Khamis, 30 Julai 2015

AKTIVITI KREATIF UNTUK KELAS GANTI ATAU KELAS RELIEF. (PART 3)

AKTIVITI KREATIF UNTUK KELAS GANTI ATAU KELAS RELIEF.
BULATAN SAHABAT
Tujuan:
Merapatkan hubungan antara ahli kelas.
Langkah:
1.       Bawa murid ke tempat lapang untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan gangguan kepada kelas lain. Minta murid dudk seperti biasa.
2.       Minta murid untuk bergerak dalam kumpulan mengikut bulan kelahiran.
3.       Kemudian, minta murid membuat bulatan dengan menyusun mengikut tarikh hari dan bulan kelahiran bermula 1 Januari sehingga 12 Disember.
4.       Setelah selesai, minta murid sebut tarikh lahir mereka dengan kuat mengikut susunan seorang demi seorang.
5.       Minta murid duduk, minta mereka fikir dan beritahu makanan atau minuman kegemaran mereka dan nyatakan bahawa nama makanan itu akan menjadi nama panggilan mereka dalam permainan ini.  Suasana akan jadi gamat apabila makanan yang dipilih itu melucukan. Dalam kelas saya hari itu, ada yang roti john nama panjang, panggil john. Ada air suam, kurma yusuff taiyyob, air water cooller, nasi goreng kicap telur mata separuh masak (panjang betul nama!)
6.       Kemudian, pilih seorang untuk sebut satu nama panggilan yang mereka ingat. Contoh: Nasi Ayam. Kemudian, orang yang namanya Nasi Ayam itu, pula sebut nama panggilan yang dia ingat. Sebut sehingga cukup 10 atau 15 orang. Nama yang berulang pun dibenarkan.
7.       Nama panggilan yang tidak disebut diminta keluar daripada bulatan dan disingkirkan.
8.       Guru akan minta setiap murid dalam bulatan untuk sebut tarikh lahir seorang rakan lain yang berada dalam bulatan. Jika salah, mereka terkeluar dan kalah. Jika betul, mereka dikira sebagai pemenang.
SELAMAT MENCUBA!
Aktiviti lain:


post sebelum ini:

KENYATAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASIN SELEPAS PENUBUHAN KABINET BARU 2015


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 29 Julai 2015

KENYATAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASIN SELEPAS PENUBUHAN KABINET BARU 2015

Kenyataan Rasmi Muhyiddin Yassin Viral di Facebook

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.



Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.



Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.



Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.



Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015 


post sebelum ini:

SENARAI KABINET MALAYSIA TERKINI 2015


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

SENARAI KABINET MALAYSIA TERKINI 2015

Senarai Kabinet Malaysia Terkini Julai 2015

28 Julai 2015, Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengumuman senarai anggota Kabinet baru. Beliau berkata rombakan Kabinet dilakukan adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14.

Berikut adalah senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa mulai 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abd Ghani

Timbalan Menteri Dalam Negeri:
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman
Nancy Shukri
Datuk Seri Abd Wahid Omar
Datuk Dr Wee Ka Siong
Datuk Paul Low Seng Kuan
Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Senator Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Panglima Joseph Kurup

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: 
Datuk Razali Ibrahim
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
(Hal Ehwal Agama)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: 
Senator Datuk Lee Chee Leong
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Timbalan Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique

Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan:
P. Kamalanthan
Senator Chong Sin Woon

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Azizah Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI YANG BARU

 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1986. Beliau menjadi ahli parlimen setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada 1995 dan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996. Setelah memenangi kerusi Parlimen Bagan Datoh selama tiga penggal berturut-turut, Ahmad Zahid dilantik sebagai timbalan menteri perlancongan pada 2004.
Beliau mengekalkan kedudukan di Bagan Datoh selepas Piliharaya Umum ke-12 pada 2008. Ahmad Zahid seterusnya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 2009. Selepas Piliharaya Umum ke-13 pada 2013, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa pada Rabu

post sebelum ini:

AKTIVITI KELAS GANTI ATAU RELIEF (PART 2)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

BUKAN LAGI TIMBALAN PERDANA MENTERI. KUATLAH.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad.
Hutang RM42 bilion 1MDB dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang.
Mereka turut mempersoalkan Najib selepas akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan beliau menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) sebelum PRU13 melalui akaun peribadinya seperti berada dalam kertas siasatan penyiasat Malaysia.

KUATLAH. KAMI ADA BERSAMA.


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

AKTIVITI KELAS GANTI ATAU RELIEF (PART 2)

Cadangan aktiviti seterusnya bagi kelas ganti atau relief.
KOTAK BERACUN
1.       Guru sediakan satu kotak atau bekas yang diisi dengan cebisan kertas yang ditulis pelbagai perbuatan. Ini merangkumi perbuatan secara rawak ataupun soalan berkaitan subjek yang diajar atau diganti. Bergantung pada guru, its your class!
2.       Guru minta murid bergerak dalam bentuk bulatan. Kalau kelas terlalu sempit, guru boleh bawa murid bermain di luar kelas, terpulang! di kantin, astaka, padang(kalau cuaca redup dan tak hujan), dataran, dewan. Asalkan murid boleh duduk bersila dalam bulatan.
3.       Jadi, mulakan permainan dengan minta murid menghulurkan kotak itu kepada seorang demi seorang dalam bulatan sambil guru memainkan lagu di laptop ataupun di telefon bimbit. Pastikan lagu itu rancak dan menarik minat murid serta kuat dan jelas didengar oleh semua murid.
4.       Bila muzik dihentikan, murid yang sedang memegang kotak itu diminta mengambil satu kertas dalam kotak tersebut dan buat perbuatan yang tercatat di situ. Suasana akan jadi gamat jika perbuatan yang dibuat itu kelakar dan menarik.
5.       Tips: jika guru tiada bekas atau kotak, boleh guna bola kecil, atau bola yang dipinjam di bilik pendidikan jasmani. Be creative!

PISANG GORENG
1.       Permainan ini sesuai jika relief kelas Bahasa Melayu. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan, biasanya saya bahagikan mengikut jantina. Kerana perlawanan akan jadi lebih seronok apabila mereka berlawan antara lelaki dan perempuan. Masing-masing tak nak kalah.
2.       Mulakan dengan satu kumpulan  menyanyi lagu dengan perkataan PISANG GORENG. Kumpulan lagi satu akan menyambung perkataan yang terakhir seperti GORENG NASI, kemudian kumpulan seterusnya menyambung lagi seperti NASI BASI hingga salah satu kumpulan tidak dapat menyambung lagi atau tergagap. lagi cantik kalau guru sediakan hadiah, gula-gula seorang dua biji pun dah ok dah :)
3.       Lirik pertama: pisang goreng, pisang goreng, pisang goreng sekarang, goreng apa, goreng apa, goreng apa sekarang….

AKTIVITI LAIN:
-          TIRU MACAM SAYA

post sebelum ini:

AKTIVITI KELAS GANTI ATAU RELIEF. (PART 1)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

AKTIVITI KELAS GANTI ATAU RELIEF. (PART 1)


Bagi guru, kelas ganti agak merumitkan berbanding kelas biasa. Sebab kelas biasa, kita tahu apa yang akan kita buat atau ajar. Kalau kelas ganti, lebih-lebih lagi kelas yang kita tak ajar, agak pening utuk cari aktiviti. Melainkan sekolah dah sediakan modul-modul latihan untuk kelas relief. Jika tiada, bergantung kepada guru sendiri untuk menjalankan sebarang aktiviti. Jadi, di sini saya cadangkan beberapa aktiviti untuk kelas relief. Bukan apa, guru akan nampak tak berfungsi jika hanya duduk di meja guru dan menyuruh murid-murid membuat kerja sendiri. Sesetengah murid suka keadaan begitu, tapi ada juga yang agak tak selesa jika guru hanya masuk kelas dan duduk sahaja. Malah kelas akan jadi bising dan tak terkawal (melainkan kelas menengah atas, mereka hanya akan bersembang perlahan)
TIRU MACAM SAYA
Cara permainan:
1.       Perkenalkan kepada murid tajuk permainan dan tulis tajuk permainan di papan putih. Murid diminta mengeluarkan sehelai kertas dan pen. Guru memeinta murid menulis
-          Pengirim: nama murid
-          Penerima: nama murid yang lain
-          Perbuatan: sebarang perbuatan yang ingin mereka suruh kawan mereka buat
2.       Murid diminta menulis ketiga-tiga perkara ini. Bahagian perbuatan itu, sebarang perbuatan yang murid ingin kawan mereka buat seperti menyanyi di hadapan kelas, berpantun, lompat bintang, berlakon seperti pesakit jiwa, buat gwiyomi, dan macam-macam lagi.
3.       Tekankan kepada murid peraturannya: perbuatan tidak boleh yang perlu keluar kelas, tidak senonoh, melampaui batas manusia, dan yang terlalu bising.
4.       Jadi murid akan berfikir untuk mengenakan rakan-rakan mereka.
5.       Setelah guru mengutip semua kertas murid, nyatakan kembali tajuk permainan. TIRU MACAM SAYA. Jadi sebenarnya, murid perlu buat dahulu perbuatan yang ditulis, barulah kawan yang mereka suruh itu meniru perbuatan mereka.
6.       Guru mula memilih kertas dan meminta murid melakukannya di dalam kelas. Suasana akan menjadi lebih gamat apabila perbuatan yang disuruh itu kelakar. Murid-murid saya ada yang suruh azan kuat-kuat, bagi bunga pada cikgu, tidur, tutup kipas kelas, tiru gaya pengetua, dan lain-lain. Lebih seronok bila suruh menyanyi, satu kelas nyanyi sama-sama, tingkatan 1 haritu, nyanyi lagu Aku Tanya Apa Khabar, satu kelas hafal lagu tu, apa lagi, kita pun rakam la. Kenangan. J
Jangan lupa untuk menerangkan pengajaran permainan:
Jangan terlalu seronok untuk mengenakan orang lain lebih-lebih lagi rakan sendiri.

Aktiviti lain akan diceritakan dalam post seterusnya. Tunggu.

Aktiviti Lain:
KOTAK BERACUN dan PISANG GORENG

post sebelum ini:

TIPS GURU PRAKTIKAL LAGI


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 27 Julai 2015

TIPS GURU PRAKTIKAL LAGI

Jangan sesekali mengeluh jika diberi tugasan yang banyak. Penat memang penat. Tapi itu semua untuk mendidik kita. Kita ini orang baru dalam dunia pedidikan. Apa yang penting, sepanjang jalankan tugas, just enjoy yourself. Kalau kita enjoy, kita akan kurang rasa tertekan. Cuba didik diri untuk sentiasa positif.
Teringat lagi hari pertama berpraktikal, balik je rumah sewa, masing-masing terus lelap dalam bilik. Sunyi rumah sampai ke petang. Bangun saja, mandi, solat, dan lapar. Keluar pulak cari makan. Aduhai… Rindu!
Oh ya, sepanjang berpraktikal tu, jaga kesihatan, jaga kecantikan diri. Bukan suruh bersolek tebal. Jangan. Sekolah bukan pentas kecantikan. Tapi sekolah ialah pentas keperibadian. Ambil masa untuk treat diri sendiri. Makan makanan yang seimbang. JAGA SOLAT, HUBUNGAN DENGAN AL-QURAN. Itu penting.
Bawa lotion kegemaran anda ke sekolah.  Bilik guru yang sejuk dengan air-cond akan buatkan kulit kita kering.Saya? saya pilih VASELINE, ALOE FRESH. bau dia memang best. Lipbalm pun penting. Begitu juga wet tissues. Lagi satu! Botol air! Semua ini untuk keselesaaan kita sepanjang di sekolah. Biarlah orang nak cakap beg kita besar gedabak bawa ke sekolah, asalkan apa yang kita perlukan itu ada. tapi untuk lelaki pula, terpulang pada anda apa yang selesa bagi anda.

 post sebelum ini:

TIPS GURU PRAKTIKAL (SEPANJANG PRAKTIKAL)



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 13 Julai 2015

TIPS GURU PRAKTIKAL (SEPANJANG PRAKTIKAL)

Cerita tentang perjalanan sepanjang praktikal, rasanya terlalu banyak. Maka, mana yang aku ingat, aku kisahkan.
Sepanjang praktikal bukan sesuatu yang sukar yang teramat. Susah itu ada, tapi perlu pandai handle.
Projek Tambahan.
Memang resam guru praktikal, kita akan diberi tugasan luar daripada sesi pengajaran. Yang lazimnya, mural. Macam kami, skopnya lebih besar. Kami ditugaskan untuk menghias blik Sejarah dan Geografi.
Tips:
1.       Mulakan kerja-kerja awal. Kerja awal ini perlu supaya menampakkan kita telah mula bekerja. Kalau lambat-lambat, apa pula orang kata. Malah kerja akan jadi lebih mudah kalau kita rancang awal-awal. Mana yang perlu kertas kerja, mana yang perlukan surat peruntukan sekolah, mana yang perlukan bimbingan guru pembimbing, selesaikan segera. Benda-benda mudah macam tu, siapkanlah awal.
2.       Cari murid untuk bantu kita. Kalau tugasan yang memerlukan tenaga kerja yang ramai, cuba cari murid-murid yang mudah untuk beri kerjasama. Biasanya murid-murid yang kita ajar. Tanya saja ‘petang ni siapa free? Cikgu nak cat bilik sejarah geografi. Nanti siapa free boleh ja datang.’ Bila petang, jangan terkejut bila dah ada 4,5 orang murid yang berdiri depan blik sejarah geografi, tunggu kita. :) tapi kena ingat, hargai usaha murid-murid. Jangan biar mereka buat sendirian. Kita guru, pembimbing. Buat kerja sama-sama. Mengecat sama-sama, hias sama-sama. Jadi murid-murid takkan rasa terbeban. Pasang lagu, belikan air sikit, jadi suasana akan jadi lebih santai. Kita pun tak stress.
3.       Jangan biar kawan-kawan saja yang handle tugasan. Take part! We are team! Kalau rasa kurang ambil bahagian, sekurang-kurangnya tanya apa yang boleh bantu. Kawan-kawan ni kadang-kadang segan nak bagi arahan kerja sesama kawan. Jadi lebih baik kita tanya dahulu.
4.       Buat sehabis baik, jangan sambil lewa. Walaupun kerja hanya sekadar lukisan mural, buat elok-elok. Cari design yang rare dalam google. Belambak. Pilih mana yang terbaik, tunjuk dekat guru yang beri tugasan pada kita. Minta dia pilih. Jadi sekurang-kurangnya dia boleh beri pendapat untuk tambah apa-apa, buang apa-apa.
5.       Sentiasa maklumkan kepada guru pembimbing perkembangan projek. Macam projek kami, bila siap mengecat bilik, kami maklumkan pada guru pembimbing, ajak dia tengok bilik yang dah siap cat. Bila siap bawa masuk meja kerusi, kami maklumkan juga, supaya guru pembimbing boleh beritahu susunan macam mana yang lebih baik. Sampailah selesai, juga kami maklumkan. Alatan-alatan yang dah digunakan disimpan di mana. Kenapa kami hias begitu begini. Terangkan sahaja, dia akan hargainya. Pasti!
ok, jom tengok sikit perjalanan projek kami.

    So, itu untuk projek berbentuk tugasan amal kepada sekolah. Next entry, kita sembang pasal tugasan jadi guru pengelola kawad, drama komsas, pantun, forum, dan sebagainya. Sekian, teruskan mencari kisah anda dalam cerita kita.

post sebelum ini:

TIPS BUAT SI GURU PRAKTIKAL / GURU PELATIH


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

TIPS BUAT SI GURU PRAKTIKAL / GURU PELATIH

Mahu cerita serba sedikit tentang PENGALAMAN BERGELAR GURU PRAKTIKAL. Lepasan IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Dengan bermajorkan Geografi, berminorkan Bahasa Malaysia, aku bawa jasad dengan rendah dirinya ke SMK PONDOK UPEH, BALIK PULAU, PULAU PINANG. Tempat mencedok berjuta ilmu bergelar guru.
Permulaan masuk usah ceritalah bermacam rasa dalam hati ini. Sudah persis lai ci kang, ditambah pula ais, sejuk… tapi nyaman… tapi terkadang terasa ngilu, tapi nak lagi. Begitulah.
USM tugaskan kami berlima berkampung di situ. 3 bulan. Memang bukan tempoh yang lama, tapi cukup lama untuk cedok kaut sedut macam-macam ilmu.
 Tips pertama, mula-mula masuk, TEGUR PAK GUARD DULU. sebab pak guard ini akan bantu kita banyak benda di belakang hari. Nak siapkan mural dah makan waktu cuti, jadi bodeklah pak guard untuk bagi lepas kita masuk. Nampak kan permainannya di situ?
Tips kedua, BILA DAPAT SUBJEK UNTUK DIAJAR, AMBIL NAMA GURU ASAL YANG MENGAJAR. Mudah untuk kita rujuk dia nanti. Kami bertuah Alhamdulillah. Hampir semua guru yang kami ambil kelasnya banyak membantu. Beri buku teks, buku rujukan, buku PBS. Segala macam.
Tips ketiga, JANGAN MALU BERTANYA! Wajib mesra dengan semua guru. Kadang-kadang bila kita masuk ramai-ramai, kita berkumpul kita-kita saja. No! jangan buat macam tu sebab orang perhatikan kita. Kalau 5 orang praktikal satu sekolah, time perhimpunan tu, 3 duduk belah lain, 2 orang duduk belah lain. Pecahkan kelompok kita. Tapi bukan bermakna putus kawan terus. Bukan.. Cuma sekadar nak kelirukan pihak lawan. Eh!
Tips keempat, JAGA HUBUNGAN ANTARA GURU-GURU PRAKTIKAL. Kita ini sama-sama orang baru. Sama-sama kongsi ilmu. Enjoylah bekerja antara anda semua. Sebab di situ hanya kita saja. Tegurlah kalau ada yang buat salah, supaya tak tercalar nama kita dan imej institusi kita. Nak mengadu pun, pada siapa lagi kan kalau bukan rakan sepraktikal. Sebab kita faham sesama kita. Brotherhood katanya!
Tips terakhir, ini penting!! Hari pertama masuk kelas memang mendebarkan. Jumpa macam jenis murid yang pertama kali kita berurusan. Excited macam mana pun, geram macam mana pun, nak marah macam mana pun, jangan cerita sama-sama kita dalam bilik guru! Jangan!  Jangan! Jangan! Bilik guru bukanlah besar mana, kadang-kadang niat nak puasa esok dalam hati pun boleh dengar. Ok, over! Tapi betullah, kita suara dah lah serupa komander, cerita sikit pasal budak kelas yang bising, susah nak kawal, tak sanggup nak lalui lagi 3 bulan. Semua tu cikgu-cikgu kat situ boleh dengar. Balik rumah nanti baru cerita, nak jerit-jerit stress ke, nak mengata murid ke, buatlah sampai lega hati tu. Di sekolah, JANGAN. So, behave yourself!

So, goodluck for your first day as a practical teacher. Hari pertama memang mendebarkan, dan terkadang kalut. Tapi rileks, percayalah, esok-esok akan jadi lebih baik Insha Allah. Akan ada banyak lagi TIPS UNTUK PERTENGAHAN PRAKTIKAL, PENUTUP PRAKTIKAL, CONTOH PENGAJARAN KREATIF, TIPS BERDEPAN DENGAN PENSYARAH, dan entah apa lagi entah yang boleh aku kongsi di sini. Nanti sertakan link. Just click. 
Kita ini cuma bercerita, dan orang yang baca atau dengar bukannya apa, cuma nak cari kisah mereka dalam cerita kita. ; maka cari.  (ayat fynnjamal pulak!)

post sebelum ini:

PERMULAAN IMPIAN SEBAGAI GURU


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 5 Julai 2015

PERMULAAN IMPIAN SEBAGAI GURU

Guru.
Impian manusia berbeda-beda. Laluannya juga tak semua sama. Kekadang ada yang kena balut banyak luka untuk sampai ke sana. Ada yang cuma perlu berjalan megah penuh perkasa. Tapi kalau sudah namanya takdir, berlubang berlopak mana jalannya, kau tetap juga ditegur orang sebagai ‘CIKGU’ akhirnya.
5 tahun tinggalkan bumi SMK SELANCAR. Bumi kecil yang tolak aku kuat supaya mata melihat lebih luas. Bumi yang ajar aku usaha itu bukan sekadar bertemankan kudrat saja, tanpa doa, tanpa kasih manusia.
Sekarang, aku kembali. Dengan status yang bukan ‘murid’ lagi. Tapi bagi aku, aku kekal sebagai anak didik bumi ini.


Menatap tiap sudut bangunan ini. Berdiri aku sesaat di setiap jejak yang aku pijak dulu.
Bilik darjah.
Ruang hanya sebesar gelanggang badminton, agaknya.. Ruang yang paku kuat beribu kenangan. Kudrat aku banyak jatuh di situ. Impian aku banyak saksinya di situ. Aku masuk, tarik nafas……. ahhh.. kenangan…
Dewan exam.
Semalam aku menyelinap masuk ke situ. Mencari titik meja peperiksaanku dulu. Berdiri di situ entah berapa lama, aku lupa. Titik itu saksi hati aku merayu-rayu pada Yang Di Atas itu untuk beri aku peluang untuk ke sekian kali. Peluang untuk aku banggakan dua insan penjaga hati aku ini. Hingga aku tagih kasih-Nya persis si kecil yang pinta dikendong. Entah apa rasa itu, aku sendiri kurang pasti.
Tiap sudut sekolah itu,
Tiap satunya; SAKSI!
Saksi kudrat aku dulu untuk bangkit semula,
Sekarang aku hanya mampu lihat, sentuh bangunan keramat itu, senyum
dan..
Kesat hujung mata yang dah berkaca.
Kata mereka hati aku mudah rapuh.
Biar!
Tak semua tahu sakitnya jalan berjinjit atas kaca pecah,

berdarah!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...