Sabtu, 31 Ogos 2013

SYAWAL ADA LAGI KAN? AYUH BERAYA!!

*post ini ditaip secepat yang mungkin* Assalamualaikum semua. Menginjak Syawal yang ke-24 ini, mengambil sedikit kesempatan meraikan Aidilfitri bersama-sama penduduk perumahan guru SMK Perwira Jaya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Bermula dari pemasangan khemah di lorong jalan depan rumah aku, strategik kata mereka, *aku pun tak nampak mana strategiknya.. hahaha* pembahagian tugasan untuk menyediakan juadah, hinggalah ke majlis makannya, sempurna. Syukur sempat merasa jamuan untuk tahun ini walaupun malam ini dah nak bergerak pulang ke USM, raya tetap raya, maklumlah, tahun lepas tak dapat turut serta, kekangan kerja.. chewah! 
Bermula daripada pagi, proses menghias dan menghidang, Pukul 11 lebih tetamu dah mula tiba, seronok pulak menyambut cikgu-cikgu lama. Suasana meriah bila pak cik aiskrim datang bawak tong dia tu, letak depan rumah aku, tudiaaa.. pak cik aiskrim macam artis ko budak-budak tu kerumun.. pak cik tu senyum manis je.. semanis aiskrim kon dia tu..hahaha..
Next, Pengetua dah mula nak bagi duit raya. kalau pak cik aiskirm macam artis, Pengetua macam Ben 10 bila budak-budak mula keliling beliau. Slek betul la aku dah 22 tahun, kalau tak, aku rasa aku pun sama beratur amik duit raya... hahaha.. kenangan.. kenangan..
Bekas-bekas guru SMKPJ pun ramai yang datang, yang paling dihargai, mantan pengetua, Cikgu Raub! bila dia sampai je dari Batu Pahat, jelas nampak gembira dan sebak di wajah guru-guru di ini, Pada aku, beliau ketua yang baik, hingga nama beliau tak lekang di bibir murid-murid dan guru yang pernah berada di bawah pimpinan beliau. Ok, aku pulak yang sebak nih!! 
Ok, cukup kiranya aku bercerita.. jom zoom gambar pula!
 Cikgu Raub nak rasa aiskrim jugak.. huhu ^_^
Terima kasih kepada semua tenaga kerja yang turut sama membantu, rasa damai bersama mereka. Kalau dulu, jumlah kanak-kanak sangat rendah, kini perkampungan itu sudah mula riuh dengan suara-suara kecil. Kalau dulu, hanya tiga buah rumah sahaja yang digelar 'rumah guru', kini bilangannya sudah cukup untuk digelar 'masyarakat'.
Sempat jugak kot nak ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN, MALAYSIA!!! ^_^
p/s:sempat juga kucup tangan guru kesayangan sebelum aku pulang ke bumi Penang.
~Pray For Egypt and Syria~
post sebelum ini:

[VIDEO] EPILOG SEORANG MANUSIA TAJUKNYA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 26 Ogos 2013

[VIDEO] EPILOG SEORANG MANUSIA TAJUKNYA

Ingatkah anda semua tentang kumpulan UNIC? ya, masa sekolah menengah dulu, lagu-lagu mereka menjadi kudapan telinga, sampai sekarang tak pernah lupa. Lonjakan nama mereka seiring kumpulan Rabbani, Hijjaz, Raihan, Nowseeheart, dan lain-lain lagi.
Kini, salah seorang ahlinya telah menubuhkan satu ikatan ukhwah yang membawa lagu-lagu berversi baru, Fitri's Clique. ya, dan aku lihat kebanyakan lagu mereka digubah sendiri oleh ahli mereka, Epy Shafik. orang satu kampung nih.. haha.. good job! ^_^
EPILOG SEORANG MANUSIA
kadangkala kita rasa diguna
demi kepentingan mereka 
kadangkala kita rasa terhina
rasa kerdilnya di dunia
rasa bersendirian
biarkan kita rasa susah jangan biar kita susahkan mereka
terbitkan keihlasan hati walau kita tak pernah dihargai..
kehidupan diibarat roda
yang berputar-putar mencari destinasi
Ooh langit tak selalu cerah
tak selalu mendung senyumlah sentiasa
jangan sedih....
ada yang rasa diri hebat
jalan dongak ke langit
pandangan semua orang salah
dia saja yang betul
megah berkata-kata namun kosong bicara..
astaghfirullahal'azim..........
p/s: terima kasih kepada Ain dan Kak Tasha sebab pasang lagu Fitri's Clique masa dalam kereta, hehehe..
~Pray For Egypt and Syria~
post sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

5TH POST: BERCERITA TENTANG KEMATIAN

Kuatkan semangat, teruskan segmen REVIEW POST yang telah bermula sejak genap jumlah post sebanyak 300. ya, 300.. Entah apa yang aku ukir dalam blog inipun aku tak pasti hingga 300 banyaknya. Ini post yang keberapa? cuba kira... Apapun lets bring it on! 
Post kelima berunsur ketuhanan. Bercerita tentang senario yang berlaku kepada jenazah-jenazah saudara kita, mungkin untuk peringatan kepada kita yang masih hidup InsyaAllah. Boleh KLIK SINI untuk menjengah apa isi yang dicoretkan. Mungkin anda akan teringat cerita Tanah Kubur apabila membaca post ini. Semoga kita mengambil pengajaran dan dijauhkan daripada segala keaiban di dunia dan di akhirat.
Al-Fatihah buat arwah atok dan tok wan, pak su, abah, saudara maraku yang telah pergi, umat Islam yang telah dijemput Yang Esa, juga saudara seIslam kita di Mesir. AllahuAkhbar!
p/s: minggu lepas menghadiri Program Motivasi bersama Alumni SMK Selancar sebagai fasilitator, akan update ceritanya kemudian, masih mengumpul gambar ^_^
~pray for Egypt and Syria~
post sebelum ini:

[GAMBAR] THE ULTIMATE WEAPON EVER!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 20 Ogos 2013

[GAMBAR] THE ULTIMATE WEAPON EVER!!

~PRAY FOR EGYPT AND SYRIA~
post sebelum ini-

13 OGOS HARI KIDAL


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 19 Ogos 2013

13 OGOS HARI KIDAL

Salam Keamanan semua. Minggu lepas membuat peringatan kepada diri sendiri untuk post tentang ini dan....  ya, dah terlepas tarikh! bagus, tak pernah alert dengan semua peringatan. T_T
Apapun, lebih baik ada daripada tiada kan? ok, 13 Ogos telah diisytiharkan sebagai Hari Kidal Sedunia. Dan sebagai salah seorang yang berdiri dalam golongan ini, ingin sekali meraikannya.. *walaupun lewat*
Baiklah, menurut mereka, kidal bukan satu kecacatan, tapi golongan yang istimewa. err macam nak sama kan. ok, lupakan. bila diimbas kembali, aku pernah post tentang perkara ini 2 tahun yang lepas. ya, 2 tahun yang lepas. KLIK POST INI. semua info tentang kidal ada di sini, jadi tak perlu diulang lagi sekarang. Fakta tambahan, peluang untuk anak kidal adalah tipis jika ibu bapanya kidal. if you know what i mean. hiks~
[DSC03269.JPG]
^_^
p/s-mak cemburu aku buat post ini, sebab dia tak kidal. hehe.. jangan marah ye mak. sebelum terlupa, hari ini Hari Orang Utan Sedunia.
~PRAY FOR EGYPT AND SYRIA~
post sebelum ini-

WAHAI MEREKA DI SANA, WAHAI MEREKA DI SINI..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 18 Ogos 2013

WAHAI MEREKA DI SANA, WAHAI MEREKA DI SINI..

Asalamualaikum.. menjengah tabir blog yang sekian lama tertutup sejak sebelum Syawal lagi. Namun kukira masih belum terlambat untuk mengungkap Salam Syawal kepada semua yang mengenali diri ini, mahupun kepada semua yang telah mula melupai, moga ada secebis kenangan kita yang membuatkan kita kembali mengingati. 
Beikutan apa yang berlaku di negara saudara kita, kukira semua sedia maklum tentang itu. Tiada kata yang dapat diungkap, hanya doa berterusan yang dapat diutuskan.
Wahai mereka di sana, tiada apa yang menanti kalian selain syuga ganjaran-Nya. kumohon ketabahan dan kekuatan. Benar kata mereka, aku mungkin hanya bijak menitipkan kata-kata ini, tapi sejauh mana kemampuanku untuk membantu. Aku sendiri tidak pasti.
Wahai mereka di sini, syukur pada ketika ini, kita masih mampu merasai keamanan. Tapi percaya atau tidak, ia sedikit demi sedikit diragut. setiap hari pasti ada darah yang tumpah. si dia itu ditembak mati, si dia ini, dikelar bapa sendiri, si dia di sana, dibakar hidup-hidup, si kecil itu, diculik daripada keluarga. Ingatan buat semua dan diri sendiri, kelekaan kita mengundang bahaya buat diri kita sendiri. 
p/s- Berdoalah untuk Mesir dan Syria.
post sebelum ini-

SEMOGA MEREKA BAIK-BAIK SAHAJA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 3 Ogos 2013

SEMOGA MEREKA BAIK-BAIK SAHAJA

Dua tahun yang lepas, aku kenali mereka di satu sudut dunia yang berada di celah-celah kesibukan masyarakat. Dalam usia yang masih mentah, mereka ditinggalkan tanpa insan bergelar ibu dan ayah. Namun, keprihatinan masyarakat telah memberi mereka peluang untuk punya satu cahaya dalam kehidupan. Syukur ya Tuhan, Kau pelihara mereka selayaknya yang mereka patut terima. Pernah aku berbicara tentang mereka dalam post INI dan INI JUGA. Kali terakhir aku menjengah mereka, aku kira kesemua mereka masih ada, tapi hakikatnya kebanyakkan anak-anak kecil ini tidak lagi berada di situ, diambil oleh keluarga angkat. Dalam bulan mulia ini, aku mohon semoga keadaan mereka baik-baik sahaja. Kerana sudah sekian lama aku tak dengar hilai tawa, usikan, kenakalan, kepetahan mereka. Benar aku rindu.. Pelihara mereka Ya Tuhan..
post sebelum ini-

4TH POST:BERZODIAK PULAK DAH RAMADHAN NI..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...