Khamis, 21 April 2011

JANGAN TULIS NAMA PADA POKOK!

masa zaman muda-muda dulu,mesti ada antara kita yang pernah menulis nama pada pokok atau daun kan?kononnya sebagai tanda ingatan.. sweet la kiranya..jom baca kisah ini..

http://greenprophet.files.wordpress.com/2007/12/tree-planting-green-prophet.jpg

Tersebutlah kisah seorang pemuda yang bernama Jebon. Kerjayanya ialah mencuri, merompak dan pecah rumah.Pada suatu hari dia bersama beberapa kawan telah merompak sebuah bank di ibu kota. Mereka semua menjadi buruan polis. Si Jebon telah melarikan diri di kawasan dusun yang terdapat di kampungnya. Setelah menyembunyikan hasil rompakannya dia pun bersandar pada sebatang pokok besar dan entah macam mana dia pun terfikir bagaimana dia boleh menjadi seorang perompak dan kerja2 mencuri.

Tiba-tiba dia terpandang satu tulisan pada batang pokok tersebut yang bertulis "JEBON". dia terperanjat kerana itu adalah namanya.....barulah dia sedar bahawa tulisan itu dia sendiri yang tulis semasa berumur 9 tahun dan pokok itu pun masih kecil lagi. Kini setelah 25 tahun berlalu dan umurnya kini telah mencecah 34 tahun...tulisan tersebut telah ikut membesar seperti mana pokok itu membesar.

KINI barulah si Jebon sedar bahawa apa yang diperbuat hari ini adalah kebiasaan yang dibuat sejak dari kecil dahulu....Jika di alam sekolah rendah dahulu dia sering mencuri pensil, pembaris dan buku kawannya. Semasa di sekolah menengah pula kegiatan mencurinya semakin besar iaitu sudah pandai mencuri basikal, motosikal dan duit kawannya......KINI si Jebon telah insaf dan menyerah diri pada pihak polis dan berjanji pada dirinya tidak akan mengulangi lagi perbuatannya itu. DAN jika dia mempunyai anak dia akan memastikan/memberi ajaran yang baik kepada anak2nya agar tidak membiasakan diri dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan Aturan Tuhan dan Undang-undang Negara........

(cerita ini adalah rekaan semata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah pergi)

ingat..bermula sesuatu yang besar itu asalnya dari yang kecil, yang tinggi itu dari yang rendah,yang banyak itu dari yang sedikit,yang terang itu dari yang gelap. MAKA perangai seseorang itu terbentuk adalah dari kebiasaan.....wallahualam..
http://farm3.static.flickr.com/2360/2403249501_a57876dcb8.jpg

psstt..tajuk macam takde kena mengena je kan?hehehe~

(post sebelum ini> MAK!NAK ANK KUCING NI BOLEH?! )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

6 ulasan:

  1. ada iktibar di sebalik cerita nie sbnrnya.. bila kita lakukan sesuatu secara kecil2an lama lama tabiat tu akan menjadi lebih besar.. means, makin teruk n buruk.. erk.. ya kan? :)

    BalasPadam
  2. Betul2, jgn la d biasa kn buat bnd yg x elok, lme2 k0mfem jd bad habit kn, =)

    BalasPadam
  3. miszy dian:yup!tepat sekali..sbb tu kita perlu sentiasa perhatikan diri kita,mana yang kurang elok,cepat2 baiki..InsyaAllah..

    BalasPadam
  4. kami dan mereka:setuju!! tp kadang2 nak ubah perangai buruk tu bukan senang..kne ada ksungguhan..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. hahaha besh2.. sy suka entry yg berbentuk cerita.. nasihat mlalui penceritaan gitu~~ :)

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...