Isnin, 18 April 2011

BILA BUDAK KECIK PUN PANDAI HARGAI GURU..

assalamualaikum..anda semua tahu kan,kadang-kadan apa yang keluar dari mulut budak kecik ni,semuanya jujur..sebab budak kecik masih tak tahu menilai makna sebenar kehidupan ni..mereka akan cakap apa yang mereka rasa..kalau cantik,cantik lah,kalau buruk,buruk lah..dan ini yang berlaku petang tadi..

aku temankan mak pergi ambil adik aku,Farouq balik dari sekolah agama..dengan termengah-mengah sebab berlari ngan kawan-kawan dia,masuk dalam kereta..

"bye!!!"semangat lambai tangan kat kawan dia..aku geleng kepala je..budak-budak..haish~

nak dekat sampai satu simpang,

"mak!mak!lalu kat depan rumah cikgu Maimon..ikut simpang ni.."adik aku tunjuk kat simpang tu..

"kenapa?"mak tanya..

"takde pe..saje nak lalu depan rumah dia..nak tengok-tengok.."muka selamba..

"aik..kenapa pulak?"aku ulang soalan mak..chis!

"haritu masa mak lambat amik awok(nama manja la konon,farouq),cikgu Maimon la yang hantar balik rumah..cepat la mak,lalu pun takpe..mak,kuat skit air-cond,panas.."dia explain..

aku diam...mak senyum je..dalam hati aku fikir..budak sekecil ni dah pandai hargai orang,even jasa orang tu taklah sebesar mana..dan dia membalas pun taklah sebesar mana,sekadar lalu jenguk rumah cikgu tu..tapi tu dah cukup membuktikan yang dia ingat siapa yang berjasa dengan dia.. diam-diam aku bangga dengan dia:)

bila dah depan lappy ni,lagi dalam aku fikir.. budak-budak sekarang,tak ramai yang hargai dan homat guru diorang..tak payah explain pun kita dah dapat tahu,dalam berita,berapa banyak kes melibatkan pelajar mencederakan guru..berapa banyak kereta cikgu rosak disebabkan pelajar.. mungkin betul cakap mak,TUGAS MENJADI SEORANG GURU SEMAKIN HARI SEMAKIN BERAT DAN MENCABAR..peredaran zaman dah merubah anak bangsa kita..tapi,aku sesekali takkan berganjak dari impian aku untuk bergelar seorang pendidik..InsyaAllah..

budak kecik,terus jadi budak baik ye,walaupun kadang-kadang kau mengada sampai kak ngah nak cepuk kau,tapi kau lebih banyak buat kak ngah rasa nak peluk kau...dan kau akan cakap.. "eee..tepi lah! :)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. wahh! bagusnya awok ni. baguslah dapat adik macam tu. tak semua budak zaman sekarang punya sifat mcm tu.

    BalasPadam
  2. nabila..hurmm..tu la pasal..harap ramai lagi budak macam ni..

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...