Jumaat, 26 April 2013

[GAMBAR] IKLAN DI LUAR FIIKIRAN ANDA!

Pengiklanan satu medium terbaik dalam mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan. tapi kekreatifan itu yang membezakan kita :)
post sebelum ini:

SABAH ERATKAN KELUARGA INI!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 15 April 2013

SABAH ERATKAN KELUARGA INI!

Assalamualaikum.. cuba mempercepatkan jari menari-nari di atas teman kecilku si ASUS ini, mengejar bermacam kerja yang harus diselesaikan. baiklah! sedikit coretan perjalanan pertamaku merentas lautan nan luas itu, menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu, Sabah! yeah, bertemankan mereka yang kuat bersama aku, perjalanan kami pergi dan pulang berlalu seperti yang dirancang. jom selak satu persatu.
Tarikh 6 April, jam 10.25 pagi, pesawat AirAsia telah membawa kami terbang tinggi ke awan. excited kate ko dapat terbang! (padahal orang lain dah jemu naik kapal terbang..huhu)
baiklah, berpindah ke tempat yang harus anda pergi andai anda jejakkan kaki ke Sabah ini. Kundasang! tempat paling seronok untuk lihat kehijauan alam, dan yang penting... untuk lihat si tinggi melangit Gunung Kinabalu! tempat ini penuh dengan kebun sayur yang menghijau, dan tanaman gunung yang Ya Allah sesak nafas nak mendaki.. 
awal pagi 6.30 pagi, kami dah bergerak mendaki gunung di Sinisian, Kundasang ini. Bertemankan Uncle Jimmy yang cool, chewah~ sejuknya sampai ke tulang, tapi senyum tak tinggal.. untuk pengetahuan semua, gunung yang kami daki bukan Gunung Kinabalu, tapi gunung ini tingginya separuh daripada ketinggian Gunung Kinabalu. kira adik dia laa.. kami success daki gunung tu ok!
malamnya, episod yang seronok. seusai ceramah motivasi kepada adik-adik di Sinisian, penceramahnya Along! wewwiittt~ then, kami dihidangkan dengan persembahan muzik daripada kumpulan muzik Sinisian. kumpulan ini memang selalu buat persembahan, dan pernah mewakili Sabah bermain di peringkat negara. cool sangat diorang nih. tambah pulak dengan persembahan tarian dair si manis-si manis anak dara Sinisian. mereka memang dah dididik sejak kecil untuk belajar bermacam-macam tarian. zapin pun depa tau! segan pulak aku as anak johor.. pftt~  part paling best bila kami semua diajak menari bersama. dan ini yang seronok, bila semuanya perempuan, tiada apa yang perlu dimalukan... habis semua tarian keluar.. nice job semua :)
kemudian, perjalanan ke Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, hat Marsha dok menari2 tu..hiks~ dan Dancing Water Park.. air menari ikut lagu.. leka sebentar di sana :)


ok, yang ini pula aktiviti di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu. 
Akuarium di Muzium Universiti Malaysia Sabah. best!!
dan tidak dilupakan, aktivit membeli belah di pasar-pasar di Sabah. Pasar Filipina,Pasar Tamu, Pasar Nabalu, Pasar-pasar... dan pasar-pasar lagi.. dan lagi.. 
seterusnya aksi-aksi kami. layan je la ye..
Terima kasih semua atas kenangan itu, terima kasih MPD Saujana anjurkan program semacam ini, terima kasih warga Sabah atas budi-budimu, bagi harga murah semasa jual beli, teguran-teguran mesra, tunjukkan terima kasih atas usaha kita bersama untuk jayakan projek ini, walaupan ada yang tak dapat sertai, tapi kami bawa usaha anda bersama kami di sana.TERIMA KASIH SEMUA. :)
post sebelum ini:

DIA AJAR AKU ERTI KEBAIKAN


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...