Isnin, 28 Februari 2011

CATATAN 4:KORANG SEKOLAH WEH!!


salam keindahan dunia:)

hari ke-4..
pagi Isnin,Farouq dan Fahim pergi sekolah dengan bersemangat..
tak tahu kenapa awal sangat diorang bangun..
buat sarapan,tak makan pun.
huuu~:(

dan hari berjalan seperti biasa..
tengahari,masak..
dan Fahim balik sekolah,
angkat tudung saji,
"wahh!!ayam goreng!!!"
*wat suara upin ipin..bajet comel!*

tak tahu kenapa hari ni sangat penat,
banyak kali aku tertidur,
tapi semua kerja selesai dengan jayanya..
siap basuh sarung kusyen lagi..kikiki

malam mak mesej..
mak cakap,mak kat MASJID NABAWI..
tiba-tiba aku rindu nak makan masakan mak:(
*cepat lah masa berlalu..*

oh,malam mesej ngan ain
walaupun semalam kitorang baru dating..
aku gi rumah dia semalam sebab harini
dia dah nak balik UiTM..
wuu..aku sedih bila dia bagitahu yang dia akan pindah
bulan 3 ni..
waaaa!!!
aku nak dating ngan sape lepas ni weh?!!
kekasih jauh..ehemm!!
ain cakap,
"takpe,ko jangan risau,aku takkan lupakan ko.."
uuu...aku sedih!!

malam jugak Firdaus mesej..
chis!dia pakai iPhone ayah!!
waaaaa:(

dia tanya aku.
"wawa..dulu amik akaun tak?"
aku cakap..
"tak,kak ngah amik bio..
ikut la nak amik akaun pun boleh,
tapi kena banyak buat latihan macam mate"
dan dia balas..
"ok,nak amik akaun la"
aku reply lagi.
"orait..buat pilihan yang bijak..gudluck dear:)"

dan sekarang..
aku penat..
nak tidur...
tidur...
ZZZZZZZZZ~
:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

AKU BARU TAHU BOLEH CEK ONLINE!


salam keindahan dunia:)

wahaha..
aku rasa aku ni memang katak yang duduk di bawah tempurung..
siap tindih dengan batu bata lagi..
orang lain semua dah tahu yang keputusan STPM boleh disemak melalui online..
aku baru tahu hari ni..

so,aku pun nak try la..
even dah tahu keputusan..
mana la tau,yang realiti lain,yang kat alam maya lain..
hahaha..

so,this is my result..
biasa-biasa je..


tak payah klik untuk enfagrow la..
malu~

so,the pointer is 3.5..
Alhamdulillah..
apapun tahniah kepada yang dapat 4 flat..
perrgghhh!!
respect korang seh!!

doakan masa depan aku ye semua:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 27 Februari 2011

CATATAN 3:PENGHUNI BERKURANG


salam keindahan dunia:)

ok,hari ni hari ahad,
Firdaus dan Fauzan akan dah pun balik asrama..
sorang Muar,sorang Muadzam..
nasib baik aku berjaya kemaskan baju-baju diorang..
wooo~

diorang tumpang kawan masing-masing..
well..tu lah gunanya kawan kan?:)
then,penghuni dalam rumah ni tinggal orang..
wuuu..tak best la sikit orang:(

tengahari,masak kue teaw(betul tak eja nih?)
dan aku menghabiskan duit untuk membeli barang yang dah ada kat dapur..
chiss!!
takpe,boleh buat simpanan..
then boleh rehat kejap
sebab kelengkapan adik-adik nak gi sekolah esok,
sume dah aku settlekan malam semalam..
wohohoho..BEBAS!
so,tinggal nak pakai dan pergi sekolah:)



oh!Farouq gi latihan chess,
dan balik bersama 3 kemenangan..
bangga noo dia..chet!
:D

malam,nasi goreng lagi..
bukan malas masak,
tapi tak nak bazirkan nasi yang aku termasak
petang tadi..*rajin sangat la konon*

petang,ayah call..
dari MASJIDIL HARAM..
waaa..bestnye dapat dengar suara ayah!
malam pun ayah call gak,
mak takde sebab ikut nenek..
well,semoga selamat ye sume kat sana:)

dan sekarang,aku kena tidur awal,
supaya bangun awal..

p/s:suka tengok ayah pakai jubah dan kain ihram..
nanti aku uploadkan pic tu ye:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 26 Februari 2011

CACATAN 2:KORANG NAK MAKAN APE??


salam keindahan dunia:)

hari kedua~
pagi,aku terrrrrbangun lewat,
dan kena bebel dengan adik-adik aku..
chis..takpe korang..
dan kerja-kerja mengemas bermula dengan lancar..
tengahari,masak!!
woo..
ayam masak merah,sayur goreng,
air carrot berais..walaweh~
alaa..lauk orang bujang..kikiki
oh!tambahan..
sotong masak pedas dan sayur labu..
Cik Bie bagi..
*TERIMA KASIH CIK BIE!!:)*
dan,mereka makan dengan penuh bersemangat..

petang,Ain rumah depan
pesan kat Farouq yang
cikgu ajak dia datang sekolah esok..
ha!esok hari ahad!mana sekolah..
oh!aku silap..
hahaha..
cikgu dapat tahu yang Farouq terer main chess
even masih darjah 3!!
so,cikgu suruh dia datang berlatih,
kalau cikgu berminat,
cikgu nak ajak dia bertanding untuk sekolah..
wuuu..aku tak terer men chess..
dan si kecik tu bersemangat untuk ke sekolah esok..
*psstt..kadang2 tak terduga juga pergerakan dia dalam permainan chess*
??????
mewarisi bakat mak:)

malam,aku ingat nak buat nasi goreng lagi
*chis!pemalas!!!*
tapi bebudak ni ngade..
"tak nak!!nak burger!!!"
hamboiboiboi~
so,aku sebagai pemegang amanah
kena buat jugak burger untuk diorang..selesai!
kemas baju Firdaus n Fauzan nak balik hostel esok..
penat!
sebab aku tak kenal seluar diorang..
kena tanya satu2..
maklumlah,lelaki ramai dalam rumah ni..
so,its normal:)

tadi mak call,dah sampai Jeddah..
on the way nak ke Madinah..
:) :) :)

p/s:harap aku tak bangun lewat lagi:(

:)
p/s:


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 25 Februari 2011

CACATAN 1:HOME ALONE BEGIN..


salam keindahan dunia:)

hari ni hari pertama mak dan ayah aku tiada di rumah..
mengerjakan impian mereka..
menjejakkan kaki ke kota suci Mekah..
walaupun hanya umrah,
tapi aku tahu ia amat besar maknanya buat mereka..

jadi,aku dan adik-adik tinggal di rumah,
well..actually not so easy
untuk jaga budak-budak ni..
tapi,untuk hari pertama,
semuanya berjalan lancar..

kitorang tak dapat hantar mak ayah naik flight,
so,kitorang hanya hantar sampai depan pintu rumah je..
masa salam mak n ayah,
aku cuba cover,
tapi air mata ni degil sangat,
tetap jugak mengalir..
dalam hati aku dah penat cakap.
"wawa,kuat ok!!"
aku taknak adik2 aku nampak..
tapi aku tak mampu..
aku terlalu lemah..
mungkin sebab aku perempuan,
dan mereka semua lelaki...
semoga mak n ayah selamat pergi dan balik...

jadi,malam ni aku masakkan diorang nasi goreng,
tapi,bila bang cik masuk campur,
nasi goreng aku dah jadi lain...
hadui..
tapi nasib baik dia buat sedap..
dan satu yang aku perasan,
bila dia memasak,
mulut dia akan pot,pet,pot,pet..
macam nenek tua marah suami dia yang selalu lepak kat kedai kopi..
kah,kah,kah...

along pulak call banyak kali,
even dia jauh..
heh,risau aku tak masak untuk budak2 ni la tu..
hello~
bila wawa rasa wawa ada tanggungjawab,
wawa akan buat ok!
weee~
\/(^_^)\/

mak,ayah..
jaga diri kat sana ye..
SAYANG MAK DAN AYAH!!

p/s:sebak bila ayah cium pipi aku:(

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Khamis, 24 Februari 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAR FAROUQ!!!!

salam keindahan dunia:)
hari ni 24/02/2011
budak kecik kesayangan aku dah genap
umur 9 TAHUN!!
waa..dah besar dah kau ye budak...

FAROUQ BIN DAUD!!!
HAPPY BIRTHDAY!!
SELAMAT HARI LAHIR!!
EID MILAD SA'ID!!!

jadi anak yang baik,
jangan nakal-nakal..
tapi takpe,
nakal-nakal pun,
Kak Ngah tetap sayang!!:):)
belajar rajin-rajin,
ngaji rajin-rajin,
ingat,
Kak Ngah tetap sayang Farouq
walau apa pun terjadi..
COZ U ARE MY LOVELY LITTLE BROTHER!!!

owh,ni kek tahun lepas kan?





yang ni tahun ni punyer..


wuuuuu~
SELAMAT PANJANG UMUR!!


toyol kecik dah nak sama tinggi dengan aku da..
wuuu T___T
lepas ni,sume adik2 aku lebih tinggi dari aku..
SEBAB DIORANG LELAKI!!!

p/s:sape leh bagi aku adik pompuan??


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 23 Februari 2011

HADIAH FOLLOWER BERTUAH FROM PUANNINA:)


salam keindahan dunia:)
waa..
hari ni dah dapat kiriman istimewa daripada
PUAN MANIS NINA!!
weeee~




dan ini isinya>



santek~
THANKS A LOT PUAN NINA!!!
:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Isnin, 21 Februari 2011

SIAPA DAH DAPAT RESULT STPM?TAHNIAH YE!!

salam keindahan dunia:)
orait!
semua dah tahu kan hari ni result STPM diumumkan..
semua calon STPM berdebar..
dan salah seorangnya adalah AKU!!!

aku dapat berapa?
ish..RAHSIA..
nanti cakap aku takbur pulak..
tapi apapun..
ALHAMDULILLAH..
THANK YOU ALLAH!!

InsyaAllah aku akan teruskan langkah aku ke salah satu U di Malaysia nih..
korang,thanks!aku tau korang doakan aku kan?
terima kasih sangat-sangat..

disebabkan rezeki yang Allah dah limpahkan pada aku..
aku dapat ni..


ALHAMDULILLAH...
*tapi tak tentu lagi,kalau ada rezeki,terpacak lah kaki aku kat USM..INSYAALLAH~*

kat sini,aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada

>mak dan ayah yang merupakan sumber inspirasi aku..
mak dan ayah punca kenapa aku masih bertahan sampai sekarang..
WAWA SAYANG MAK NGAN AYAH!!!!!

>family!!
adik-adikku,ALONG,saudara mara..sume2 yang aku sayang sangat2..

>CIKGU-CIKGU!!!
Ya Allah..kerana merekalah aku sampai ke tahap nih..
aku rasa macam nak selalu dok kat sekolah tu,nak cakap terima kasih berjuta-juta kali..
SAYA SAYANG CIKGU SUME!!!

>kawan-kawan!!
korang,aku sayang korang,aku rindu korang!!
kita jumpa kat U ye sume!!
INSYAALLAH~

insan inilah pembakar semangat aku dari dulu sampai sekarang..
insan ni selalu ada bila aku jatuh dan naik..
insan ni selalu ada bila aku perlukan bantuan..
insan ni selalu bawa ceria kepada aku setiap pagi..
cikgu,SAYA BETUL2 HARGAI KEWUJUDAN CIKGU DALAM HIDUP SAYA..
sekarang saya tahu kenapa saya tolak tawaran UDM dulu,
sebab..
ALLAH NAK TEMUKAN SAYA DENGAN CIKGU..
semoga Dia membalas segala pengobanan cikgu selama ni..
(saya rindu nak tunggu cikgu kat kereta setiap hari)
*i'm crying:(*

akhir sekali..
doakan masa depan aku ye semua..

yes!!!

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

JOM SERTAI FACEBLOG!!





salam keindahan dunia..
waaa..
ni best ni..
blogger dah ada komuniti baru..
jom cari kenalan blogger baru kat sini..
meh reramai ajak orang kampung join!!

ayat yang korang kena baca!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

orait!!!!
moh ramai2 kita!!
:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Jumaat, 18 Februari 2011

SIPUT TAKDE CENGKERANG!!


salam keindahan dunia:)
ada satu cerita yang buat
aku nak gelak je sepanjang masa..

pada suatu malam yang hening..
di luar rumah..
mak:F..tolong ambik baju ni masuk dalam bakul..
incik F:okeh..

incik F:eeee...apa nie?!!geli gilewww!!!!
aku:apa?apa?
incik F:ni...SIPUT TAKDE CENGKERANG!!
aku dan mak:?????
aku:weh!tu bukan siput la..
tu LINTAH BULAN!!
kah!kah!kah!!
siput ngan lintah pun tak kenal!!
hadoiyai!!
incik F:eh,macam siput la*blushing*

dan aku rasa nak tergolek-golek macam kena geletek
gelakkan incik F..
wakakakaka!!!!
yang depan,aku..
yang belakang,incik F..

kitorang kembar ke??

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

WOO!!FOLLOWER SHAIZHAR YANG BERTUAH!!

salam keindahan dunia:)
lagi sekali,
insan lain dah buat aku happy!!
siapa?
ini dia>>

kenapa?
orait,ingat lagi entry

ya...
apa?malas??
chis!kuangjaq!!

takpe,takpe..
berat jari ek..
check this out>

FADWA

hihihi..aku la tue...
wahahaha*bangga*
ALHAMDULILLAH..
rezeki jangan ditolak:)

ini ayat INCIK SHAIZHAR:
Tahniah kepada pemilik pendaftar penyertaan ke 59 dengan no kad pengenalan Lucky Draw
S059:FADWA
Anda menang motor.. Eh! silap Kek Cokelat :p Ye ye .. Dapat top up RM30 tue Fadwa...
:)
:)

thanks a lot INCIK SHAIZHAR!!!
tahniah juga kepada

:)
such a nice day~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Rabu, 16 Februari 2011

KOMPEM RESULT STPM 2010!

salam keindahan dunia:)
baiklah,semua telah maklum..
yang
KEPUTUSAN STPM 2010
akan diumumkan pada
21 FEBRUARI 2011
bersamaan
18 RABIUL AWAL 1432

ok,aku tak berani nak ulas apa-apa..
sebab sekarang perasaan sangat berdebar-debar..
DOAKAN AKU YANG TERBAIK..
:)

degupan jantung aku hampir tak stabil:(

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Selasa, 15 Februari 2011

GIRL'S GENERATION VS SUPER JUNIOR

salam keindahan dunia:)
wee~korang mesti kenal kan
SUPER JUNIOR??
kan?kan?
tipu la kalau tak kenal..
group ni kira popular la gak..
bukan gak,tapi memang popular pun..
tapi sepopular diorang,
aku tak minat pun..
hahaha*kejam*
not my taste la..

oh,GIRL'S GENERATION pulak?
ni lebih kurang jugak la ngan SJ..
pun aku tak minat..
tapi sume comel-comel seh..
biasa la..Korea..(betul ke?)


so,tadi layan youtube..
aku tau aku ni lambat skit
bab-bab Korea ni..
tapi tak kira..
nak tunjuk jugak..


ok,mula-mula korang tengok ni dulu..


dah?
ok,tengok ni pulak...


hahahaha..
comel kan??
gila cute la diorang ni..
macam tengok show mak nyah..
kahkahkah...
tak kisah la tu SJ ke tak,
yang penting,
AKU KETAWA..
korang?
tak??ok,fine!!

p/s:SJ brape orang ye?macam sikit je dalam video tu..
hurrmm...


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

JANGAN INGAT KORANG BESAR,BOLEH BUAT SUKATI KORANG!!

salam keindahan dunia:)
dunia sekarang ni makin tak tenteram..
aku malas nak bicara tentang apa yang berlaku
kat luar negara tu..
yang aku nak bentangkan kat sini
adalah dalam negara kita sendiri..
tak payah tengok jauh-jauh..
tak payah rujuk pada suasana luar..
tengok dalam SEKOLAH pun dah cukup..

BULI!!
biasa yang buli ni mestilah
manusia yang umur dia lebih tua,
tapi perangai tak ubah macam *jahiliyah* budak kecik..
aku cakap macam ni sebab adik aku sendiri yang jadi mangsa..

weh!manusia yang bergelar SENIOR!!
korang ni harap je umur tua,
tapi langsung tak tunjuk perangai yang terbaik kat adik2..
aku malas nak cakap sekolah mana..
sebab bagi aku tak mustahil
semua sekolah akan jadi benda yang sama..

aku sedih bila dapat tau adik aku jadi macam tu..
aku mungkinlah tak tunjuk sayang aku pada adik2 aku
sebab diorang lelaki..
tapi tu tak bermakna aku takde perasaan kasih pada diorang..

bukan dia sorang,tapi kawan-kawan dia pun kena gak..
sampai ada yang patah tangan..
korang ni memang B.O.D.O.H!!!

sanggup korang kejut diorang 2,3 pagi..
pastu belasah sume..
woi!diorang tu MANUSIA tau tak..
bukan patung!!

dan yang aku paling tak boleh terima,
korang sebenarnya takde motif langsung
untuk jadikan alasan
korang belasah budak-budak tu..
sebabnya,tak panggil 'abang'..
lambat solat..
tak hormat..
mungkin korang cakap kat aku..
"hekeleh wawa..standard la tu budak dok asrama"
"alaa..lelaki..memang laa"
WEH!KORANG DENGAR BAIK-BAIK!!
kalau adik-adik buat salah sekalipun..
BELASAH bukan cara terbaik untuk perbaiki diorang..
Rasulullah pernah pesan..
"tegurlah mereka dengan cara yang HIKMAH"
HIKMAH!!
korang pasti ke lepas korang buat camtu,
adik-adik ni akan jadi baik??
*PIKIR!!*

derr..sebelum buat,tengok diri dulu la..
aku tak marah korang nak tegur
budak-budak ni..
tapi aku nak marah sebab cara korang salah..
tak mustahil bila budak-budak ni dah jadi senior nanti..
diorang akan buat benda yang sama kat adik-adik yang lain..
percayalah cakap aku..

sekarang pihak sekolah dah tahu..
dah ambil tindakan..
korang dah rosakkan nama baik korang..
nama baik mak ayah korang..
nama baik sekolah..
dan MASA DEPAN korang..

maaf dengan kata-kata kesat tadi,aku doakan korang berubah..
jangan kerana terlalu taksub dengan kedudukan,
korang abaikan matlamat korang datang ke sekolah tu..

p/s:sorry,aku takleh kawal hati aku bila dengan adik aku yang sorang ni:(

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

BILA RINDUKU ADA PADA RASULULLAH

salam keindahan dunia:)
15 Februari 2011
bersamaan
12 Rabiulawal

tarikh ini juga menyaksikan lahirnya
insan yang membawa cahaya..
yang memberi sinar kepada
sekalian manusia..


rasa sedih dan pilu bila kenangkan Kekasih Allah yang satu ini..
masa zaman pemerintahan baginda,
siapa yang tak kenal Muhammad??
pemimpin yang sangat disegani
oleh pengikutnya sendiri,malah pemerintah lain juga turut
menyanjung tinggi insan mulia ini..
tapi,itu dulu..
saat manusia masih punyai akal
untuk bezakan mana yang hak,
mana yang batil..
tapi sekarang,tak ramai yang sering ingat akan Rasulullah..
manusia sekarang terlalu taksub dengan pelbagai pembaharuan,
hingga kadang-kadang lupa,
alpa tentang tanggungjawab
sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah..

aku pernah juga membaca sejarah hidup Rasulullah..
sifat dermawan,pemurah,penyayang
yang dimiliknya..
terlalu indah..

pernah satu ketika
Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya
Abu Bakar..
datang seorang jahiliyah,terus memaki baginda
dengan kata-kata yang kesat..
Abu Bakar terkejut lantas bangun,
menengking kembali jahiliyah tersebut..
tetapi Rasulullah..
turut bangun..
tetapi baginda menegur Abu Bakar..
"dia adalah golongan yang tidak tahu,
tegurlah dia dengan cara yang hikmah"
baginda TERSENYUM..

mengapa begitu mudah baginda memaafkan orang lain?
mengapa begitu dermawan lelaki ini?
dan mengapa tidak ramai yang mengikut sifat mulia ini??


*tulis dalam perenggan,taknak panjang2...hihi:)*

Hari ni Maullidur Rasul..ingatan pada baginda,,tentang perjuangan baginda,pengorbanan dan segala yang telah dilakukan demi menegakkan agama Islam harus dikembalikan.Kita tahu Rasulullah sayangkan kita..hinggakan sampai saat akhir nafas baginda,bukan nama isterinya yang disebut,bukan juga anaknya,Fatimah.tetapi "ummati,ummati.." umatku...itu kita..UMAT RASULULLAH S.A.W..tapi pernahkah kita sayang akan baginda??sekadar di mulut.."aku sayang dan cinta Rasulullah"..sekadar tulisan..tapi kita tak pernak ISTIQAMAH dalam melaksanakan sunnah baginda..tak pernah ingat pesan baginda..kalau ingat,hanya saat kita dalam kesusahan,kesedihan,kegagalan..sama seperti hubungan kita dengan Allah..tapi saat kita gembira,berjaya,bahagia,pernah tak perkataan Alhamdulillah itu keluar dari mulut kita??

aku tulis bukan sahaja peringatan kepada semua,tetapi peringatan yang cukup keras kepada diri akau sendiri..aku akui,aku jugak sering lalai..leka..sebab itu berulang kali aku berdoa selepas sujudku pada Yang Esa.."Ya Allah,pimpin aku saat aku leka,ingatkan aku saat aku alpa,tegurlah aku bila aku mulai jauh dari-Mu.."

sekarang orang sibuk memperkatakan tentang sambutan HARI VALENTINE dan MAULIDURRASUL..alhamdulillah..dari pandangan aku,sambutan Maulidurrasul lebih menjadi perhatian umat Islam:) memikirkan tentang tu..pernah jugak terlintas,betapa beruntungnya jika kita hidup pada zaman Rasulullah..sentiasa dekat dengan baginda..tapi mungkin masih ada hikmah disebalik semuanya.."YA ALLAH,SAMPAIKAN SALAM RINDUKU KEPADA KEKASIHMU JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH S.A.W.."

*terlalu dambakan teman seindah Rasulullah*tapi,siapalah aku untuk memiliki teman sebaik itu,aku taklah setabah,semulia,sekuat,dan sesetia isteri-isteri baginda..cuma aku sering memohon,supaya aku dikurniakan insan yang mampu membimbing aku,menegur kesalahanku secara hikmah..dan yang penting menjadi ayah yang baik untuk anak-anakku nanti..AMIN..

p/s:pernah terbayang teman hidupku bersolat,berjemaah bersama dua orang si kecil yang setia di belakangnya sebagai makmum..aduh,comelnya~ *i'm crying:(*


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Ahad, 13 Februari 2011

AKU JADI MODEL!!!


salam keindahan dunia:)
haa..
tengok tajuk je dah tau aku nak cite pasal apa kan..
hihihi..
perghh~
AKU JADI MODEL!!
korang ada?ada?
nak buat korang jeles..
yess!matlamat tercapai derr!!

hahaha
bukan nak bangga la weh,
cuma nak bagitahu..
tawaran jadi model ni
tak semua orang boleh dapat hang tau dak??
yang jelita,opss! yang layak je boleh ok..
heh~
korang buat muka??
korang jeles la tu..
aku tau..
nak tengok pic tu..


cantik kan???
apa?
bukan aku??
ha?bukan ke?eh??!!
rasa macam betul dah..
hehe,sori semua..
ni la pic nyeeewww(sori anwar hadi,i guna 'eeww')

THE VELVET ONION!

LOVE IS A GAMBLE,SOMETIMES YOU WIN,
OTHERS TIMES YOU LOSE..

hahahaha..
ya,AKU MODEL!!
model tangan!!!
serius weh,tu tangan aku,tak tipu..
it taken by my brother,INCIK FARHAD..

woit!aku dengar korang cakap apa!!
"tangan buruk,nak jadi model.."
chis,longkangnya mulut anda ye..
takpe,takpe..
*dendam*

korang ni,apa la..
ingat aku ni KAK HANIS ZALIKHA ke
nak jadi model..
takpe la..
tangan pun kira ok la..
:)

p/s:aku tau korang pernah jadi model,
sebab korang kan santek dan kacak..
weee~
:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

TERIMA KASIH SAYANGKU


salam keindahan dunia:)
hari ni terima something daripada
ini dia!!!


THANKS DEAR:)

actually tak tau pun yang aku follower dia yang ke-200
sebab aku follow dia cause rasa cam blog cik manis
seronok untuk dibaca..
well dear,i'm actully love your blog..
keep it up!

and..cik manis ada buat review for me..
cik manis tanya,agak2 apa maksud HAKUNA MATATA
yang bertepek kat banner aku tu?
maksudnya ialah...
EVERYTHING WILL GONNA BE ALRIGHT:)

pernah dengar kan lagunya dalam filem
LION KING
Hakuna Matata! What a wonderful phrase Hakuna Matata! Ain't no passing craze It means no worries for the rest of your days It's our problem-free philosophy Hakuna Matata!
so,itulah maksudnya..
aku ambil ayat ni sebagai pegangan hidup..
ingat,walau apa pun yang terjadi,baik atau buruk,
kita jangan cepat putus asa,mengalah..
sebab InsyaAllah,semuanya akan jadi baik..
Tuhan takkan biarkan hamba-Nya terus dalam kesusahan..
sedarlah,sedangkan langit yang luas,
Allah mampu jaga,
inikan pula kita yang kecil,
Dia tidak akan lepaskan kita kepada sesuatu yang
kita tak mampu hadapi:)

anyway,THANKS A LOT
jom terjah rumah beliau!!
:)
:)
:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

FOLLOWER BERTUAH MY BIRTHDAY GIVEAWAY

salam keindahan dunia:)
kemenangan ke-2 untuk hari ini:)
weee~
ALHAMDULILLAH..
fadwa

hihihi..
itu saya!!

THANKS A LOT TO
*juga kepada her husband yg buat cabutan:)*

tahniah juga kepada semua pemenang
terutama CIK BAMBAM..
menang dua2 tue..
pergghh..
memang tuah betul...
juga kepada MAMA ZHAFRAN..
kami menang GA yang sama.
weee~
(^_^)!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1ST WINNER MEAW MAKAN TOMATO GIVEAWAY

salam keindahan dunia:)
waaa~
hari sangat suka hati+berbunga-bunga..
ngee~
ada sesiapa join GIVEAWAY MEAW MAKAN TOMATO?
cuba try test gi
haa..
apa malas tekan?
chis!bedebah!!!


aku nak zoom kat sini..

haaa..
nampak??
hihihihi..
ingatkan menang yang no 2 ke,4 ke..
sekali no 1 daa..
sangat riang ria ok!

THANKS A LOT TO
n
CIK TOMATO CUN (kembar anne ngasri!)
*also thanks to RANDOM.org:)*
jom jejalan kat rumah mereka!!

tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia siapa yang tahu?
Dia:)

:)
p/s:1st time seh menang no 1,
tu yang excited skit..
SORRY~

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Sabtu, 12 Februari 2011

DARI MANA DATANG BUNYI NI??

salam keindahan dunia:)
hahaha..
aku buat entry lagi deh~
ermm..
nak tanya,masuk blog aku,ada dengar bunyi something tak??
curiga gak aku..
ye l.a..
aku takde lak letak music box cam orang lain..
bukan apa,
risau menganggu ketenteraman,
buatnya ngah sunyi sepi,
tiba-tiba
keluar pulak bunyi,
tak ke terkejut visitor kita tue kan?

tapi tu la pasal..
tiba-tiba keluar bunyi muzik..
macam muzik dalam music box..
romantik je bunyi..
ke dari iklan nuffnang?
ke dari iklan heartbeat??
hurmmm...
musykil~
sape tau??

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

KEMPEN:KAMI TAK SAMBUT HARI VALENTINE!!


salam keindahan dunia..
hari ni join satu kempen yang dianjurkan oleh
kempen ni sangat penting
lebih-lebih lagi bagi kita..
UMAT ISLAM..

jadi,kita semua pasti sedia maklum
hari yang biasa disambut bila tibanya bulan Februari..
(selain birthday korang..kikiki~)
*ok,serius!!*
sape tau??
sape tak tahu,nampak sangat ada
unsur-unsur pembohongan di situ..
ya,VALENTINE DAY!!

tahu tak sejarah Valentine nih?
aku aamil sedikit pengisian dari SAUDARI SUNAH..

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.


sudah faham bukan?
jadi sambutan hari ni seolah-olah
kita meniru atau lebih tepat lagi,
mengikut budaya Barat..

menurut sabda Rasulullah S.A.W:
"Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum(agama),maka dia termasuk dalam kaum(agama) itu"
dan
Allah ada berfirman dalam Surah Al-Imran(ayat 85):
"Barang siapa yang mencari agama selain agam Islam,maka sekali-sekali tidaklah diterima(agama itu) daripadanya,dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

di Malaysia sekarang pun,
takkan pernah lari dari isu ni..
jadi,sebagai UMAT ISLAM..
marilah sama-sama kita lakukan apa yang mampu kita lakukan..
janganlah hanya kerana kita terlalu taksud
dalam perhubungan,
kita terus menjerumuskan diri kita
dalam sesuatu yang hanya akan merugikan kita..

oh!lagi satu..
sedang asyik fikir tentang perkara ni..
sampai ramai yang tak sedar..
15 Feb 2011 tu hari apa kan??
ya,15 Feb 2011 adalah
HARI MAULIDUR RASUL..
jom kita tengok,
hari yang mana satu yang mendapat paling
mendapat sambutan di negara kita..
so,aku pun join ni jugak..
"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"

dianjurkan oleh INCIK AL-HAKIM..
HAIYABINA!!!!

p/s:doakan supaya hari valentine nanti,
remaja2 muda kita tak melakukan perkara yang terkutuk..
kerana keadaan inilah yang sering berlaku
sejak akhir2 ini..NAUZUILLAH..

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...