Selasa, 31 Mei 2011

[video]GOLONGAN TERLEBIH BERAT BADAN, FIKIRLAH BANYAK KALI SEBELUM PERGI MEROMPAK

assalamualaikum.. malam-malam ni kita ambil bahan yang ringan-ringan je la ye.. rehatkan minda..
baiklah,ini adalah video yang berjaya dirakam di kawasan Setia Indah,Johor Bahru. tengok dulu,then kita ulas ok:)



orait!korang jangan gelak.. (padahal aku pun gelak 1st time tengok)

tengok tarikh.. 27 May 2011,jam 2.27 pagi.. baru je berlaku nih! 4 orang yang agak kurang berakal nak pergi mencuri,tapi sorang mamat yang last tu buat fail..hakhakhak.. ni antara komen yang diterima.

>cicak kat sebelah tu jatuh sebab gelakkan dorang..hahaha

>lesson from the video: fat guy can never become a thief and please sit at home and eat ur snacks

>nak mencuri sangat,hambik ko

>mesti diorang menyesal ajak gemuk tu join gi merompak..LOL

so,ini sebagai satu pengajaran,tapi tak bermaksud orang kurus boleh gi merompak.. fikir-fikirkan lah:)

"sedarlah bahawa setiap perbuatan itu akan dibalas,samada cepat atau lambat. atau dikembalikan dan terimalah seksa kubur yang akan kamu nikmati nanti.."

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

MELAMAR TENGAH JALAN.. SWEET KE MACAM NI? NI KURANG AJAR NAMANYA!!

assalamualaikum.. dunia ni boleh jadi macam-macam kan.. ini satu cerita.. (sebenarnya dah pernah post,tapi pic tak keluar..chis!)

seorang lelaki ingin berpisah dengan kekasihnya,tetapi lihatlah bagaimana dia melakukannya..




ayat-ayat ini diletakkan di sepanjang jalan raya yang sibuk..dan.. ayat yang terakhir ialah.. " You have six days to move out." !!!
macam-macam la...

post sebelum ini> FILEM SERU MACAM FILEM QUARANTINE.. KAN?
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 30 Mei 2011

FILEM SERU MACAM FILEM QUARANTINE.. KAN?

assalamualaikum.. ramai yang dah tahu kan tentang kemunculan filem ni di pawagam? saya pun dah tengok cerita ni..seperti yang dijangka, masa tengok iklan filem ni pun dah dapat agak jalan penceritaan(sebab dah banyak tengok cerita hantu dan thriller).. filem ni persis filem QUARANTINE.. tengok dah kan??

jalan cerita dan trend ceritanya sama.. just guna kamera.. tapi leh tahan la bila asal part hantu tu keluar je,dia akan keluar dengan cara mengejut(standard la nak buat orang menjerit..hihi)




http://www.comingsoon.net/gallery/38873/Quarantine_poster.jpg

tapi tahniah jugak la kepada industri perfileman Malaysia sebab banyak keluarkan filem-filem yang kaut banyak untung..tapi jujur cakap,kalau cerita hantu(seram) melayu,dah dapat agak jalan cerita dan rupa hantu tu macam mana..hehehe

http://www.dreadcentral.com/img/news/apr11/seru.jpg

http://cdn.chillnite.com/wp-content/uploads/2008/07/quarantine_monster.png





post sebelum ini> SENI UKIR PISANG PULAK!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 29 Mei 2011

SENI UKIRAN PISANG PULAK! COOL!!

assalamualaikum... dulu ada entry mengenai tembikai kan? alaaa.. >>YANG NI<<.. ok,sekarang kita follow up untuk pisang pulak..sangat cool tapi rasanya tak tahan lama kan?:)

Banana Masterpiece

dah penat ukir,lepas tu ngapp jugak..

p/s:petang-petang yang panas macam ni dapat buah yang berjus pun sodap jugak..

post sebelum ini> [video]HAMBAMU-AKHIL HAYY, MAWI, DAN IMAM MUDA 1

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 26 Mei 2011

JUMPA PUN![video] HAMBAMU- AKHIL HAYY, MAWI, IMAM MUDA 1 (LAGU TEMA IMAM MUDA)

assalamualaikum..sejak minggu lepas dok selongkar youtube,mencari video ni sebab ada tengok kat Astro Oasis.. terus suka lagu dia.. tapi tak jumpa apa yang dicari...dan sekarang berjaya! Thanks to FITRIHADI!



smart kan klip video ni,tapi yang penting,hayati liriknya...dicipta oleh Edry KRU,dinyanyikan oleh Mawi,Akhil Hayy,Imam Muda 1..

Hamba-Mu

Ke arah satu perjalanan dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Dekatkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisi-Mu ku berserah
Terimalah ku hamba-Mu Allah

Sekiranya takdir menguji...cekalkanlah hasrat di hati
semoga kesusahan bisa mengajar erti terus asa

Lagu: Hamba-Mu
Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim
Artis: Mawi, Akhil Hay, Asyraf, Azhar, Nuri, Miril dan Aran
Penerbit: Izelan Basar

dan ini 10 IMAM MUDA yang berjaya untuk musim kedua.. *lambat kan aku promote diorang.. hihi.. *



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 25 Mei 2011

BILA JPJ BUAT MUKA,DAH TAK ADA MOOD NAK DRIVE:(

asaalamualaikum...
pulang ke rumah dengan perasaan kecewa bila test kereta gagal..rasa nak hentuk kepala kat dinding.. fuh... sabar... sabar...

betul ke orang cakap,pegawai JPJ perempuan cerewet?aku tak cakap,orang yang cakap,aku cakap sikt je..hehehe..orang lain punya la nak mengelak dari ditest oleh pegawai perempuan, tup,tup,aku pulak yang kena..haish~makanya,terpaksa ulang balik sebab dia bagi markah rendah..hadoi...K.E.C.E.W.A!!!!

http://duniadayat.com/wp-content/uploads/2010/11/kecewa2.jpg

p/s:dia yang cerewet ke aku yang tak reti? *tak nak mengaku* tapi masa latihan ok je,siap drift lagi(ok,tipu)mungkin sebab berdebar kot.. *ngee~still tak nak mengaku lagi!*
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 24 Mei 2011

ISYARAT TANGAN FREEMASON.. BERHATI -HATILAH SEMUA!!

assalamualaikum..sedikit perkongsian..



Para pengkaji mempercayai bahawa simbol-simbol di atas menunjukkan sifat 'penyembahan' dan kecintaan kepada unsur-unsur kesyaitanan. Maka Marrs (salah seorang pengkaji) menyimpulkan simbol ini sebagai 'I Love You, Syaitan'.



ini bagi kita adalah isyarat yang mengatakan ok....tapi di dalam erti kata dan fahaman freemason,ianya membawa maksud simbol alat kelamin perempuan atau juga disebut 'yoni'. Bagi pengamal ajaran kesyaitanan, tiga jari yang terbuka merujuk kepada tiga tuhan sembahan iaitu Iblis, Dewa Babyondan Antichrist (Dajjal). Bagi golongan Illuminati pula, simbol ini bermaksud The Divine King atau Antichrist.



Ini pula adalah beberapa cara salam bagi orang freemason....



Dr, Cathy Burns menerangkan di dalam bukunya yang bertajuk Masonic and Occult Symbols Illustrated, bahawa dua jari yang terbuka ke atas merujuk kepada amalan-amalan dalam ajaran Freemason dan Gnostic Law of Oppasities. Menurutnya lagi, dua jari itu menggambarkan dua ciri yang ditonjolkan iaitu baik dan jahat, syurga dan neraka. Selain itu, simbol ini juga dianggap sebagai perlambangan kepada tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yang dipuja golongan pengamal ajaran kesyaitanan.



Perasan tak kita, dalam diam-diam rupanya kita ada meniru gaya orang freemason terutama lambang peace,ok dan tanduk tu terutama mereka yang minat kepada muzik rock..
Ya Allah selamatkanlah kami daripada Freemason....


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 23 Mei 2011

SELAMAT TINGGAL OPRAH! OPRAH THE BEST!!

OPRAH Winfrey mengesat air mata apabila seorang demi seorang selebriti memeranjatkannya pada rakaman dua episod ‘Selamat Tinggal’ yang mendahului episod terakhirnya.

“Terima kasih tidak cukup, tetapi apa lagi yang boleh saya cakapkan selain ‘terima kasih,’” kata Oprah kepada 13,000 orang yang berkumpul di United Center, Chicago untuk acara "Surprise Oprah! A Farewell Spectacular." Penonton berdiri untuk memberi tepukan apabila Oprah berjalan ke pentas. Kemudian muncul pula satu per satu bintang undangan, sebagai memenuhi janji penerbit Oprah mengenai kehadiran sejumlah besar selebriti ternama filem, muzik dan televisyen.

pix_middle

Aretha Franklin menyanyikan lagu 'Amazing Grace.' Tom Hanks bertindak sebagai hos untuk malam itu. Michael Jordan, yang mengetuai pasukan bola keranjang Chicago Bulls untuk menjuarai kejohanan NBA enam kali sepanjang 1990-an memberitahu Oprah bahawa dia menjadi inspirasinya. Tom Cruise yang terkenal kerana melompat di atas kerusi ketika dalam rancangan Oprah juga hadir. Kemunculan pelawak, Jerry Seinfeld yang lengkap berpakaian tuxedo membuat penonton tidak kering gusi. Dan Madonna memberitahu Oprah, dia adalah antara jutaan orang yang mendapat inspirasi daripada wanita itu.

"Dia memperjuangkan apa yang dipercayainya walaupun ia membuatnya tidak popular," kata Madonna.


"Anda sentiasa berpengaruh dan itu yang ditanamkan dalam kehidupan kami," kata Cruise kepada Oprah.

Oprah Winfrey, kerana anda ramai wanita berjaya meningkatkan tahap kefahaman mengenai siapa diri kami dan paling penting, apa yang boleh kami capai," kata Beyonce.

Oprah juga menerima mesej daripada peminatnya yang kurang terkenal. Anggota tentera wanita Amerika menghantar rakaman mesej dari Iraq dan tiga peminatnya dari negara luar juga muncul di atas pentas.

sumber:Metro

masih ingat lagi tarian yang diadakan sepanjang jalan di Chicago,diiringi nyanyian Black Eyed Peas pada September 2009?sangat best dan terbaik!!!suka!!


p/s:gila ramai...memang...perghh..

post sebelum ini>ALUNAN MERDU AZAN DALAN GEREJA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 22 Mei 2011

[vid]ALUNAN MERDU AZAN DI DALAM GEREJA

assalamualaikum...hayatilah bait-bait ayat yang dilaungkan..



islam agama yang indah..Betul-betul tersentuh dan terdetik rasa sayu dan syahdu di dalam hati bila mendengar alunan azan ini yg dilaungkan. Semua paderi dan penganut Kristian diam, tunduk hormat serta menghayati alunan azan yang di sampaikan. Indahnya Islam. Takbir !!!

kenapa dia azan dalam gereja ye??

post sebelum ini > MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-8


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 21 Mei 2011

[vid]MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-8

assalamualaikum.. seperti biasa,proses mendownload hangat dijalankan pada malam ni.. malam ni, Maharaja Lawak telah mengumumkan kumpulan R2 diserap kembali untuk menyertai MH.. dan yang tersingkir pada malam ini ialah MAN..

dan,seperti biasa juga,saya sediakan 5 peserta yang sering menjadi tumpuan:) saya memang follow up yang 5 ni je..hehehe

NABIL


JAMBU


JOZAN


SEPAH


BALAS



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 20 Mei 2011

[vid]SUARA MERDU DITEMUI DI UJIAN IMAM MUDA 2011!!

assalamualaikum..masih ingat kisah yang saya ceritakan tentang program IMAM MUDA 2?? tentang seorang mak cik menitiskan air mata mendengar alunan bacaan ayat suci daripada calon Imam Muda 2--->TEKAN SINI CEPAT!<---

ya..akhirnya jumpa pun video saudara dari Sabah ni..baru habis SPM..tapi beliau tidak dipilih untuk menyertai program ini..mungkin rezekinya di lain tahun pula..InsyaAllah..
Link


subhanallah...

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA MEDSI 2011

assalamualaikum..kepada penuntut yang yang menjalani ujian MEDSI bulan lepas,hari ini,bolehlah cek keputusannya...

apa lagi.. KLIK SINI!!! semoga berjaya ye semua:) tapi kebiasaannya boleh disemak selepas pukl 12 tengahari..nantikan keputusan ujian saya selepas ini,nanti i update ok..doakan saya!! wops!dapat berita baru..keputusan keluar pukul 2!!bersabar semua!

sangat geram sebab page tersebut asyik keluar benda ni je:(


update lagi! page sedang dikemaskini!!harap semua (termasuk saya) dapat bersabar..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 19 Mei 2011

PERCAYAKAH ANDA INI SEMUA HANYA KEK?!!

assalamualaikum...jangan geli geleman baca entry ni ok:) semua ini hanyalah senibina kek yang diilhamkan oleh ASHKAN HORNARVAR yang mendapat idea daripada penderitaan askar-askar yang cedera semasa Perang Dunia Pertama..




terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

SAAT INI RASA SEMUA SERBA TAK KENA

hari-hari rasa sangat lambat masa berlalu.. tolong bagi aku satu tugasan khas untuk aku buat.. menunggu keputusan U keluar satu penantian yang panjang.. entah mana la pula hala tuju hidup selepas ini??thinking~

mesti takde orang nak komen post ni kan? dah agak dah..huh~ T__T

p/s:pening memikirkan macam mana nak baiki lappy yang dah tak boleh berdiri sendiri nih..haish~ time ni jugak la semua post yang hilang mucul balik.. time ni jugak la button follow ghaib ntah ke mana.. time ni jugak la bloglist muncul bersepah-sepah.. sabar..sabar..tarik nafas..lepas~~~
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 16 Mei 2011

RESTORAN DALAM KEGELAPAN? MACAM MANA NAK MAKAN?!!

*alamak,dah terpost awal la plak.. haish~*
di Paris,sebuah restoran yang diberi nama Dans Le Noir(dalam gelap) menyediakan makan malam dalam kegelapan tanpa dapat melihat apa pun.Ia sengaja dilakukan bagi memberi satu pengalaman baru buat para pengunjungnya.



Pemiliknya,Edouard da Broglie,43 memberitahu idea ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri keadaan orang buta yang tidak dapat melihat dunia terang. Namun, keselamatan pengunjung sentiasa diutamakan,sebelum masuk,pelayan akan memimpin pengunjung untuk duduk di kerusi kosong,menuang minuman dan memberitahu di mana letaknya gelas dan piring.Malah mereka juga akan membantu pengunjung yang ingin mencuci tangan dan ke bilik air..uii..dalam bilik air pun takde cahaya?haha..pandai-pandai la korang..



hingga ke akhir santapan pun,pengunjung tak tahu apa yang mereka makan kerana tidak dapat melihat apa yang terhidang..Hasilnya,pengalaman menarik itu membuatkan para pengunjung bersyukur kerana masih dikurniakan pancaindera yang sempurna..Alhamdulillah..

"dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa pun. Dan(kemudian) diberinya kamu pendengaran,penglihatan dan hati SUPAYA KAMU BERSYUKUR (berterima kasih)"
[an-Nahl,78]

p/s:kat China pun ada jugak kan amik idea macam ni?
Link
post sebelum ini > APABILA ANIMASI MENJADI REALITI! )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU,BEKAS GURU, DAN BAKAL GURU!!

assalamualaikum.. hari ini 16 Mei 2011,walaupun hari ni tak dapat bersama lappy sepanjang hari, so post ini di auto publishkan sebab nak jugak bagi ucapan sempena hari berbahagia ini..chewah..



first! SELAMAT HARI GURU KEPADA MAK DAN AYAH!! sesungguhnya mak dan ayah telah menjadi sumber kekuatan wawa untuk terus melangkah hingga ke saat ini.. doakan cita-cita wawa untuk menjadi pendidik juga tercapai..Amin..

second!SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MENDIDIK SAYA!! dari prasekolah,tadika,sekolah rendah,sekolah agama rakyat,sekolah menengah, prauniversiti,dan sekolah memandu..hihihi..oh,tak lupa juga guru-guru di PLKN SEMARAK.. saya akui,tanpa guru-guru yang terbaik ini,saya tak mungkin capai kejayaan hingga ke tahap ini... terima kasih yang teramat sangat sebab tak jemu-jemu mengajar,mendidik, menegur,membimbing, mendenda,dan semua me.. mungkin dulu saya pernah marah bila cikgu-cikgu marah la,denda la, membebel la.. tapi sekarang,saya tahu yang semua tu adalah salah satu usaha daripada cikgu -cikgu untuk lihat kami semua berjaya:) SYUKRAN JAZILAN..
ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua guru prauniversiti SMK SELANCAR.. the best in my life!



third!SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA BAKAL GURU!! kepada kawan-kawan yang berada di maktab perguruan dan yang mengambil jurusan pendidikan..tak lupa juga kepada ALONG, KAK FARAH dan semua Linkyang berada di Australia tika ini..HAPPY TEACHER'S DAY!! anda semua bakal pendidik negara.. hafal lagu GURU MALAYSIA tau!ngee~

forth!tambahan.. kepada cikgu HAYATI.. saya takkan pernah jemu ucapkan SELAMAT HARI GURU UNTUK CIKGU:)

tema Hari Guru 2011-GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.

post sebelum ini > CENDAWAN BERCAHAYA!SUBHANALLAH! )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 15 Mei 2011

BLOGLIST HILANG!!!

assalamualaikum..kalau korang perasan,kat sidebar blog ni dah tak ada bloglist dah kan?? jangan cakap aku sombong tak nak letak bloglist..sebenarnya,lepas blog tak boleh sign in dua tiga hari lepas,semua bloglist aku hilang.. pada design ada,tapi bila bukak blog,tak ada!! sangat terkilan..

nasib baik aku hilang bloglist je,orang lain ada yang hilang post,hilang komen.. ish..ish... so,agak-agak,ada cara tak nak betulkan keadaan ni?dah 2 hari dah mencuba itu ini.. nak tukar template,tak sampai hati pulak..:(

Linkhttp://tehgeek.com/storage/post-images/sad-panda.jpg?__SQUARESPACE_CACHEVERSION=1270942189661
apa nak buat..apa nak buat...

post sebelum ini > APABILA ANIMASI MENJADI REALITI )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 14 Mei 2011

APABILA ANIMASI MENJADI REALITI!

pernah terbayang tak jika cerita animasi di televisyen benar-benar wujud di alam nyata? :) check this out!

ANDY,WOODY & BUZZ


MARIO &LUIGI

http://www.axi0m.com/wp-content/uploads/2010/12/mario-luigi-art-2.jpg

KIDS FROM "UP"


SIMBA & NALA


TIMON & PUMBA


SIMBA & TIMON


hihi..comel pulak rasa..

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

[PIC] CENDAWAN BERCAHAYA! SUBHANALLAH!

sekumpulan pengkaji dari California telah menjumpai satu spesis tumbuhan aneh di Hutan Simpan Sepilok,Sabah.Tumbuhan ini mampu mampu mengeluarkan cahaya kuning kehijauan ketika keadaan sekelilingnya gelap akibat reaksi kimia pada tumbuhan ini, sifat ini disebut BIOLUMINESCENT.ia juga ditemui di Brazil.

Alasan dari fenomena bioluminescent cendawan masih belum dijelaskan secara ilmiah, namun menurut teori, diyakini ia sebagai respon terhadap keperluan untuk hidup: untuk bercahaya, menarik serangga yang membantu spora tersebar ke kawasan lain kerana tiupan angin sangat terbatas.











Fenomena luminescent cendawan yang terjadi antara Mei hingga akhir Julai.Cendawan ini mampu memancarkan cahaya dalam jarak gelombang 500 hinggan 600 nanometer.

p/s:kepada penggemar cendawan,spesis ini tidak boleh dimakan,ia beracun,mengandungi toksik illudin yang boleh mengakibatkan muntah-muntah dan kekejangan otot..ke korang nak mata korang bercahaya hijau bila makan cendawan ni??hahaha..bayangkan la~

“Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadianya,dan kita kaitkanya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan al-Quran secara dasarnya adalah benar"

sumber:Malaysiaria.com dan Infinity:)

(post sebelum ini> VIDEO MAHARAJA LAWAK MINGGU 7 )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

[VIDEO]MAHARAJA LAWAK MINGGU 7

ok..dengan secepat kilat,download,tambah koleksi video maharaja lawak.. dan akhirnya..keluar juga Amir.. ha,puas hati korang??hihihi..ok,jom saksikan persembahan mereka:)

NABIL


JOZAN


SEPAH


JAMBU


BALAS




terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 12 Mei 2011

AYAT INI MENGGUNAKAN SEMUA HURUF ROMAN!!

teliti ayat ini betul-betul.. Ia menggunakan kesemua huruf roman yang ada..

THE QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG.





:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

SATU KISAH BEBERAPA HARI SELEPAS HARI IBU

assalamualaikum..sempena hari ibu,aku tak post apa-apa entry pun kan?ish..ish..ish.. tak patut.. maaf ye mak.. wawa bukan tak nak post:)so,hari ni nak post sikit dan ada kena mengena dengan HARI IBU.

hari ini,adik kecilku,Farouq baru balik dari pertandingan catur peringkat daerah selama 4 hari.. haish,baru darjah tiga dah nak pergi wakil tu,wakil ni.. (dia peserta termuda yang mewakili daerah Rompin)dia menang 3 perlawanan,dan 3 lagi kalah..tempat ke-14 daripada 40 orang peserta.. jadi,bukan nak cerita pasal tu,tapi nak cerita part ni..

ayah:macam mana Awok(Farouq),best tak gi sana?
Farouq:best,nanti nak gi lagi:)
ayah:ada teringat kat mak tak malam2 tido? (sebab dia tak pernah berenggang ngan mak)
Farouq:tak... tapi ingat mak masa Awok kalah lawan chess.. *sambil sengih-sengih*

mungkin dia teringat,kalau dia lawan dengan mak,asal dia kalah je,mesti nak merajuk..tapi kalau menang,senang hati pulak.. dan bila dia berjauhan dengan mak,baru dia tahu kenapa mak selalu marah setiap kali dia merajuk sebab kalah..mak nak dia terima kegagalan sebagai satu cabaran untuk dia terus berusaha.. dan aku dah nampak sedikit kematangan dalam diri adik bongsu aku tu..buat kesekian kalinya,aku bangga dengan dia:)

dan sekarang,dia tengah lena tidur depan tv lepas tengok kartun Fairy Oddparents..penat kot.. semoga terus membesar sebagai anak yang berperasaan,adikku.. dulu dia pernah juga menyentuh hati aku.. dalam ENTRY INI..

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan"

http://1.bp.blogspot.com/_tIUTVNy2dUM/S-ZEwim-E6I/AAAAAAAAADU/cCrvTdIL24A/s1600/kasih-sayang-ibu.jpg

p/s:tak tahulah mak dah jumpa belum kad yang aku letak dalam bilik dia.. harap-harap dah jumpa.. SELAMAT HARI IBU,MAK!!

(post sebelum ini> AYAT INI MENGGUNAKAN SEMUA HURUF ROMAN! )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 10 Mei 2011

APA?TELINGA PADA SIKU?!!

assalamualaikum.. hari ini dapat informasi baru.. mungkin ada yang sudah tahu,takpe,kita berkongsi ok..

tahu tak,di dunia ini tidak ada lagi manusia yang mampu menyentuh telinganya dengan menggunakan siku,tapi kalau ada mampu melakukannya,itu menunjukkan ada kurang normal:)



artikel ini dikecualikan bagi ahli gimnastik dan ahli silap maa yang boleh lentur-lentur badan tu..tapi kalau mereka boleh lentur badan pun,mampu ke mereka sentuh telinga dengan menggunakan siku?? hurmmm...



ha korang apsal dok terangkat-angkat tangan tu..tak payah test la, memang tak boleh punya..hihi.. siapa yang boleh, amik pic,post kat blog, bagi URL.. nak tengok..

(posr sebelum ini> AMALAN MINUM AIR KENCING! )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

AMALAN MINUM AIR KENCING!!

assalamualaikum...sanggupkah anda minum air kotor kumbahan badan anda sendiri??euuwww.. menggelikan bukan?tapi percaya atau tidak,sejarah telah menyaksikan ramai masyarakat dunia sanggup meminum urin buangan mereka!!semua ini berlaku kerana mereka percaya air kencing masih mempunyai kebaikan dan manfaat buat mereka.



menurut sesetengah sumber,bekas Perdana Menteri India,Morarjibhai Desai pernah melakukan hal ini demi menjaga kesihatannya.beliau mendedahkan bahawa beliau akan meneguk segelas urinnya pada setiap pagi sepanjang 35 tahun(65-100 tahun).

penduduk di China Selatan pula menggunakannya sebagai rawatan luaran.mereka mencuci wajah bayi yang baru lahir dengan air kencing untuk membantu melindungi kulit bayi daripada alahan dan penyakit kulit.

di Perancis,sarung kaki direndam dalam tadahan air kencing dan diletakkan di leher pesakit bagi melegakan radang tekak.

di Rom,air kencing digunakan sebagai bahan kumur untuk memutihkan gigi!!



Pakar Patologi dan Parasitologi dari Fakulti Kedoktoran Universiti Tarumanegara, Jakarta, Dr Iwan T. Burdiarso pernah menjadikan urin sebagai alat terapi sakit jantung,pada mulanya dia tidak percaya, tetapi setelah membaca buku bertajuk Water Of Life,Treatise of Urin Therapy,dia mendapat sedikit keyakinan untuk meneguk air kencingnya sendiri! dia mengamalkannya selama setahun dan mendapati tekanan darah dan kondisi jantungnya kembali normal..

ini sebahagian kecil daripada ribuan pengalaman peminum urin,persoalannya,betul ke air kencing mampu menyembuhkan segala penyakit atau hanya kebetulan?urea adalah toksid yang tidak diperlukan oleh tubuh.Adalah tidak mendatangkan sebarang kebaikan jika meminumnya semula kerana bahan kotor itu adalah najis buangan badan.

“…sesuatu perkara yang kita suka dan baik pada pandangan kita, belum tentu baiknya, dan sesuatu perkara yang buruk dan kita tidak suka, belum tentu buruknya..”

p/s:ini hanya informasi untuk dibaca dan bukan untuk diamalkan.Air kencing still kekal sebagai urea yang dibuang oleh tubuh kita.Setakat ini belum ada kesahihan nyata mengenai khasiatnya.

post sebelum ini (PRODUK OBAMA!! MACAM- MACAM!)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 8 Mei 2011

PRODUK OBAMA.. MACAM-MACAM~

biarkan gambar berbicara..:)


























terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...