Khamis, 28 Januari 2010

HARI PERTAMA...

assalamualaikum...hari nie hari first pelajar f6 pakai baju batik...huhuuhu..macam semangat je..konon-konon berlagak dah matang..hehehe..memandangkan hari Khamis guru-guru dan kakitangan sekolah akan pakai baju batik,so,kami pun nak take part gak laa..chewah!bukan pe,ni nak membezakan kami yang PRA U ni dengan PELAJAR SEKOLAH.. ada beza ke??mesti la ada!!orang yang tak tau akan ingat kami ni sama ngan pelajar sekolah yang lain...tolong skit e!!tak sama!!(wah,marahnyer aku..huhuhuhu) apa pun,sebagai pelajar PRA U,kami seharusnya bersikap lebih matang(cuba!!)..so,rasanya kami x perlu terkejut kalau masa kami pakai baju batik tu,ada pelawat yang menganggap kami guru..ni bukan aku cakap sesaje,memang dah terjadi dah pun...huhuhu,nak terangkan kat pelawat tue dah tak sempat,so,ea kan je laa..lagipun,cita-cita kami(f6) memeang nak jadi guru pun...so,INSYAALLAH,AMIN....



kawan2 sekelas ku..

6A GEOG..
(kan betul aku cakap,9 orang je!)

maaf,over acting..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 18 Januari 2010

YANG CANTIK?YANG BURUK??

ASSALAMUALAIKUM...cantik dan buruk..yang mana satu pilihan kita??tentu saja yang cantik..tengok pic kat atas nie..yang mana yang kita nak??sekali lagi tentunya yang cantik..apa,yang aku nak tunjukkan??sebenarnya imej ni aku dapat dari seorng sahabat..syukran,sahabatku...

actually,ini adalah perumpamaan bagi wanita yang berhijab dan menjaga keperibadian dirinya dengan wanita yang tabbaruj(mendedahkan kecantikkannya)..gambaran ini jelas menunjukkan kemuliaan seseorng wanita yang berhijab..umpama sebentuk kristal yang tersimpan indah tanpa dicemari oleh anasir-anasir luar.. tapi,aku tak nafikan,tentu ramai yang akan bersuara..."eleh,perempuan yang bertudung tak semestinya baik!" ya,betul,fakta tue aku sendiri tak dapat nak tolak,tapi aku anggap kita semua nie berfikiran positif dalam semua perkara..jangan laa anggap semua wanita yang tak bertudung tue jahat,tak..tapi,jangan anggap pula aku ni mempertahankan golongan nie,aku cuma tak nak kita semua menilai seseorang hanya dari luaran..

aku sebenarnya tak berani nak cakap lebih-lebih,sebab aku bimbang aku nie tergolong dalam golongan yang pandai bercakap,tapi aku sendiri tak mengamalkan apa yang cakap..tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk jadi yang terbaik mengikut kemampuan aku..thats all..



aku rasa takut bila tengok zaman sekarang..banyak benda yang berlaku,melibatkan wanita bertudung melakukan maksiat..seumpama bertudung itu sudah tidak memberi makna apa2 kepada golongan ini..sepatutnya kita sentiasa beringat,apabila bertudung,kita membawa amanah dan cara hidup islam..kita perlu menjaganya..aku bercakap bukan sahaja kepada semua wanita,tetapi juga untuk diri aku sendiri..semoga kita semua sentiasa dilindungi daripada godaan syaitan yang sentiasa cuba memesong anak cucu Adam..AMIN..

nota kaki:hohoho..ari ni,adik aku masuk asrama SMKAP,seronok noo aku tengok dia..jge diri baik-baik ye dik,bkan senang dok jjauh ngan mak ayah nie..kena slalu beringat(aku cakap sebab aku dah ada pengalaman,chewah!)
nota kaki lagi:lagu minggu ini..(tak tau nape lagu ni yang aku selalu dngr minggu nie..hmm)
aku mentari,tapi x menghangatkanmu,
aku pelangi,tapi x mewarnai hidupmu,
aku lah bulan,tak menerangi malammu,
akulah bintang,yang hilang di dalam kegelapan..
selalu,itu yang kau ucapkan padaku..
sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa..
mencoba mengalah,menahan setiap amarah..
sebagai kekasih yang tak dianggap aku hanya bisa..
mencoba bersabar,kuyakin kau kan berubah..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 5 Januari 2010

SEJARAH??GEOGRAFI??


assalamualaikum..alamak..camne nie??
MySpacepelajar tingkatan 6 dikehendaki memilih 4 sahaja subjek dalam STPM tahun nie..kalau ikutkan,kami nak ambil 5 subjek,tapi tak boleh..hmm..maka kami diberi masa 1 hari untuk membuat keputusan sama ada nak pilih SEJARAH atau GEOGRAFI..MySpace dan keputusan yang dibuat perlulah betul supaya kami tidak menyesal di kemudian hariMySpace

agak memeningkan kepala sebab kami tak ada niat langsung nak drop subjek..tapi nak buat camne,terpaksa buat keputusan..subjek yang wajib diambil~BAHASA MELAYU,PENGAJIAN AM.PENGAJIAN PERNIAGAAN~

niat hati sebenarnya nak ambil 5 subjek sebab,dalam pemilihan.hanya result 4 subjek yang terbaik sahaja yang dikira..jadi kalau ambil 5 subjek,mungkin 1 subjek dapat back up subjek yang low..so,camne...nampaknya kami kena betul-betul berusaha untuk STPM kali nie..
MySpace

keputusan aku??aku ambil keputusan ambil geografi..bukan bermaksud aku tak minat sejarah..aku minat sejarah,tapi setelah disuruh membuat keputusan,aku terpaksa pilih geografi.. insyaAllah aku boleh teruskan..

oh yea...lagi satu,aku sebenarnya agak iri hati dengan kawan-kawan aku yang menulis blog dalam bahasa inggeris,
MySpace aku cukup respect ngan diorang..intan nabila,ashraf,faraheen..good job!MySpace bukan senang bagi aku untuk menguasai bahasa asing nie,bagi aku laa..mungkin bagi orang lain,cukup mudah..hmm..sekarang ni pun,aku hanya terdedah dengan bahasa inggeris hanya dalam kelas MUET dan sesetengah keadaan..jadi,aku berazam nak kuasai bahasa inggeris semampu yang boleh..insyaAllah...



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 1 Januari 2010

BANGUN PAGI!!!!!!!!

wah,wah,wah..nampaknya ini ialah my 1st entry for 2010...hohohoho...kena bagi ucapan nie..baiklah,saya rasa berbangga kerana saya menulis entry ini dengan penuh bersemangat dan berwawasan pada pagi yang indah dan tenang ini(awat aku cakap cam wakil rakyat nie??)huhuhu... dah la,malas nak buang masa dan meletihkan tangan aku..kita teruskan ye..

ok,pagi tadi mesti kita bangun pagi kan??hahaha..memang la,kalau tak,takdenyer aku dok menggerakkan jari aku nie membuat tarian atas laptop ni..anyway..bukannya apa..aku cuba mencari sesuatu yang mampu menjadikan pembangunan diri aku pada waktu pagi lebih bermakna.dan.......aku dah jumpa tipsnya!hohoho

bangun pagi,gosok gigi,
guna Kodomo Lion..
gigi bersih sihat dan kuat,
saya suka Kodomo Lion!!

baiklah,ini antara tipsnya...
1)
bersyukur dengan nikmat Tuhan

>bukak mata..alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan untuk menjalani satu lagi hari di atas muka bumiMu ini..(tapi masa tu mesti tengah mamai lagi kan,huhuhu)

2)
menanam semangat untuk terus bekerja
>gali lubang hati,letak benih semangat elok2 dan tanam..mesti subur hasilnya...

3)
dengar sesi-sesi motivasi
>senang je,masa tengah siap-siap nak gi sekolah ke,kuliah ke,kerja ke,buka tv,astro Oasis atau tv 1,haa..mesti ada motivasi pagi..tak pun,bukak radio..pergi ke radio IKIM atau KLASIK NASIONAL..aku rasa pagi-pagi ada sesi motivasi..ha?xde radio?ish,banyak tol alasan..handphone kan ada!buka la radio,tu pun nak kena ajar ke??kalau takde gak?ha,sruh la kawan sebelah bagi motivasi..sruh mak ke,ayah ke...usaha skit!

4)
mulakan perbuatan dengan menyebut "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
>walaupun benda ni senang,tapi kena selalu ingat,aku kkadang lupa gak..Astaghfirullah..

5)
pasang target untuk kemajuan diri
>pandai-pandai la fikir..(huhuhu..padahal aku tak tau nak tulis pe..alaa,aku bukan pakar motivasi,ok..)

6)
lihat warna yang ceria untuk meningkatkan mood
>patut la kelas aku warna warni macam kelas tadika!!

7)
sebelum memulakan hari,ucapkankanlah kata maaf atas kesilapan orang pada hari semalam
>hmm..semalam tut..tut.. ada wat aku terasa ati,takpe laa..benda kecik jee..aku akan maafkan dia..insyaAllah dia tak wat lagi(cakap dalam hati sambil tersenyum)..mesti hati kita akan rasa lapang lepas tu..then,bila kita jumpa tut..tut.. tue,kita boleh tersenyum kat dia..kan bahagia hidup

8)
minum air segelas
>sejukkan diri..nak bayak gelas pun boleh,tapi tak digalakkan(cheh!aku cakap cam aku nie pakar kesihatan lak!)

9)
baca doa sebelum keluar rumah

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".


Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".

10)
sarapan
>penting utnuk melakukan aktivit harian..pe lagi?makan la..ha,jangan lupa jaga adab masa makan..




terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...