Isnin, 25 Mac 2013

DIA AJAR AKU ERTI KEBAIKAN

sekali post ayat ni kat status FB, macam-macam andaian orang keluar.. hakikatnya, aku punya teman yang sangat aku hargai kebaikannya. Dalam kami berlima beradik di Saujana ini, dia penyejuk kami. si manis kami. terkadang aku berfikir sejenak. Tuhan tak hadirkan aku kakak kandung kerana Dia ingin aku menghargai kakak-kakak yang aku punya sekarang. Aku tak pernah rasai kasih seorang kakak. tapi kini, bukan kata seorang, malah 4 kakak dibariskan di sisi aku. Aku kuat, aku teguh, aku gembira, kerana mereka. 
yang sulung, dia ajar aku untuk memimpin, dia ajar aku untuk terus tahan lasak. ramai orang kata dia garang. tak! dia tegas. dan nyata, aku hormat dia sebagai ketua, dan kakak sulung yang aku ada. si kedua, dia tampak garang, tapi ada ketikanya, aku bangga aku berada di sisi dia. bak kata orang, kau takkan tahu siapa dia selagi kau tak dekati dia. si ketiga, dia antara yang paling sabar antara kami. dia tahu segalanya, dan aku tahu, dia sayangkan adik-adik dan kakak yang berjuang bersama dia. sikap kalut itu buat aku senyum terkenangkan dia. dan.. si keempat ini. dia si manis, si comel kami. dia kuat, kami mara kerana dia sentiasa tolak kami dari belakang. dia sabar ajar aku itu dan ini. bawa aku ke sana sini. beri aku itu dan ini. akal yang berat memikirkan pelbagai perkara, dia akan ringankan dengan sikap comel dia. hari ini, dia beri aku 2 ekor teman. dia sayang ikan itu. dalam hati aku terdetik satu kata-kata. "bila kau sayangkan seseorang, berikan apa yang kau sayang, nescaya kebaikan itu akan diingat sampai bila-bila" :)
jujur. aku nampak mereka sokong aku. meski kami punya masalah tersendiri, kerja tersendiri, komitmen tersendiri. dan jujur. aku sendiri sedang berusaha menjadi adik yang baik. adik yang berdikari. TERIMA KASIH,SEMUA..
p/s: kakak aku yang di Negeri Sembilan itu... ok, rindu!rindu!rindu! dia no 1, one, wahid. :) hehe.. boleh kan Abang Long?
post sebelum ini:

SI DIA, TEGURAN. INGATAN


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 21 Mac 2013

HADIS2U (5) *UJIAN PENGHAPUS DOSA*

Sambung lagi SEGMEN kita yok!
Semalam menjadi satu detik memori dalam organisasi Saujana nan teguh itu. Benar, saat kita teguh berdiri bekerja, pasti angin dugaan itu akan menyapa. Namun, aku pasti, angin itu tidak berjaya menolak tubuh kami untuk rebah, mungkin sekadar terdorong sedikit untuk jatuh, tapi sedar atau tak, barisan organisasi ini saling berpaut antara satu sama lain, saling menguatkan antara kami. terima kasih.
tidak sedap hati membiarkan mereka meredah angin itu, aku berdiri di tengah mereka, menghulur bantuan semampu aku, dan perlahan ku menyanyi menghibur hati sendiri, 
"Tuhan sengaja menduga kita.. di mana kesabaran manusia...." ya, nyanyian diiringi batuk sumbang. 
mereka ketawa, dan menyambung dengan lirik-lirik yang ditukar-tukar, ketawa bergema di situ. aku tersenyum dalam hati.
"tak sangka korang sekuat ini"
aku akui, aku mungkin tidak boleh menjadi seorang kakak yang sempurna buat kalian adik-adik perempuanku. Mungkin atas alasan aku hanya pernah mempunyai adik lelaki, layanan itu mungkin berbeza. Tapi sedaya aku cuba untuk memahami hati kalian, membantu apa yang perlu seperti layaknya seorang kakak. aku harap aku berjaya. sebab aku sayang mereka. Maaf andai tidak bersama kalian mengharungi angin itu.

kuatlah wahai saudara seperjuanganku, kita boleh teguh berdiri, selagi kita bersama. 
p/s: bila usulkan kepada doktor tentang batuk yang tak reda ini, doktor suruh x-ray. tiba-tiba rasa seram pulak.. hope hanya sakit biasa.
post sebelum ini:

SI DIA, TEGURAN. INGATAN


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 19 Mac 2013

SI DIA, TEGURAN. INGATAN

pagi isnin itu menyaksikan aku sekali lagi melangkah ke kuliah dengan selsema dan batuk yang entah bila akan reda. mengenangkan lebih ramai lagi yang menderita sakit lebih teruk dari aku, bersiap juga aku ke kuliah. Agak gembira dalam hati bila dapat berita kuliah Bahasa Melayu dibatalkan pada petang itu, * bukan bererti malas, sekadar berkongsi rasa seperti pelajar lain rasakan.. ok, lari*
seusai Zohor, petang yang terik di pulau kunjungan orang itu tak mematahkan keinginan aku untuk menunaikan hasrat membawa diri ke kompleks membeli-belah. entah bila hobi berjalan itu muncul, aku sendiri tak sedar. tidak kisah tiada peneman, yang penting, aku perlukan satu perjalanan yang buat aku rasa tenang. (melihat kerenah manusia kau cakap tenang? pfftt~) siapa kisah, ini perihal kepuasan diri aku. 
naik tingkat demi tingkat,
 'terkadang rasa diperhatikan pulak bila berjalan seorang'
berkira-kira sendiri dalam hati, sedangkan tiada siapa peduli si aku ini wujud dalam bangunan tinggi itu. 
menjejak kaki ke kedai buku yang popular itu,kali tahu apa namanya, berniat mahu menggunakan bantuan yang diberi kerajaan, sekian lama tak berusik, sayang rasanya kalau dibiarkan berhabuk begitu sahaja. 
ligat tangan mengambil itu ini, 
 'ok kak, saya nak guna baucer ni, boleh kan?' senyum simpul buat-buat tanya sedangkan sudah tahu.
'boleh dik, tapi adik kena beli buku jugak, tak boleh alat tulis je' tegur akak itu, aku agak namanya Zarina, kerna itu yang tertera di name tagnya. mungkin dia sedar yang dalam bakul aku tiada terselit satu buku pun.
' owwwhhhh... tu la, saya pun dah agak dah tadi..' muka yakin menarik semula bakul. 
malu.
berjalan sekeliling kedai, menyesali nasib diri yang agak tidak gemar membaca buku-buku tebal yang tersusun di rak-rak itu. satu tajuk pun tak menarik minat aku. novel. komik. buku rujukan. stpm. spm. satu-satu rak aku jenguk. muka hampa aku tarik. 
sampai satu rak, aku tunduk, mujur tidak meniarap di situ. Perang Yang Benar. orait! buku yang aku cari selama ini! aku capai macam budak-budak dapat lolipop. berlari aku ke kaunter (ok, hyperbola) 
sedang aku terkial-kial mengeluarkan baucer, menarik ubat stapler dari baucer, akak kaunter mungkin tergelak dalam hati lihat kondisi aku. 
'kuangjaq, jangan tengok aku buat keja, kan dah terketaq-ketaq tangan nih!' marah aku..... dalam hati.. T_T
sedang itu, datang si manis berambut ala-ala Fazura (chewah!) beratur belakang aku.
'argghhh.. makin terkial-kial aku rasa'
fuhh.. dapat pun bukak baucer tu. dengan bangga, menghulurkan kepada akak kaunter. perlahan si manis persis Fazura itu meletakkan bahan beliannya di atas kaunter, mata aku melirik, Al-Quran, Tafsir, dan satu lagi buku yang agak samar untuk aku baca.tapi tertera SOLAT dibawahnya. aku tak ambil pusing. capai buku belianku, terima kasih akak, dan berlalu pergi.
.
menahan mata dek terik panas sambil menunggu bas, berdiri aku di sisi auntie tua berpayung, dihulur payungnya sedikit ke arahku, dengan harapan dapat redakan panas aku walau sedikit. 
'thank you auntie :)' 
'sama2 meh.. atas manyak panas, wa mandi sulah manyak kali pun, masih panas.' leternya.
'takpa auntie, nanti sampai rumah, auntie mandi lagi'
'sudah mesti, baju wa sudah peluh2..hahaha' angguknya sambil ketawa. menampakkan 2,3 giginya yang telah  hilang. aku senyum kecil, terkenang nenda di kampung seketika.
'awak, boleh cakap dengan awak sekejap?' satu cuitan di siku dah cukup buat aku rasa nak menjerit kecil. tapi berjaya kawal. mujur...
si manis tadi! plastik kedai buku dijinjit di tangan.
'ye,kenape ye?' 
'awak duduk kat mana?'
'emm.. USM sini je.. awat?' haa keluaq bahasa utara aku.
'awak tahu mana majlis-majlis agama yang boleh saya pergi?' ujurnya sambil mengikat rambut, panas mungkin.
'kalau di luar USM mungkin ada tapi saya tak pasti kat mana. dalam USM pun ada.nanti 2 minggu lagi ada ceramah kat Padang Kawad tu, datang la nanti' ulas aku panjang sambil mempromote Festival Saujana. walaupun suara aku mungkin agak sengau, dengan selesema yang setia di sisi.
'owhh..nanti saya datang, sebab saya nak belajar agama, tapi tak tahu kat mana, saya sesorang je kat sini, saya dok kat Relau sana tu. ok, terima kasih ye' katanya berlalu pergi selepas memperkenalkan diri dengan nama Ema.
dia tinggalkan aku yang agak kekeliruan. mujur hon bas sedarkan aku.
sepanjang perjalanan pulang, aku terfikirkan dia. aku tak tahu apa niat dia. tapi, andai betul apa yang aku fikirkan, aku berdoa semoga dia jumpa apa yang dia cari. sejenak aku muhasabah diri sebelum aku leka lebih jauh. terima kasih Ema kerana tegur saya walau tak sampai 5 minit perbualan kita. saya rasa saya takkan pernah lupa awak. InsyaAllah..
p/s: ntah-ntah artis betul yang aku jumpa. pfttt~~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 14 Mac 2013

ANA RAFFALI DAN FATIMAH SYARHA TERBANG KE PENANG UNTUK APA?

salam semua. uii..dengaq cita cik Ana Raffali hat yang main gitaq tu nak mai Penang. bukan dia sorang jaaa.. ni nak habaq lagi, Ustazah Fatimah Syarha, alaa hat segak comey tu, ha, dia pun mai sekali laaa.. tu diaaa, bukan calang-calang event tau depa mai ni.. sempena Mega Festival Saujana, besaq punya gerai kami bukak. 80 tapak. tambah lagi pesta buku, sapa hat yang ada baucer tu, simpan naa.. guna masa festival ni. barang-barang PC pun, kalau hangpa nak, pakat datang ramai-ramai. dari 28-31 MAC 2013. 
So,hari ini secara rasminya ingin menjemput adik-adik, akak-akak, abang-abang, mak cik pak cik, tuan puan, saudara saudari cikebum cikebum untuk bersama-sama memeriahkan MEGA FESTIVAL SAUJANA, bertempat di Padang Kawad USM. datanglah juga memeriahkan aktiviti ceramah dan sembang santai bersama selebriti jemputan kami. mai jangan tak mai tau!!! :)
post sebelum ini:

WORDLESS WEDNESDAY *USAHA ITU BERBALOI"


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 13 Mac 2013

WORDLESS WEDNESDAY *USAHA ITU BERBALOI"

Permulaan ceritanya >>DI SINI<<
Alhamdulillah dan terima kasih semua :)
post sebelum ini:

MENGORAK LANGKAH KE KELANTAN




terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 7 Mac 2013

MENGORAK LANGKAH KE KELANTAN

Salam semua. kini telah kembali dengan sedikit kekuatan. Alhamdulillah. Kini, ingin bercerita sebentar debaran yang melanda diri. Esok akan bergerak ke USM Kubang Kerian, Kelantan mengiringi pasukan pantun Desasiswa Saujana untuk bertanding dalam pertandingan Pantun Antara Desasiswa (PADU) sidang 2012/2013. walaupun diri ini tidak bertanding, tapi kerisauannya laksana ibu kehilangan anaknya. 
Latihan demi latihan dilalui, kini,semua wanita gigih itu mula menampakkan sinarnya. terkadang kagum dengan keberanian mereka, menyahut cabaran, berdiri di hadapan semua, membuka intonasi dan bicara, seiring gayaan badan penarik kekuatan. 
diri ini tidaklah mempunyai banner atau banting atau poster ingin dibentangkan. Hanya di laman taman biru ini sajalah tempat untuk meluahkan segala. harapan semoga semuanya kukuh dengan semangat di hati, tegar dengan kekuatan berdiri menjulang nama Saujana. Juga kepada Exco Tinta Emas, Wan, Natasha, dan Diyana, kepada Pembantu Exco, mantan-mantan yang turun membantu, Majlis Tertinggi yang tak putus-putus memberi kata semangat. terima kasih. anda semua telah lakukan yang terbaik. semoga dengan usaha selama ini, Allah membalasnya sebagaimana yang terbaik untuk kita. TERIMA KASIH SEMUA. 
SUKAD pun lawan esok jugak! usaha semua!! Kak Yanie, Lina, Miza, Anis, Nadia!! :D
p/s: mencari kekosongan waktu buat mengisi masa bersama mereka yang lama tak bertemu mesra. maaf atas segala kekhilafan, sahabat-sahabatku.
post sebelum ini:

CONTEST BLOG COMEL



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 1 Mac 2013

CONTEST BLOG COMEL


salam semua :) jumpa sesuatu yang dah lama sangat tak join. bertahun rasanya. teringat Memori Best terima macam-macam. so, sekali lagi nak mencuba nasib. Contest Blog Comel dianjurkan oleh Cik manis Nabila Biela. pencarian blog yang comel, kemas, dan cepat loading. hohoho.. syarat dia boleh tahan. 
Mempertaruhkan si taman biru ini, biarlah ia bergembira dengan dirinya, dah tak larat nak make up apa-apa dah.hehehe..  sape nak join, >>KIK SINI<<
so, si manis taman biru, goodluck ye :)
post sebelum ini:

WORDLESS WEDNESDAY *KAU GATAL, KAU GARU*


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...