Isnin, 11 April 2011

PELAJAR PRAUNIVERSITI! ADA PANDUAN UNTUK ANDA MENJAWAB BAHASA MELAYU 2!!

assalamualaikum..sedikit perkongsian untuk pelajar prauniversiti..tak kisah lah korang nak baca atau pun tak,tapi,ini untuk kejayaan kita bersama,kalau nak tambah ilmu,baca ya adik-adikku:)

selepas tamat exam,dah dapat result..baru dapat tahu yang ada rahsia untuk menjawab BM 2..sedikit kekesalan di situ ya,tapi tak mengapa,mungkin bukan rezeki saya untuk tahu lebih awal..so,sebagai langkah membantu adik-adik saya,saya buat entry ini..

ok,adik-adik semua!take note ok dear..

1.dalam karangan,yang nak kena tulis panjang berjela-jela tu,adik-adik tak perlulah pentingkan sangat ayat-ayat bombastik ataupun peribahasa,sebab penanda kertas tak layan semua tu,dia akan pentingkan BAHASA dan ISI adik-adik..so,tak payah la nak cari banyak2 ayat power,kerana mungkin korang tersalah guna ayat tu,dah terpesong maksud..habis markah kat situ..ambil berat tentang ISI SAMADA RELEVAN ATAU TAK..(isi yang TERLALU menjurus ke arah sains tak diterima,tak tahu kenapa..tapi itu yang berlaku kepada sayaT__T)

2.tekankan tentang bahasa korang.kalau rasa bahasa masih lemah,banyakkan buat latihan,pastikan korang tak akan buat terlalu banyak kesalahan bahasa. 'dari','daripada', 'sebab','kerana' 'ialah','adalah' dan lain-lain tu kena ingat macam mana penggunaan dia. mana ayat yang kena jarak,mana ayat pancangan..

3.jangan ingat pemeriksa MALAS NAK KIRA PATAH PERKATAAN..ingat,mereka dibayar untuk tanda kertas korang,so,diorang akan cek satu-satu kesalahan korang..pastikan tak tulis kurang atau lebih dari yang diminta..berlatih dari sekarang untuk tulis mengikut peraturan..

4.bahagian c,ALIH BENTUK TEKS..korang mesti suka bila dapat soalan dialog dan perbualan kan?hurrmm..akak pun dulu suka bila dapat soalan tu,tapi tahu tak,soalan tu yang mungkin akan memakan diri adik-adik sekiranya adik-adik cuai..ingat,bahagian ni nak adik-adik alihkan teks kepada AYAT PENYATA,dan bukan AYAT PENERANGAN!kesalahan kita ialah,kita tukar teks tu kepada ayat penerangan..

5.yang ni penting,RUJUK SOALAN RAMALAN TAHUN-TAHUN LEPAS.jangan terlalu bergantung dengan soalan ramalan tahun ni sebab soalan dah dibuat awal,so,pembuat soalan akan rujuk ramalan-ramalan tahun-tahun sebelumnya,dia tak tengok ramalan tahun ni..kan? tak percaya?soalan BAHASA MELAYU 2 TAHUN 2010,sama dengan SOALAN RAMALAN TAHUN 2007!!cek la..

6.JAGA TULISAN..pepaham la sendiri kenapa:)

http://www.layarsukses.com/wp-content/uploads/2010/02/learn.jpg

so,entry ni khas buat adik-adik yang sama jalan hidupnya dengan saya..saya buat ni sebab saya nak adik-adik berjaya..jangan terlalu rendah diri sebab kita masuk form 6,tahu kan yang kita lebih bernilai dari lepasan pusat pengajian yang lain untuk masuk U?so,keep go on semua!!akak doakan korang BERJAYA!!4 FLAT OK!!!


p/s;adik-adik,korang akan tahu kelebihannya bila korang dah pegang result korang nanti:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...