Selasa, 24 Januari 2012

2ND POST: PERJALANAN

hari ini nak sambung segmen REVIEW POST yang terdahulu. lama betul tinggal segmen ni,begitu jugak segmen-segmen yang lain.. tak istiqamah langsung! haish~
Link
so,this is my second post>>> CLICK!

cerita tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang(SMKAP). destinasi yang sangat dirindui sampai sekarang. siapa yang pernah menuntut di sini pasti tahu apa keistimewaannya:)
sangat banyak episod suka dan duka di sini. 5 tahun tu! meh nak upload sikit gambar kenangan di SMKAP.


2005.. cepatnya masa berlalu...


lawatan Pengawas Pusat Sumber ke Muzium Sungai Lembing.


ni lepas merentas desa(kalau tak silap la)


2008.. rindu betul Perpustakaan Ibnu Batuta!


sukan tahunan 2008!
serius sangat suka combination warna baju rumah2 sukan!


dia selalu ada.. selalu:)


jamuan kelas 5 Al-Khawarizmi


form 5!


form 5! tak nampak muka tapi still boleh kenal.. :)


gambar terakhir di SMKAP.

masa zaman sekolah tak banyak sangat gambar.. maklumlah, gangguan teknologi.. hehe.. ni je yang ada dalam simpanan..

insyaAllah kalau ada masa,teringin sangat nak kembali ke SMKAP. rindu kawan-kawan lama, cikgu-cikgu... teringat kata-kata Teacher Azlin, "awak akan tahu macam mana susahnya untuk bergelar guru" ya teacher.. saya sedang melaluinya. dan saya tak akan pernah jemu untuk melalui semua itu:)

p/s:Syukri! dah jadi second top commentator di blog nih selepas Ibnushukran! thanks a lot!Syukran Jazilan!! :D

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 22 Januari 2012

PLEASE MEET MY BULAT!!

biarlah gambar berbicara:) hanya ada gambar masa dia tidur dan makan sebab dia hanya akan bersenam pada waktu malam.. sekian...




boring tunggu kitorang balik bilik.





thanks a lot to SYED! halalkan aku bagi nama dia BULAT ye syed.. sebab dia suka membulatkan diri dia.

p/s: kena carikan dia teman!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 20 Januari 2012

GURU SENTAP DALAM AKAUN BANK ADA RM30.59 BILION!

KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya. Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).


Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya. - AFP

sumber METRO

ADMIN: satu ayat je..... GURU sememangnya insan yang jujur... saya berbangga bakal jadi salah seorang daripadanya insyaAllah.. iskh!iskh! terharu!!!

p/sjadi jutawan sehari pun dah memadai.. lagi sekali, jujur gila cikgu nih!!!!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

BINCANG JUMAAT: OMBAK RINDU ISLAMIK VERSION!!

salam jumaat yang penuh barakah. siapa yang tak tengok ombak rindu lagi? hehehe.. dengar cerita ada yang sampai berkotak-kotak tisu habis. tapi actually kenapa masa tengok cerita tu berempat dengan kana-kanak ribena, tak jumpa pun part yang nak kena menangis.. maybe cerit tu tak seperti yang disangkankan kot.. maybe....



so,jumpa video ni... serius liriknya lagi best daripada lirik sebenar... huhu.. :)



p/s: abaikan post yang lepas.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...