarnya ada banyak perkara yang kita perlu ambil berat sebelum jalankan kajian. segala kelengkapan sudah semestinya. soalan soal selidik, kalau boleh sediakan lebih, kelengkapan harian kita, itu juga sudah menjadi kewajipan. tak perlu aku cerita lebih.
baiklah, perkara pertama sebelum membuat kajian lapangan yang merangkumi aktiviti soal selidik, JANGAN, JANGAN, JANGAN sesekali menerjah masuk ke permis perniagaan untuk menemu bual pelanggan di situ. Kita perlu hormati pihak permis perniagaan, jangan ganggu pelanggan mereka. so, nak cari responden, cari di luar permis perniagaan, di kaki lima, di kawasan pantai, di kompleks beli belah, dan lain-lainlah. contoh permis perniagaan yang aku sarankan jangan ganggu pelanggan depa are Starbucks, KFC, McD, dan yang selari dengannya. Jika tidak, anda akan berhadapan dengan pegawai atasan mereka. percayalah...

dua! jika ada peruntukan lebih, sediakan sedikit hadiah kecil buat responden. itu tanda kita menghargai kerjasama yang diberikan. tak perlu serah hamper setinggi langit, cenderahati kecil pun sudah cukup memadai. Team kami sediakan pen sumbangan daripada pihak pensyarah. dan percayalah, pelancong asing yang kami temubual, semuanya sangat seronok bila dapat pen tu. depa macam "oh this is for me? thanks!!" dan ada yang "for me?? really? you're so nice!" dan juga "wow, i will use it, don't worry" see.. depa akan hargainya.

tiga! jangan ada perasaan takut untuk berbahasa Inggeris. jangan! mula-mula tak apa. sebab daripada aktiviti inilah, kita akan dapat improve our language, so its ok to speak in broken english. haaa tu dia dah keluar speaking aku. tapi betul ni nak habaq. sepanjang 5 hari bertemu bual, tak boleh kira dah berapa kali kena gelak dengan pelancong cause by our speaking. tapi releks laa, at least we try, right?

empat! enjoy yourself. jangan terlalu bebankan fikiran kita hanya kepada kerja lapangan sahaja. jalankan kajian sambil kita bercuti. team aku ni tak kira, pelancong ambil gambar, kami pun ambil jugak.. pelancong ambil gambar lompat, kami pun lompat jugak, pelancong beli belah, kami pun lagi layan jugak.

lima! kerjasama dan kepercayaan. cukup untuk aku katakan di sini, seronok dan bersyukur dapat kumpulan yang best dan boleh diharapkan. time kerja, kami kerja, time seronok, kami seronok. Alhamdulillah..

baiklah, berpindah pula cerita tentang Langkawi. kalau aku cerita tentang pekan kuah, korang dah tahu tentang Haji Ismail Groupnya yang besar kan? kalau aku cerita tentang Eagle Square, korang dah cakna tentang burung helang gergasi yang gah menanti di tebing laut kan? kalau aku cerita tentang cable car, korang dah maklum tentang kegayatannya kan? kalau aku kisarkan tentang makam Mahsuri, korang dah jemu tentang sumpahannya kan? begitu juga dengan Beras Terbakar, pantai Chenang, dan lain-lain pantainya.

baik, biar aku kisahkan sedikit pengalaman ke pulau dayang bunting, pulau singa besar, dan pulau beras basah. Ya, kepada yang nak melancong ke Langkawi, spend around rm500 untuk korang peruntukkan mengelilingi ketiga-tiga pulau ini. seronoknya hati aku ini Allah saja yang maklum. naik bot keliling pulau. Allahurabbi, cantiknya ciptaan Tuhan tak boleh aku gambarkan. Tipu jika tak ada seorang Muslim pun yang akan lafakan kata-kata puji pada Illahi bila melihat indah dan cantiknya pemandangan kat sana. mohon maaf tak ambil gambar banyak, sebab aku cukup leka lihat semua itu. kalau terlalu tumpu pada kamera, terlepaslah mata aku nak lihat ajaibnya semua ciptaan di Langkawi. rasa cukup kerdil berada di tengah-tengah lautan. bila melintas di pulau tak berpenghuni, maklumlah semua pelajar geografi, pakat dok keluar semua teori tentang pembentukan muka bumi itu. luluhawa, karst, pergerakan benua, hakisan, semua keluar.

Tiba di tasik Dayang Bunting, terjunlah golongan profesional berenang, tak pandang orang langsung. kami yang golongan amatur ni, celup kaki je la dalam air. ambil berkat sekurang-kurangnya. nanti kalau orang tanya pernah mandi tak kat dayang bunting? of course la pernah! tapi takat kaki je la... pernah la jugak kan.. Then beralih ke pulau singa besar, lihat helang-helangan *??*dan ke Beras Basah, mandi pantai. zoom gambar jom!!
orang paling banyak buat stunt.
orang paling tak buat stunt
drivers for the whole days
stunt. lepas tu masing2 sakit belakang
rasanya cukup sampai di situ. sekarang masa untuk siapkan laporan. terima kasih kepada semua pihak, pensyarah, kawan-kawan, kawan sekumpulan, mak ayah*sebab bagi peruntukan..hehehe*, dan semuanya... terima kasih Ya Illahi beri aku peluang untuk menghargai ciptaan-Mu, untuk punya cukup masa untuk mengagumi kekuasaan-Mu, untuk cipta sejumlah rasa syukur dalam hati ini dengan nikmat-Mu. Alhamdulillah Ya Allah.
post sebelum ini-

TAK LARAT KIKIS KARAT DI BLOG.


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 14 Januari 2014

TAK LARAT KIKIS KARAT DI BLOG.

Asaalamualaikum.. menginjak awal tahun baru, akhirnya blog ini disentuh juga. terkesan akibat daripada sikap suka melengah-lengah aku, ditambah pula dengan kisah-kisah yang yang seperti tak seronok untuk diabadikan dalam blog, maka blog ini terbiar begitu sahaja. ya, begitu sahaja. 
menjelang awal tahun inilah, perlbagai cerita yang aku nak kisahkan (walaupun dari atas tadi tulis tak nak cerita kan? ok, tipu!) bermula dengan perjalanan teater Hari Pendidik USM 2013. sudah berjaya memperoleh rakaman penuh. boleh klik video di bawah. yaa.. kalau cakna, cari di mana kemunculan aku. Agak lucu sebab aku satu-satunya pelakon yang muncul tak sampai 2 minit di atas pentas. Yaaa.. selebihnya, tugas aku di balik tabir. hihihi~~ 
jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua krew-krew produksi. kumpulan PERCA HATI. terima kasih kerana sehingga sekarang kita masih bertegur sapa, masih bermanis muka, masih berkongsi duka suka. terima kasih.
kemudian, sempat aku bertemu dengan kekanda aku yang seorang itu, yang dah merantau ke Sarawak untuk bertugas. terima kasih sudi datang jalan-jalan di Penang. semapat aku bawa Along dan Kak Farah merasa nasi pecal. minta maaf kak farah sebab nasi tu pedas sangat.. hiiii~ then, pulang ke kampung. 
masuk exam week, sekarang dah nak di penghujung. ye, nak habis dah exam. bersiap sedia untuk kajian lapangan di Pulau Langkawi pula. siapa orang Langkawi, korang kat mana? agak-agak sempat, jom gathering. chewah! haritu punya gathering dengan blogger-blogger pun aku tak sempat nak pergi walaupun dekat. Pftttt... syok berblog ini sebenarnya, di samping dapat mengarut di alam maya, dapat kenal kawan-kawan yang sepinggan dengan kita. Bab ganjaran tu belakang cerita la kan. tiga kali cashout dah, walaupun aku tak aktif sangat berblogging. Tapi itu kira tabung maya aku laa kan.. terima kasih Nuffnang. ok, itu sahaja ceriteranya, tunggu lagi sebulan, baru aku update. haa..nampak tak niat nak tinggal blog tu dah ada? anyway, aku macam dah tahu punca aku lama tak berblog. sebab INSTAGRAM! kenapa dia terlalu mudah untuk update? kenapa dia boleh gantikan blog? kenapa dia macam syok je layan? kenapa line USM ni selalu ada? kenapa?? tengok! kan aku dah tak update apa-apa kat blog!! blog, hang tak puas hati, hang cari instagram naa, bukan aku.. 
p/s: Al-Fatihah buat Allahyarham ayahanda sahabat seperjuangan aku, Shafiq Kamaruddin. Kuat wahai sahabat walau aku tahu kau telah sedia kuat teguh di situ. saat pertama kali aku lihat kau dalam keadaan itu, runtun hati aku usah dikata, rebah jiwa sahabat-sahabat yang lain usah dibicara, walau aku sendiri tidak pernah bertemu hero hati kau itu semasa hayatnya. tapi kau kuat. sangat kuat wahai pemimpin kami. terima kasih kerana beri kami peluang untuk lihat senyuman kau lagi. terima kasih.
post sebelum ini:

TIUP HABUK BUANG KARAT. /TEATER HARI PENDIDIK USM


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...