Sabtu, 19 Mac 2011

PUNCA WUJUD SIFAT TAKBUR(EPISOD 1)

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum”( al-cAraf : 40)

Hari ini,pagi-pagi nak cerita tentang SIFAT TAKBUR..jom sama-sama kita kongsi ye:)

*semalam tengok Al-Hidayah,sempat amik skit isi..tulis dlm phone je :)*

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong.Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.

ok,kita mulakan dengan PUNCA WUJUDNYA SIFAT TAKBUR:

1)ILMU.

kebanyakan orang akan berasa takbur bila merasa dirinya mempunyai banyak ilmu.merasa dirinya lebih hebat daripada orang lain."huh~aku lebih bijak daripada kau,aku dah phd,ko ada?ada??" ingatlah,sebagai orang yang berilmu,yang diangkat darjatnya oleh Allah,jangan sesekali takbur dengan ilmu yang dimiliki,boleh jadi ilmu itulah yang akan merendahkan martabat kita di sisi Allah disebabkan perasaan TAKBUR.

2)AMAL.

harta... "hahaha..aku dah pergi haji,dah banyak aku sedekah kat orang,asyik muka aku je keluar tv dok bagi derma kat orang,pergghh..hebatnya rasa!!" jangan..jangan... amal yang baik sepatutnya membawa pahala kepada kita,tapi jika timbul sifat takbur itu,semuanya sia-sia..jadi tak perlulah nak heret cek-cek besar gedabak dan tayang dalam tv..panggil semua orang mai tengok..tak perlu..

3)HARTA

yang ini paling banyak membawa manusia kepada sifat takbur."hohoho..aku kaya,aku boleh buat apa yang aku suka!" harta yang diredhai ialah harta yang digunakan di jalan Allah,bukan harta yang disebarkan untuk jalan kesesatan.kadang-kadang kita tak sedar yang kita takbur dengan orang.tengah jalan,berenti kat lampu isyarat,pandang tepi.. "hekeleh,Kancil je pun,aku Mercedes..huh~"dalam hati...nampak?Nauzubillah..sepatutnya kita doakan orang untuk peroleh kesenangan seperti kita,rendahkan diri kita,tak perlu angkat setinggi2 langit,tak payah nak hangkut bakul yang kita masuk sendiri..tak larat derr...

p/s:peringatan untuk aku dan semua..nanti kita sambung tentang cara nak mengatasinya pulak ok...selamat berkongsi ilmu di alam maya:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. moga kita sentiasa terlindung dari sifat takbur itu :)

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...