Khamis, 31 Disember 2009

SIAPA YANG DATANG TUE?? 2010!!!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

baiklah,baiklah,baiklah....nampaknya 2009 bakal melangkah pergi dan 2010 akan mula menyingkap lembarannya..jadi,teringin rasanya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU,HAPPY NEW YEAR!!!!huhuhuhu..knapa aku semangat sangat ni?alaa..biasalah..dah nama pun tahun baru,lumrah laa untuk mengucapkan selamat kan?pastu malam-malam berduyun-duyun mesej masuk,tengah malam lak tu!!nak ucapkan happy new year..xpe,bagus la tue,ingat kawan..thanks ye semua..sorry kalau aku tak reply,AKU DAH TIDO!(haha..aku cakap cam malam ni confirm je ada mesej masuk,tetiba xde satu pun,wat malu je!huhuhu..tutup muka awal2)

bila masuk tahun baru,macam-macam yang biasa kita dengar..azam baru la,cits-cita baru la,bla..bla..bla....aku malas nak tulis sebab semua orang dah tahu..

so,entry ni hanya sekadar untuk menunjukkan yang aku masih hargai kedatangan tahun baru..selamat datang 2010,ahlan wasahlan wamarhabanbikum...sila,sila..kami dah lama tunggu awak datang,bawak apa tue??owh buah tangan..apa buah tangannya??MASA DAN PELUANG... terima kasih bebanyak la yek.. akan kami gunakan sebaiknya..maaf la..mungkin antara kami ni yang tak sediakan apa-apa pun untuk sambut awak datang ni..yang ada tue..konsert sempena kedatangan awak,tapi ada gak yang wat marhaban,majlis tilawah sempena awak datang..


ish,mesti awak bangga kan semua orang appreciate awak..hehehe..apa pun,harap-harap kedatangan awak nie dapat la memberi nafas baru kepada tuan rumah ni(seluruh manusia) termasuk la saya...sila,wat la macam rumah sendiri ea..salam....

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 28 Disember 2009

10 WATAK MENAKUTKAN

cerita hantu or what we call GHOST adalah salah satu favourite aku..aku pun x tau apsal aku minat sangat pasal makhluk nie..adakah aku dah dipukau??hahaha..x mungkin..aku rasa aku minat sebab ia adalah sesuatu yang misteri..kan?tapi jujur la aku cakap aku ni bukan nye berani sangat,sekadar mennonton filem2 hantu,thriller tue boleh la..tapi untuk menghadapinya?oh,TIDAK!!

jadi..aku dah discover serba sedikit tentang cerita hantu,n ada kajia yang telah dibuat di Jepun.aku rasa mesti ramai dah baca kan?ah!x kisah la,aku nak cerita gak..kajian yang telah dibuat,bertanya kepada 1000 orang lelaki dan perempuan tentang siapakah watak filem seram yang paling mereka gemari/takuti.maka di sinilah keputusannya..
maklumat watak..
pandangan aku..
NO 10
Tomie(TOMIE)

>>seorang gadis yang tidak boleh mati dan mempunyai kuasa untuk membuat orang jatuh cinta kepadanya.disebabkan sifatnya,dia memperalatkan lelaki dan kadang kala perempuan untuk membuatkan mereka marah sehingga menyebabkan mereka melakukan tindakan yang ganas.
>>emm..apa yang menakutkan sangat??patut laa dapat no sepuluh..hahaha..cuba bayangkan kalau Tomie baca blog aku,confirm dia cari aku..ish,kena minta maaf ni..

NO 9
Oiwa(YOTSUYA KAIDAN)

>>ialah cerita hantu klasik Jepun ynag paling terkenal.mengisahkan Oiwa yang telah dikhianati dan dibunuh oleh suaminya dengan racun,dan dia kembali untuk membalas dendam.akibat kesan keracunan,sebelah mukanya bengkak dan mereput.
>>LELAKI KEJAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

NO 8
Jigsaw(SAW)

>>pembunuh bersiri dalam filem Saw.dia adalah seorang 'genius' kerana tidak membunuh mangsanya sendiri ataupun secara terus.dia mereka pelbagai jenis peralatan pelik/kejam dan memberi ujian yang membawa maut kepada mangsanya untuk 'membetulkan' kesalahan yang penah mereka lakukan.
>>genius???wth!!kalau macam nie la,aku rasa xde sorang pun yang berani wat kesalahan..huhuuhu..eh,jap..dia naik basikal ke??auww..so cute!!!

NO 7
Chucky(CHILD'S PLAY)

>>anak patung kegemaran ramai...chuckyadalah anak patung biasa yang diberikan kepada seorang budak sempena hari lahirnya.ia telah dirasuk oleh roh pembunh bersiri,menjadi bernyawa dan mula h membunuh orang.
>>jap nak periksa patung yang ada dalam rumah aku..ermmm..aku mula rasa seram sejuk la..aku mula rasa diperhatikan..ohohohoho


NO 6
Kayako(JU-ON)

>>terkenal dengan rambut panjang yang menutup muka,merangkak yang sukar kerana tulang leher yang telah patah serta jeritan yang menakutkan dari mulutnya.dia dan anaknya mati dibunuh oleh suaminya yang kemudiannya membunuh diri.perasaan marah semasa kematian telah menyebabkan tempat kejadian(rumahnya)berpuaka.dia akan membunuh sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke rumah tersebut.
>>sekali lagi...LELAKI KEJAM!!!!!!!!!!!!!!!!emm..tak ke susah merangkak dengan tulang yang patah??dok diam2 dah la!!(inilah aura dendam..huuuuuuuu)

NO 5
Freddy Krueger(A NIGHTMARE ON ELM STREET)

>>freddy menggunakan sarung tangan yang dilengkapi dengan pisau untuk membunuh kanak-kanak serta remaja.ibubapa mangsa-mangsa telah membakar pembunuh bersiri ini sehingga mati.namun,rohnya masih wujud dan terus melakukan pembunuhan dalam mimpi yang akan menyebabkan kematian mangsa semasa tidur di dunia sebenar.
>>kesimpulannya,basuhlah kaki anda sebelum tidur,nanti mimpi yang bukan2 plak..lagi satu,emm..freddy,leh tak pinjam sarung tangan pisau tu?pisau kat umah aku banyak yang dah tumpul laa..plezzz..merayu ni..

NO 4
Kuchisake Onna(KUCHISAKE ONNA)

>>'perempuan bermulut terbelah',sebuah lagenda kota Jepun yang terkenal.kisah seorang perempuan yang dibunuh suaminya dengan mulutnya dibelah sampai ke telinga.rohnya telah kembali dan melepaskan geramnya kepada orang yang tidak bersalah dengan apa yang dialaminya.ia akan muncul dengan memakai topeng pelindung dan membawa gunting besar.apabila menemui mangsa,iaa akan membuka topeng lalu bertanya "cantik tak saya?".ia akan melepaskan orang yang menjawab "cantik" dengan tenang tetapi memotong pipi mereka yang menunjukkan ketakutan ataupun menjerit.
>>untuk kesekian kalinya...LELAKI KEJAMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!

NO 3
Zombie(PELBAGAI FILEM ZOMBIE)

>>mayat hidup semula dari kematian ataupun orang hidup yang dijangkiti virus misteri.mereka kebuluran terhadap daging segar(kadang kala otak) dari orang yang hidup.
>>kenapa zombie tak serang dan makan binatang??kenapa banyak filem zombie yang aku tengok,semuanya makan orang??sedap sangat ke orang?lembu lagi sedap aku rasa..hmm..patut laa lembu2 lega bila fenomena zombie melanda..
NO 2
Jason Voorhees(FRIDAY THE 13TH)

>>Hantu yang memakai topeng hoki yang lemas semasa kecil dan kembali untuk membalas dendam di atas kematian ibunya.kebanyakan mangsanya adalah golongan remaja yang berkhemah dan berkelakuan tidak bermoral.dengan senjata terkenalnya iaitu pisau besar,ia tidak berbelas kasihan,ganas,dan membunuh sesiapa saja yang ditemuinya.
>>ha!membunuh orang yang tak bermoral??ermm..jason,can i join your group?? senjata terkenal pisau besar?senjata tak terkenal apa?pisau kecik??
NO 1
Yamamura Sadako(RINGU)

>>watak filem seram yang paling menakutkan bagi orang Jepun ialah...(sudah tentu)Yamamura Sadako!ia hantu berambut panjang yang menutup seluruh mukanya dari siri filem ringu.ia mempunya banyak persamaan dengan Kayako dari filem Ju-on.ia terikat dengan keinginan untuk membalas dendam.babak paling terkenal dengan sadako mugkin sekali semasa dia merangkak keluar dari televisyen dalam filem ringu yang pertama.
>>hohohoho..aku suka hantu nie!!nakje aku selak rambut dia..x rimas ke??nak jalan pun x nampak..adddoooiii...

nota kaki:hanya sekadar maklumat,tiada kena mengena dengan kepercayaan atau apa sahaja..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 24 Disember 2009

KASIH SAYANGKU...


kasih sayang itu titi..
kasih sayang penghubung hati..
kasih sayang itu tali..
kasih sayang pengikat diri..
dari kasih timbul simpati..
dengan sayang ada persaudaraan..

kerana kasih ingin berbakti..

saling sayang ingin memaafkan..

kasih sayang itu baja..

kasih sayang penyubur jiwa..

kasih sayang itu penawar..

penguat cinta penghapus duka..
kasih manusia sering bermusim..
sayang manusia tiada abadi..

tiada bertepi..

sayang TUHAN,
janjiNya pasti...

suatu puisi yang sampai padaku melalui pesanan ringkas..mmg ringkas,tapi cukup membuatkan aku rindu padanya..dia..dia sahabatku sejak dulu..namun kami terpisah setelah tamat persekolahan.. saat itu,fikiranku mula mengimbau kembali detik-detik kami bersama,bukan kami berdua,tetapi juga bersama sahabat-sahabatku yang lain..benar kata orang..SAAT BERSAMA, KITA LUPA SIAPA MEREKA PADA KITA..NAMUN SETELAH BERJAUHAN, KITA MULA SEDAR,KEHADIRAN MEREKA MEMBUKA MATA KITA TENTANG SIAPA KITA DI DUNIA INI..ya,siapa aku pada mereka..dan siapa mereka pada diriku..MEREKA SAHABATKU,MEREKA TEMANKU..ashikah,izinkan aku coretkan puisimu di sini..kerana aku menghargaimu,dan aku juga ingin semua tahu,aku sangat sayang semua sahabatku..dan yang paling penting,AKU TAK INGIN MELUPAKAN KALIAN..


SAHABAT SELAMANYA SAHABAT...

oh ye..aku rasa elok aku coretkan sesuatu buat SEMUA SAHABAT-SAHABATKU...khas buat semua pelajar form 5 generasi ke-9 SMKAP.......


sahabatku.
saat kalian di hadapanku..
bergurau mengisi waktu
bercerita kisah-kisah dahulu
satu perasaan kesyukuran dariku
kupanjatkan khas buat Yang Satu
kerana
mengurniakan aku sahabat yang setia
suka duka dikongsi bersama
tiada sengketa antara kita
cuma
pada tahun akhir ini
sesekali terlintas di hati nurani
apakah akan ada lagi saat begini
bagiku menghiburkan hati
bersama sahabat yang disayangi


sahabatku
tahukah kalian semua
peristiwa yang akan aku ingat sampai bila2
yang akan membuatku tersenyum sentiasa
dan akhirnya menitiskan air mata kerananya


saat2 kita bersama bergurau senda
saat2 kita bersama menjamu selera
saat kita mencari ilmu untuk ditimba
pabila langkah kita atur bersama
pabila kebesaranNya kita kaji bersama
pabila nikmatNya kita kongsi bersama
pabila kata penghibur lara
pabila madah memantapkan jiwa
pabila ungkapan sabar ditahan
pabila lafaz menegur kesalahan
ketika air mata dititis bersama
ketika ketawa bergegar dunia
semua itu akan kurindu sentiasa


SAHABATKU...
kalianlah satu dalam seribu
takkan pudar ingatan padamu
kini kuredha dengan apa yang berlaku
kita berpisah mencari arah tuju
hanya doa kupanjatkan untukmu


sahabatku...
di akhir ini
sudilah kiranya diri ini
mengutuskan karya ini
datang dari lubuk hati
tulus buat..
SAHABAT YANG KUKASIHI!!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 18 Disember 2009

Selasa, 15 Disember 2009

JANGAN RISAU,LUKAKU AKAN SEMBUH SENDIRI

luka?
biasa la tue..
kalau x ada luka bukan manusia..
tapi..
macam mana dengan luka di hati??
adduuhh..
14/12/09..
10.46 malam..
aku dah lakukan perkara yang x patut aku lakukan
aku dah menangisi luka yang tak patut ditangisi..
bila dah habis menangis,aku ketawa..
kenapa??
apa?cakap aku gila?!!
kurang ajar!!
aku ketawa sebab kelakar laa..
nangis pasal benda yang remeh..
aisehmen..
sian mata aku..
jadi,di tengah malam ini(pagi rasanya)
di saat semua orang ngah tido..
aku mempersembahkan
tarian jari aku di atas laptop ini..

alaa..
xpe,xpe..
jangan risau,aku x apa2..
i'm ok..
walaupun hati terluka,
tapi,releks laa..
adat dunia..
ada suka,ada la dukanya kan..
lagipun..
bukannya besar sangat lukanya..
macam terhiris pisau jee..
(ishk,sakit la jugak tue!)

alaa..
aku anggap luka di hati ini(ermm,cam puitis je bunyinye)
hanyalah sementara..
macam luka biasa yang akan sembuh sendiri..
sape blaja biologi???
angkat tangan!!
saya,saya,saya..
bgus,bgus..
bukak bab,bab,
ermm..
bab bape ea??
huhuuhu(lupa)
bab 1 form 5(rasenye..)
BLOOD CLOTTING..

yeaaaa...
nampak x persamaannya..
luka akan sembuh sendiri(dengan kehendakNya)
hmm..

berdasarkan rajah di atas..
(cam soalan peksa la plak)
platelets banyak membantu dalam proses pembekuan darah..
haa..tengok!
luka di tangan pun boleh sembuh..
luka di hati mesti leh sembuh nyer..
opss..jap,jap,
nie bukan kelas bio ye..
kelas bio kat sebelah..
huhuhu..

aku cuma nk bagitau yang..
aku anggap platelets tue sesuatu yang..
yang dapat sembuhkan luka di hatiku ini..
tapi,yang penting..
aku pasti ia akan sembuh..
insyaAllah..

kenapa sume ingat aku sedang bergembira sekarang??
sedangkan aku dalam kesedihan..
x nampak ke muka aku yang sedih nie??
huhuhu..
xpe la,biar aku sedih sesorang..
best skit..
~lalalalalalalalalala~
MySpace




terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 13 Disember 2009

???????????

hmm..
hari ini baru aku sedar
semua orang gembira
mungkin juga ada yang bersedih
dan izinkan aku mendaftar diri sebagai
YANG BERSEDIH ITU
kenapa??
adakah aku kehilangan sesuatu?
mungkin juga..
atau..
aku ADA SESUATU yang membuatkan
AKU BERSEDIH??
atau..
aku telah biarkan sesuatu berlalu,
tanpa mengambil apa2 nikmat daripadanya??
atau...
ATAU...
atau...
.........................................................
aku sendiri tak tahu apa yang dah berlaku..'
aku mengharapkan sesuatu yang...
yang..yang...yang..
APA NIE??!!
aku betul-betul rasa kehilangan..
tapi..
AKU TAK TAHU APA YANG AKU HILANG..
wahai ....
kembalilah..
kembalilah pada jalanNya..
meski kutahu..
kau akan disambar sang syaitan durjana..
kau akan digoda nafsu dunia..
tapi..
kupohon...
kasihani diri ini..
diri ini mulai kabur arah tuju..
mulai lemah langkah untuk terus maju..
aku pohon 'kau' hadir kembali..
hadir seperti dulu..
memberiku
kekuatan..
menyuluhku
arah panduan..
membimbingku dalam
perjalanan..
menyinari duniaku..
menegurku salah perlakuan..
serta..
mengajarku erti
SENYUMAN..
aku merayu..
rayuan yang aku percaya Dia mendengarnya..
..........................................................

aku pohon 'kau'
kembali..



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

YOU ARE NOT ALONE



Another day has gone, I'm still all alone
How could this be, You're not here with me
You never said goodbye, Someone tell me why
Did you have to go, And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says

That you are not alone, For I am here with you
Though you're far away, I am here to stay
But you are not alone, For I am here with you
Though we're far apart, You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone, Why, 'lone

Just the other night, I thought I heard you cry
Asking me to come, And hold you in my arms
I can hear your prayers, Your burdens I will bear
But first I need your hand, Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says

That you are not alone , For I am here with you
Though you're far away, I am here to stay
But you are not alone, For I am here with you
Though we're far apart , You're always in my heart
For you are not alone

Oh Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there, I'll be there

You are not alone, For I am here with you
(You are not alone)
(For I am here with you)
Though you're far away, I am here to stay
(Though you're far away)
(You and Me)
For you are not alone, For I am here with you
(You're always in my heart)
Though we're far apart, You're always in my heart

For you are not alone...




For all Muslim,

You Are Not Alone,

Allah Always With You.


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 10 Disember 2009

TRIP TO LANGKAWI

MySpace"banyaknyer mak beli barang..mentang-mentang la barang murah kat sini ea.."aku menegur mak yang sibuk menyusun barang yang dibeli untuk dibawa pulang nanti..kebanyakannya pinggan mangkuk dan coklat.. buktinye..tengok la sendiri..


nie baru pinggan mangkuk..
tak masuk coklat yang kitorang plak beli..
hadoii..
biasalah..LANGKAWI ni memang terkenal ngan barang-barang macam tue..dan kebanyakannya jugak aku tengok berplastik hijau..dan aku tahu yang berplastik hijau tue mesti dibeli daripada HAJI ISMAIL GROUP(HIG)~huhuhu,sukati aku je pendekkan nama,xpe la..penat la nak taip,ish,pemalasnyer aku!!hurmm,whatever~..kat langkawi tue,HIG tue dah kira berjaya la aku tengok..cuba bayangkan,memane aku gi,aku nampak orang pegang plastik warna hijau tue..so,dah confirm la diorang pun pelanggan HIG kan..dan kat langkawi tue juga,dah berapa banyak kedai dan cawangan dia..dan...aku tumpang berbangga jugak la sebab dia beragama islam..seorang yang dah berjaya dalam bidang perniagaan MySpace

satu benda yang aku suka bila gi langkawi nie ialah...COKLAT!! MySpace bukan suka makan,aku suka tengok jee..cantik sangat coklat yang bebabyak tue..makan tue makan la jugak,bohong la kalau aku tak makan coklat kan..kalau aku makan,aku makan tanpa menghiraukan persekitaran MySpace cheh wah!orang kata apa,meghayati...hakhakhak..


feroro rocher..
(betul ke aku eja??)


coklat pe nie nama dia??
aku xtau la plak


bounty..
coklat kelapa!!
baru aku tau coklat ni sedap sangat..


kalau wat menara,cantik nie..

fuhh..x puas ati tengok coklat bebanyak tue....huhu..lpas tue,gi naek kereta kabel..mak ngan ayah x naik pn..kami 7 beradik je yang naik,sebab nyer..mak x nak naik..hehehe..x brani la tue.. so,sebenarnya kereta kabel tue boleh naik 6 orang je,tapi sebab adik aku yang last tue masih kecik,so,akak yang jaga tue pn bagi la kitorng naik bertujuh..ramai tol orang..
masa kat atas tue la,kami betul-betul nampak KEINDAHAN CIPTAAN ILLAHI..cantik sangat..teruja tengok..subhanallah!





aku amik pic skit je kat atas nie.. bateri abis amik video je.. huhuhu..

esoknyer plak,kami gi tengok LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE EXHIBITION(LIMA)..tengok dari jauh je..huhuhu..ramai sangat la orang...


F111 Advaark


Sukhoi..

penat gak telinga aku dengar memacam bunyi..kuat wooo.. MySpace tapi 1 benda yang x disangka..masa kami ngah dok kat tepi jambatan,tetiba sebuah keta lalu..aku tengok pemandu kereta tue...hah!TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!MySpaceakhirnya aku dpat melihat beliau dari jarak yang dekat,selama nie tengok dalam tv jee


amik pic curi..
chis,x dapat gi kat dia,
dia ngah borak..

then,gi tempat pembuatan gamat..hahaha..rasa cam ikut rombongan sekolah plak..gi sana,mak aih!!bau dia..hadoii..x tahan..geli pun ada,tapi tue la yang banyak khasiatnyer..orang kata apa,yang pahit,yang buruk tue la kadang-kadang penawar..betul kan??

pastue gi taman hidupan liar(bahasa senang,zoo!)satu je yang aku x puas ati..masa memula masuk,ada la sekor burung penyambut tetamu..aku nak amik pic dia,dia wat x layan jee..bila abang aku amik pic dia,dia bagi komitmen lak..chis!agak kurang ajar ye burung tue..


burung yang berlagak!!
x suka!
sebenarnya banyak lagi tempat yang aku gi,tapi penat la nak taip(tengok!kan aku dah cakap,aku nie pemalas..hadoii!) MySpacexpe la..so,thats all about my trip to langkawi...salam......


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...