Khamis, 28 April 2011

HARI INI ALLAH INGATKAN AKU DENGAN CARA YANG PALING TAK DISANGKA

assalamualaikum.. pernah tak alami sesuatu perkara yang membuatkan kita sedar yang Allah sedang menegur kita? kadang-kadang kita tak perasan tentang benda tu,tapi bila difikirkan balik,itu adalah teguran daripada Dia..

malam tadi aku bermimpi..

aku di sekolah lamaku,SMKAP..tak tahu kenapa asal mimpi sekolah je,mesti SMKAP.. dalam kelas, bersama-sama ramai pelajar yang sorang pun aku tak kenal.. mungkin bosan, aku pandang ke luar tingkap,lihat ke langit..dan aku terpandang awan..

SUBHANNALLAH..awan tu membentuk kalimah-kalimah.. biasanya yang kita selalu nampak, hanya kalimah 'Allah' atau 'Muhammad'..
http://semuabisnis.com/Cerita-Renungan/images/Allah-clouds.jpg

tapi yang aku nampak adalah berbeza.. satu kalimah yang panjang.. masa tu semua orang dah kecoh-kecoh.. aku tak ingat kalimah tu apa.. tapi aku baca satu persatu.. dan secara automatik otak aku dah mampu terjemahkan maksud ayat tu, sedangkan aku bukanlah seorang yang fasih tentang bahasa Arab dan yang aku tahu pun cuma ayat-ayat yang mudah..tapi kalimah tu...lain... alhamdulillah aku masih ingat maksudnya..

"WAHAI ORANG YANG BERIMAN,JALANKAN KEWAJIPANMU, TUNAIKAN ZAKAT, DAN DIRIKANLAH SOLAT.. SESUNGGUHNYA HARI ITU SEMAKIN TIBA"

saat tu aku jadi takut dan air mata dah tak tertahan lagi.. aku takut dunia ni akan berakhir sedangkan masih banyak dosa yang aku lakukan,masih belum cukup amal aku untuk bertemu dengan-Nya..dan aku terjaga..

korang boleh cakap aku penipu,boleh cakap aku pendusta,mereka-reka cerita...tapi apa yang aku tahu..semua tu datang tanpa aku sangka.. dan aku ingat lagi betapa aku bersyukur dapat bangun dari tidur pada hari ini.. dan aku sedar..itu semua PERINGATAN dari Allah untukku.. semoga ia juga peringatan untuk kita semua..InsyaAllah..

Katakanlah: Timur dan Barat adalah kepunyaan Allah; Allah yang memberikan petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Al-Baqarah(142)

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/03/taubat2.jpg


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. saya percaya.... memang hari itu makin tiba... tapi kita tak tau bila...

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...