Ahad, 20 Mac 2011

CARA MENGATASI SIFAT TAKBUR(EPISOD 2)

salam keindahan dunia:)

hari ini kita sambung perkongsian ilmu yang lepas...yang mana? YANG NIH!!:)

ok,kita dah tahu punca wujudnya sifat takbur,now,kita cari cara penyelesaiannya..bak kata orang, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian kan?

[GingerCat.gif]

1:BANYAKKAN BERZIKIR
hati yang tenang ialah hati yang bebas daripada rasa bangga.bila kita selalu berzikir,bertasbih,mengagumi kebesaran Allah, kita akan tahu betapa kerdilnya diri kita ni.. bila sebut Allahuakhbar..Allah Maha Besar..kita tahu,yang kita hanya sekecil-kecil kejadian, maka bila hadirnya perasaan itu,kita tidak akan melangkah sebagai orang yang takbur sebab kita sedar diri kita.. tak perlu memandang insan yang berada di bawah kita dengan perasaan takbur,tanpa melihat siapa yang berada lebih atas dan lebih mulia daripada kita..

http://2.bp.blogspot.com/_lypApJDx3_A/S7gO4NtfvkI/AAAAAAAAAIo/234YwnJHATE/s400/50671870_fdeeb4b945.jpg

2.SIBUKKAN DIRI DENGAN BERDOA.
"doa senjata orang mukmin" jika kita bertekad ingin jauhkan diri kita daripada sifat mazmumah ni,jangan lupa untuk berdoa..Allah Maha Mendengar setiap permintaan hamba-Nya,berdoalah supaya kita dijauhkan daripada sifat takbur.. "Ya Allah,andai ada ras belas terhadapku,aku mohon,aku pinta padaMu Ya Allah,jauhkanlah aku daripada sifat takbur,penuhi hati dengan rasa rendah diri,dan sentiasa mengingati kebesaranMu"..


3.BERSAHABAT DENGAN ORANG BAIK.
"siapa yang berkawn dengan penjual minyak wangi,dia juga akan menerima bau wangi itu" kita tahu yang sahabat mampu mengemudi hati kita,tidak kira ke jalan yang benar ataupun salah.pengaruh kawan sangat luas.jadi,jika kita berkawan dengan orang yang sama takbur dengan kita,segalanya tidak akan berubah..tapi,carilah kawan yang baik,rendah diri,banyakkan masa dengan mereka,sentiasa berkongsi ilmu dengan mereka.InsyaAllah,sifat takbur mampu diatasi

mungkin ramai yang cakap, "eleh..cakap senang la,nak buat ingat mudah ke??" apa kata kalau kita cuba dulu,kalau kita ada keinginan,tak mustahil semuanya akan berhasil..

jika anda takbur,anda akan mengabaikan intipati post ini,kerana anda mengambil ringan soal perasaan batiniah kita,tapi jika anda insan yang mahu terus kekal di jalan-Nya,berusahalah sedaya anda untuk menjauhi sifat TAKBUR..

"tidak akan masuk syurga bagi sesiapa yang ada kesombongan dalam dirinya walau sebesar debu"
:)
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...