Jumaat, 30 September 2011

HADIS2U(2)*BAHAYA TIPU DAYA DUNIA*

Daripada Qatadah bin Nu'man,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"apabila Allah mengasihi seorang hamba,Allah mengawasinya dari dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawas akitnya daiapda terkena air
(jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)"

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)




ingatan buat saya dan semua,segala kepayahan yang kita hadapi mempunyai hikmah di sebaliknya. Terimalah kesusahan dengan hati yang terbuka dan jangan mengeluh.

p/s:lewat pulak sambung segmen HADIS2U..haish.. sibuk..maafkan saya:(
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

BINCANG JUMAAT:TAK SALAH KAN KALAU AKU TEGUR SIKIT?

assalamualaikum.. segmen BINCANG JUMAAT kali ini bermula..

semakin lama hidup di perantauan,semakin tinggi minat aku nak kenal perilaku manusia. macam-macam tingkah laku yang aku lihat dari kacamata yang powernya mencecah hampir 600 ni.dan seperti kata-kata ustaz aku,kita lihat,senyum,dan ambil iktibar.. jika perlu,tegur!

tapi berhijrah ke tempat oang membuatkan aku rasa sukar untuk menegur,ditambah pula aku ni orang baru. bukan niat untuk menunjuk-nunjuk bagus,tapi aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang saudara seislam untuk menegur saudaranya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa diantara kamu yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika ia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya; dan jika tidak mampu, (ubahlah) dengan hatinya.
Dan itulah selemah-lemah iman.”
(HR Bykhari, Muslim, dan Ashabus Sunan).


Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya manusia, jika mereka melihat kemungkaran, sedangkan mereka tidak mengubahnya, maka datanglah saatnya Allah menjatuhkan siksa-Nya secara umum.
(HR Abu Dawud)

jadi sahabat,maafkan aku andai teguran aku buat kau menarik muka huduh kau, sebab aku sendiri takut kita ditimpa seksa-Nya di akhirat kelak atas apa yang kau lakukan dengan si dia.

p/s:aku tak mahu tangan kau tarik aku ke neraka saat aku meniti titian siratulmustaqim.. nauzubillah..


Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
-Hassan Al Basri-


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...