Sabtu, 12 Februari 2011

KEMPEN:KAMI TAK SAMBUT HARI VALENTINE!!


salam keindahan dunia..
hari ni join satu kempen yang dianjurkan oleh
kempen ni sangat penting
lebih-lebih lagi bagi kita..
UMAT ISLAM..

jadi,kita semua pasti sedia maklum
hari yang biasa disambut bila tibanya bulan Februari..
(selain birthday korang..kikiki~)
*ok,serius!!*
sape tau??
sape tak tahu,nampak sangat ada
unsur-unsur pembohongan di situ..
ya,VALENTINE DAY!!

tahu tak sejarah Valentine nih?
aku aamil sedikit pengisian dari SAUDARI SUNAH..

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.


sudah faham bukan?
jadi sambutan hari ni seolah-olah
kita meniru atau lebih tepat lagi,
mengikut budaya Barat..

menurut sabda Rasulullah S.A.W:
"Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum(agama),maka dia termasuk dalam kaum(agama) itu"
dan
Allah ada berfirman dalam Surah Al-Imran(ayat 85):
"Barang siapa yang mencari agama selain agam Islam,maka sekali-sekali tidaklah diterima(agama itu) daripadanya,dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

di Malaysia sekarang pun,
takkan pernah lari dari isu ni..
jadi,sebagai UMAT ISLAM..
marilah sama-sama kita lakukan apa yang mampu kita lakukan..
janganlah hanya kerana kita terlalu taksud
dalam perhubungan,
kita terus menjerumuskan diri kita
dalam sesuatu yang hanya akan merugikan kita..

oh!lagi satu..
sedang asyik fikir tentang perkara ni..
sampai ramai yang tak sedar..
15 Feb 2011 tu hari apa kan??
ya,15 Feb 2011 adalah
HARI MAULIDUR RASUL..
jom kita tengok,
hari yang mana satu yang mendapat paling
mendapat sambutan di negara kita..
so,aku pun join ni jugak..
"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"

dianjurkan oleh INCIK AL-HAKIM..
HAIYABINA!!!!

p/s:doakan supaya hari valentine nanti,
remaja2 muda kita tak melakukan perkara yang terkutuk..
kerana keadaan inilah yang sering berlaku
sejak akhir2 ini..NAUZUILLAH..

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...