Jumaat, 11 Disember 2015

3.

05/12/2015
Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah

Tak pernah terduga kini sudah bergelar isteri. Tanggungjawab sekarang sudah terasa. Semoga perjalanan selepas ini akan lebih diberkati. 

Ayah,
Wawa mungkin kini milik suami,
Tapi wawa selamanya puteri ayah.





terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2.

20/11/2015
4 tahun dah berlalu. Hari ini hari bersejarah. Hari konvokesyen meraikan tamatnya pengajian ijazah sarjana muda dengan kepujian, sastera dengan pendidikan Universiti Sains Malaysia. Teringat lagI post tentang rasa teruja dapat tawaran ke USM. Siapa sangka, dapat lalui jalan untuk bergelar pendidik. Kadang-kadang cuba kita duduk senyap di satu sudut, imbas balik siapa kita 5,10 tahun yang dulu. Terfikir tak kita akan jadi seperti kita yang sekarang. Kalau boleh pergi balik masa dulu, jumpalah diri kita yang dulu, tepuk belakang, peluk erat, bisik 'kau dah buat yang terbaik. Aku bangga dengan kau'

Ayah, saat gembira ni wawa lalui tanpa ayah, sekali lagi. Terkilan. Dulu termimpi-mimpi nak keluar dewan, lari kat ayah, hulur ijazah pada ayah dan cakap 'nah ayah, ni untuk ayah!' Termimpi-mimpi ayah peluk. Ucap 'tahniah sayang ayah' Allahurabbi! Aku rindu!
Moga pahala jasa ayah berterusan, moga doa untuk ayah dari anak-anak berpanjangan. Moga berkat ilmu pernah sampai pada ayah tanpa ada halangan.

Ayah,wawa dah konvo!

Al-Fatihah





terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...