Jumaat, 25 Mac 2011

ASRAMA KORANG ADA HANTU TAK??JOM KONGSI!

salam keindahan dunia:)

aku nak tanya,siapa yang pernah menetap di asrama?? haaa...asrama korang pernah kena kacau tak?i mean..ada hantu tak??? kalau korang perasan la,setiap asrama mesti ada 'benda' kan??hehehe..ni yang excited nak story nih!



korang tau,walaupun sekolah aku tu sekolah agama,tapi kami tak pernah terlepas dari sebarang gangguan,tapi alhamdulillah,sepanjang 5 tahun aku membesar kat sana,aku selamat,tak kena apa-apa...

banyak peristiwa seram yang berlaku kat asrama aku tu,dan secara kebetulan,aku memang minat bab-bab mistik ni..tapi serius aku cakap,aku tak nak berdepan dengan keadaan tu:)

tahu tak,mak cik kantin sekolah pernah nampak perempuan berkemban berdiri atas atap bangunan asrama perempuan,sambil sikat rambut!!! woo..dah macam cerita puntianak harum sudal malam!!

tahu tak junior aku kena rasuk ngan hantu budak kecik,dia nangis-nangis marah sebab mak dia(mak hantu tu la)selalu pukul dia.. dia cakap "mak jahat,mak tak sayang nurul~~" dan masa tu kami tau nama hantu budak tu nurul...korang percaya?? sila percaya sebab aku yang tolong tahan junior aku dari lari keluar asrama..seram!!!


ni antara kisah standard bila sebut pasal hantu asrama..jom layan



jadi apa kata,kalau korang ada cerita seram masa kat asrama,korang BUAT LA POST,bagi link kat ENTRY ni,dan AKU AKAN BUAT LIST "CERITA SERAM ASRAMA"..haaaa.. nak?nak?

p/s:cuba bayangkan,aku tengah tulis post ni,ada 'benda' kat sebelah tegur.. "cerita pasal AKU ke??" erkkkk!!!!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...