Isnin, 27 Mei 2013

APA MASALAH DENGAN IKLAN COLGATE INI??

#Lihat dan teliti. Apa yang pelik dalam gambar ni?


p/s: betul ke ada yang pernah stalk laptop aku? mohon pencerahan.
post sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 18 Mei 2013

SEDIKIT PENGHARGAAN

Alhamdulillah, berlalu sudah 2 sidang bersama St. John Ambulans Kor USM, tak sangka akhirnya saat ini tiba juga. sekian lama menanti. seribu satu pengalaman.At last, beginilah pengakhirannya. Walaupun bukan orang besar dalam organisasi ini, tapi sangat berharap exco-exco dan Asisstant Trainer (AT) baru dapat jalankan tugas sebaiknya. andai ada silap dan salah yang dilakukan oleh orang-orang lama ini, janganlah diikut, ambil yang baik-baik saja. Good Luck then.. 
Hari-hari terakhir dihiasi dengan sedikit penghargaan atas segala usaha. tahniah buat kumpulan 1 Pertandingan Perawatan Kes dan Kawad Kaki Sidang Akademik 2012/2013. Anda memang terbaik. kepada kumpulan yang lain, seronok bersaing dengan anda semua. Kepada Wee Soon Kit dan Firdaus Helmi, seronok bekerja dengan anda berdua, nampak keserasian antara kita, chewah! hehehe (bersedia untuk belanja anak-anak buah kita) hiks~
TERIMA KASIH.
p/s,dah bungkus baju st john masuk dalam beg. ohyeah!
post sebelum ini,

AKU, DIA, DAN LORI


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 9 Mei 2013

AKU, DIA, DAN LORI


andai pelangi tahu,
 ramai menanti indahnya tanpa jemu,
pasti ia akan muncul hampir setiap waktu,

andai matahari sedar,
bunga menunggu sinarnya penuh sabar,
pasti ia akan terbit terus terpancar.

andai pak cik bas tahu,
ramai yang termanggu-manggu menongkat dagu,
pasti bas dipecut penuh laju,

tapi hati makhluk itu  tiada siapa tahu, katanya cukuplah Dia Yang Di atas itu yang sedia maklum, sabarnya, redhanya, menanti apa yang ditunggu, pelangi, matahari.. pak cik bas...

tapi maaf, aku tak tahu setebal itu kesabaranmu, 
sekuat itu pengorbananmu,
setegar itu peganganmu.
terima kasih.

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 5 Mei 2013

JOM KAWEN JOM! OPPSS!

Assalamualaikum. 1 May yang lalu merupakan tarikh sejarah buat keluarga sahabat baikku, Ali Akhbar! Selamat Pengantin baru buat kakak manisnya yang baru mendirikan rumahtangga. semoga kekal berpanjangan dan bahagia hendaknya. Terima kasih sebab sudi jemput kami. 
Jadi, disebabkan lama tak berjimba dengan sahabat-sahabat, habiskan masa seharian bersama mereka walaupun ada yang tak dapat bersama. Tapi jujur, masih tak cukup rasanya. nak lagi! :) 
Bermula daripada majlis kenduri kakak Ali, bergerak ke Queensbay, ke Hammer Bay, ke tepi pantai, kata mereka, kalau dibiarkan, mahu ke Johor lagaknya. hehehe, ada rezeki nanti kita gerak ramai-ramai ye InsyaAllah. so, zoom in pictures!!
dekorasi yang sangat nice. :) yang berkenaan, sila take note. hiks~
kakak Ali sangat cantik!
Ali nampak sangat seronok dan busy saat itu. Tuan rumah katakan.. hehe
mereka kembar yang terpisah jauh.. hehehe
Ali bersama cik manisnya :) lepas ni turn hangpa pulak naa..
Queensbay!
orang sangat ramai. maklumlah, Hari Pekerja. 
TERIMA KASIH SEMUA
post sebelum ini:

[GAMBAR] IKLAN DI LUAR FIIKIRAN ANDA!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...