Jumaat, 17 Februari 2012

BINCANG JUMAAT: IKHALSLAH DALAM KEHIDUPANMU

cepat-cepat menaip bila sedar tak post lagi utuk segmen BINCANG JUMAAT untuk minggu ini. sibuk dengan pelbagai kerja dan aktiviti. mujur semester tak start lagi, jadi dapat tumpukan sepenuhnya pada kerja-kerja ini.

sebenarnya, ramai yang tanya, tak penat ke buat kerja itu ini, cuti sekejap, dan tiada apa-apa balasan? dalam hati hanya dapat senyum je bila dengar soalan itu. bagi saya, bila saya dah terima sesuatu kerja itu, rasanya tak sedap duduk kalau biarkan orang lain yang buat, masa balik lewat hari tu pun otak asyik memikirkan orang lain yang dah start kerja. risau..

lagipun, memang tak ada ganjaran dari segi zahirnya, tapi apa yang saya dapat bila dah lalui semua ni, pengalaman yang berharga sangat. barulah saya tahu susahnya nak uruskan suatu aktiviti yang besar, seronoknya bila suatu kerja berjalan lancar, bahagianya bila dapat menbahagiakan orang lain, terujanya bila bersama dengan anak-anak yatim, dan saya ada masa untuk muhasabah kekurangan diri saya. Subhanallah.

teringat pulak, mak selalu marah bila buat kerja sambil merungut. mak cakap, buat rugi je, kerja jadi tak perfect, pahala pun tak ada sebab nampak sangat tak ikhlas. bahagialah hati yang selalu ada ikhlas bersamanya.

gambar-gambar pekerjaan yang tak tercapai dek akal.. tabah betul! KLIK SINI!



~ikhlas itu sesuatu yang Allah selitkan dalam hati hamba-Nya yang bersyukur~


p/s: terima kasih kepada semua yang selalu memberi tunjuk ajar kepada saya. terima kasih juga sebab menceriakan hari-hari saya ^_^

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...