Isnin, 21 Mac 2011

LELAKI BERCUKUR LEBIH SIHAT??

salam keindahan dunia:)

menghabiskan masa depan lappy kadang-kadang bosan jugak,so,ambil buku,dan baca... dan ada something nak dikongsi buat semua kaum Adam yang tertarik menarik da boom di luar sana:)

ini dalam buku:

lelaki bercukur mungkin menandakan mereka gembira dan sihat.Kajian menunjukkan lelaki yang tidak mengamalkan tabiat bercukur secara rutin kurang mencapai orgasma dan lebih berisiko mendapat strok berbanding lelaki yang bercukur.PENGKAJI BRITISH mendapati satu per lima lelaki yang tidak bercukur secara rutin lazimnya tidak menjalin hubungan seks secara kerap dan seorang perokok,menghidap penyakit jantung dan biasanya terdiri dalam kalangan pekerja kolar biru..mereka 70% berisiko menderita strok!

tiba-tiba aku teringat...simpan janggut sunnah nabi kan? dan tangan pun menari mencari jawapan...ini hasilnya:

Para ulama dari keempat-empat mazhab sepakat mengatakan bahawa simpan janggut ialah SUNNAH NABI,amalan para nabi.tapi bab mencukur janggut atau misai,keempat-empat mazhab mempunyai pandangan yang berbeza..ada yang mengatakan makhruh,ada yang haram..jadi seeloknya simpanlah janggut kerana mengikut sunnah nabi.

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

[chevalierbysheri.jpg]
ok..habis di situ:)

nampak tak perbezaan yang orang Barat sering sebarkan yang bertentangan dengan ajaran Islam??jadi jom buat penilaian yang terbaik,INGAT,DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN DAN RAHSIA YANG KITA TAK NAMPAK,WALAU APA PUN KELEBIHAN YANG ADA,KITA KENA YAKIN DENGAN APA YANG NABI AMALKAN.

Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.
:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. salam...
    post yg menarik...
    kita sbg umat Muhammad SAW digalakkan utk mengamalkan sunnah Baginda...
    namun,sesetengah pihak cuba utk mempengaruhi minda org ISLAM supaya memandang sunnah2 Rasulullah SAW sebagai perkara yg x elok@sihat...
    setiap sunnah pasti akan ada hikmahnya...

    Sabda Rasulullah SAW:"Aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara,sekiranya kamu berpegang teguh dengannya,nescaya kamu tidak akan sesat,iaitu AL-QURAN dan AS-SUNNAH"

    wallahu'alam...

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...