Khamis, 31 Mac 2011

NASIHAT KEPADA YANG BEKERJA DENGAN ORANG AWAM

salam keindahan dunia:)
anda bekerja dengan orang awam tak?senang cerita pekerjaan anda memerlukan anda untuk berkomunikasi dengan orang awam..jika ya,di sini ada sedikit pesanan untuk anda..

1.semasa bekerja,ramahkan diri anda walaupun anda tidak terkategori dalam golongan yang pandai berkata-kata.cukuplah sekadar bertanya satu dua soalan kepada pelanggan anda..sebab! pelanggan akan ingat sikap anda semasa berurusan dengan mereka..korang nak ke orang cakap macam ni.. "weh,ko tak payah la gi kat sana,kat sini,satu daerah dah tau,dia tu tak mesra pelanggan..alaa..yang keje kat tuuuttt tu"sambil muncung panjang sejengkal..nak?!

2.tarik sedikit bibir anda untuk mengukirkan senyuman,bukannya susah pun,siap dapat pahala lagi tu! aku jamin takkan ada orang yang cop anda gila bila anda senyum semasa melayan pelanggan..right?

3.jangan kerja mengikut jawatan anda sahaja..kalau orang awam ada kesulitan,bagi la bantuan,tolong apa yang patut,bukan bermaksud menyibuk,tapi sebagai tanda anda menghargai mereka sebagai pelanggan,.. kaalu tak orang akan cakap "tau la hang keja kat situ,tapi takkan la aku nak tanya skit,hang tak jawab,ni kan tempat keja hang,aku tibai nanti baru hang tau!"

4.tenang.manusia ni banyak kerenah,jadi sebagai individu yang berhadapan dengan manusia,anda perlu sabar.. fahami kerenah mereka walaupun kadang-kadang anda rasa nak lempang mereka..jangan..ingat,CUSTOMER ALWAYS RIGHT EVEN THEY ARE WRONG:) tapi aku memang tak boleh kalau orang yang cakap denag pelanggan macam cakap dengan ex girlfriend.. "weh,budak sini!" "nombor saya panggil tolong datang!satu!!" weh,ingat kat padang kawad ke..kitorang nak ambil lesen je tau tak?!(ok,kantoi di situ) baru no satu dah nak tengking-tengking,belum nombor beratus-ratus lagi..haish~~



4 nasihat ni datang dari diri aku sebab baru kena tadi,so,take note untuk anda dan diri aku jugak..

BUDI BAHASA BUDAYA KITA:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. Sweet blog! I found it while surfing around on
    Yahoo News. Do you have any tips on how to get listed
    in Yahoo News? I've been trying for a while but I never seem to get there! Appreciate it

    Here is my blog post; www.echuca.org

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...