Isnin, 7 Mac 2011

KESALAHAN BAHASA DALAM FACEBOOK

salam keindahan dunia:)

zaman sekarang,kalau kita tanya kepada sesiapa pun mesti semua tahu tentang FACEBOOK kan? tak kira la budak sekolah rendah ke,mak cik-mak cik yang tengah sidai kain pagi-pagi ke,even budak 4 tahun(jiran depan rumah aku) pun tahu tentang FACEBOOK!nampak tak betapa besarnya pengaruh FACEBOOK ni..

ok,itu semua tak kisahlah,apa yang nak diketengahkan hari ini adalah,KESALAHAN BAHASA DALAM FACEBOOK..wahahaha~korang ingat dalam subjek BM je ke korang boleh jumpa kesalahan bahasa?dalam FACEBOOK pun ada maa...tapi kena translate dulu la ye ke BAHASA MALAYSIA:)

actually aku dah lama discover tentang ni..jom kita kenal pasti sikit kesalahan yang dilakukan dalam FACEBOOK.



1....di antara rakan-rakan anda.
kesalahan:'di antara' memerlukan jarak kerana ia menunjukkan tempat atau kawasan.contoh:jarak di antara rumah saya dan hospital.
pembetulan:antara rakan-rakan anda.



2)...ditanda pada album...ditanda pada senarai
kesalahan:'pada' menunjukkan waktu dan masa.album dan senarai bukannya masa ok!
pembetulan:..ditanda dalam album..ditanda dalam senarai

3)...orang-orang di album ini.
kesalahan:'di' menunjukkan tempat,dan lagi sekali,album bukannya tempat!!
pembetulan:...ORANG-ORANG DALAM ALBUM INI.
(rasa macam 'orang-orang' pun tak sesuai..hurrrm)


5)sila masuklah ke dalam talian..
ada 2 kesalahan:
1:sila masuklah..
kesalahan:LEWAH!(pengulangan)..mengulang ayat silaan(sila,lah)ish..ish..ish...
2:masuklah ke dalam talian..
kesalahan:'ke dalam' menunjukkan ada ruang,ke dalam rumah,bilik..dan talian tiada ruang..atau sesiapa boleh beritahu yang mereka pernah MASUK ke dalam talian??
pembetulan:masuklah dalam talian...


yang ini tengok pun dah tahu salah kan??*sebenarnya banyak lagi,tapi mungkin aku tak jumpe..maaf:(*

jadi,diharapkan bahasa yang digunakan dalam laman sosial yang popular ini tidak akan menggugat penggunaan bahasa kita..

aku bukan nak buat apa,cuma rasa pelik bila online FACEBOOK..lagipun cikgu pernah cakap, ilmu yang kita belajar tak semestinya digunakan untuk menghadapi peperiksaan,dalam kehidupan seharian pun boleh kita pratikkan:)
(kalau korang perasan,dalam tv pun,tak semuanya betul..just nak bagitau..)

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA:)

p/s:aku buat enrty tentang bahasa,tapi bahasa aku pun bukannya ok sangat,tapi sekadar nak berkongsi..SAYA BERJANJI AKAN MENULIS ENTRY DALAM BLOG INI MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA SAYA YANG BETUL..INSYAALLAH:)

p/s 2:ini entry ke-300!!!!akan buat review untuk enrty yang sebelumnya bermula dengan entry pertama!keep it up FADWA!!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...