Khamis, 25 Julai 2013

RAMADHAN.. RAMADHAN..

Salam Ramadhan semua.. Mencuri sedikit masa mencatat di dinding biru ini walaupun dihimpit seribu kemalasan. Hari-hari kini rasanya lebih tenang selepas mencuba sehabis daya untuk mencari kekuatan berdiri teguh sehingga hari ini. Alhamdulillah azam Ramadhan kian tercapai. 
Along dah selamat bertugas di Baram, Sarawak. Kak farah juga.. Tahniah semua, teruskan legasi pendidik kita. Mak selalu risau keadaan Along kat sana, tambahan lagi bulan mulia ini. Jangan risau mak, Along pernah berada beribu batu dari kita, dan dia baik-baik sahaja:) Si abang aku seorang ini kuat orangnya, yeahh!! 
Ramadhan kali ini tampak lebih mencabar. Tuhan, kuatkan aku, keluarga, sahabat-sahabat,  serta seluruh hamba-Mu di bawah naungan agung itu.
Satu perbualan antara aku dan si bongsu darjah 5 itu.
'Kak ngah, nape perempuan boleh tak puasa?'
'Sebab Allah sayang perempuan lebih :)' selorohku.
'Hmm.. Tu la perempuan, asyik nak kena sayang lebih je... Tengok lelaki, elok je.'
'...... -.-"  ' susah juga berbicara dengan budak yang pandai cakap ni.
Ramadhan kian di pertengahan, semoga amalan kita akan terus dipertingkat. Tidak mahu berbicara tentang orang, aku lihat diri aku sendiri. Kisah lalu banyak mengajar aku. Teringat kata-kata si kucing biru, Gumball :)
Sebelum awak berkata tentang orang lain, awak perlu lihat kehidupan awak dulu dalam-dalam
-Amazing World of Gumball- 
p/s: terima kasih kepada yang Semulajadi, takkan pernah lupa:)



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...