Selasa, 22 Oktober 2013

PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) PERJUANGANNYA KIAN BERMULA

Asalamualaikum. wah, nampaknya hari-hari di USM semakin hangat dengan pelbagai manifesto dan sokongan-sokongan sempena Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan berlangsung 24 Oktober ini. Kepada semua pelajar USM, semoga kita semua dapat turun menjalankan amanah tersebut. Menyentuh soal itu, terdetik hati untuk memberi sokongan kepada sahabat yang turut terlibat dalam peristiwa ini. 
Ingin diingatkan di sini, setiap sokongan yang diberikan bukanlah atas dasar sahabat, atau atas dasar apa sekalipun, tetapi sebagai manusia, kita maklum akan siapa yang mampu memimpin, siapa yang mampu menegakkan keadilan pelajar. Semoga harapan dan kepercayaan yang diberikan dipandang tinggi oleh setiap calon yang bertanding.
Abdullah bin ‘amru bin al ‘ash r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, kelak disisi Allah ditempatkan di atas mimbar dari cahaya, ialah mereka yang adil dalam hukum terhadap keluarga dan apa saja yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka.
 (muslim)
Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya manusia yang paling dicintai allah pada hari kiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci allah dan sangat jauh dari allah adalah seorang pemimpin yang zalim. 
(hr. Turmudzi)
juga tidak dilupakan buat warga USIM. Ini antara calon yang saya kenali. Berdasarkan perkenalan saya dengannya, InsyaAllah beliau antara calon yang anda cari. :)
p/s: ayat aku agak tunggang langgang. mungkin puitisnya telah dihabiskan untuk menyiapkan assignment cerpen tempoh hari. T_T 
p/s 2: cerita bab raya tertinggal la pulak.. aduyai...
post sebelum ini:

WALAU SIApApUN MEREKA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 10 Oktober 2013

WALAU SIApApUN MEREKA

menghabiskan sedikit masa di Bilik Rehat pusat pengajian ilmu pendidikan sementara menunggu kelas seterusnya dengan harapan dapat menyiapkan tugasan yang perlu dihantar dalam masa terdekat ini. apapun, curi masa juga untuk pulang ke kampung menjenguk nenda, bersama-sama meraikan Aidiladha. sudah cukup lama kukira tidak menjejak kaki ke bumi jelapang padi itu.. 



sedang leka berseorangan, hadir seorang pelajar lelaki antarabangsa, merebahkan diri di kerusi panjang sambil menarik nafas lega. penat gamaknya melalui hari-hari di perantauan ini. aku agak dia dari Iran. nampak! bijak benar meneka walau hanya sekilas pandang! 
sekali lagi ketenangan diganggu dengan kedatangan wanita bertudung litup, Manis sekali wajahnya ditambah dengan cermin mata separa bingkai, kelihata lebih intelek. dia menegur jejaka Iran itu. aku di tepi tidak dipedulikan. kenapa? ya, mungkin kerana mereka saling mengenali. tapi perbualan mereka cukup jelas menegur gegendang telinga si aku ini. berbicara seolah-olah ingin mengajak aku sekali bersembang. tiba-tiba, telefon bimbit si wanita berdering. namun dimatikan segera.

Lelaki- why don't you answer?
Wanita- its my brother from Iraq. if i answer, i have to pay all the charge. well.. its so expensive.
Lelaki- owh i see.. you from Iraq.. so, what you brother doing?
Wanita- he's an engineer.. 
Lelaki-- wow.. good.. how about your father?
Wanita- terdiam. (dan secara tidak langsung aku semakin berminat dengan perbualan mereka walaupun dialek arab itu masih ada)
wanita- what you ask me?
Lelaki- what your father doing right now?
Wanita- (suara perlahan) he's SYAHID.
Lelaki- Subhanaallah..Subhanaallah.. Al-Fatihah..
kedua-dua mereka terus terdiam sebelum si wanita meminta diri untuk beredar. wajah mereka tampak tenang. hati aku jadi runtun..
dan ya, ia meninggalkan kesan pada aku. walau siapapun mereka, Al-Fatihah untuk semua..

pray for Egyt and Syria
post sebelum ini-

DAN UMUR BERTAMBAH LAGI


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...