Selasa, 15 Februari 2011

BILA RINDUKU ADA PADA RASULULLAH

salam keindahan dunia:)
15 Februari 2011
bersamaan
12 Rabiulawal

tarikh ini juga menyaksikan lahirnya
insan yang membawa cahaya..
yang memberi sinar kepada
sekalian manusia..


rasa sedih dan pilu bila kenangkan Kekasih Allah yang satu ini..
masa zaman pemerintahan baginda,
siapa yang tak kenal Muhammad??
pemimpin yang sangat disegani
oleh pengikutnya sendiri,malah pemerintah lain juga turut
menyanjung tinggi insan mulia ini..
tapi,itu dulu..
saat manusia masih punyai akal
untuk bezakan mana yang hak,
mana yang batil..
tapi sekarang,tak ramai yang sering ingat akan Rasulullah..
manusia sekarang terlalu taksub dengan pelbagai pembaharuan,
hingga kadang-kadang lupa,
alpa tentang tanggungjawab
sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah..

aku pernah juga membaca sejarah hidup Rasulullah..
sifat dermawan,pemurah,penyayang
yang dimiliknya..
terlalu indah..

pernah satu ketika
Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya
Abu Bakar..
datang seorang jahiliyah,terus memaki baginda
dengan kata-kata yang kesat..
Abu Bakar terkejut lantas bangun,
menengking kembali jahiliyah tersebut..
tetapi Rasulullah..
turut bangun..
tetapi baginda menegur Abu Bakar..
"dia adalah golongan yang tidak tahu,
tegurlah dia dengan cara yang hikmah"
baginda TERSENYUM..

mengapa begitu mudah baginda memaafkan orang lain?
mengapa begitu dermawan lelaki ini?
dan mengapa tidak ramai yang mengikut sifat mulia ini??


*tulis dalam perenggan,taknak panjang2...hihi:)*

Hari ni Maullidur Rasul..ingatan pada baginda,,tentang perjuangan baginda,pengorbanan dan segala yang telah dilakukan demi menegakkan agama Islam harus dikembalikan.Kita tahu Rasulullah sayangkan kita..hinggakan sampai saat akhir nafas baginda,bukan nama isterinya yang disebut,bukan juga anaknya,Fatimah.tetapi "ummati,ummati.." umatku...itu kita..UMAT RASULULLAH S.A.W..tapi pernahkah kita sayang akan baginda??sekadar di mulut.."aku sayang dan cinta Rasulullah"..sekadar tulisan..tapi kita tak pernak ISTIQAMAH dalam melaksanakan sunnah baginda..tak pernah ingat pesan baginda..kalau ingat,hanya saat kita dalam kesusahan,kesedihan,kegagalan..sama seperti hubungan kita dengan Allah..tapi saat kita gembira,berjaya,bahagia,pernah tak perkataan Alhamdulillah itu keluar dari mulut kita??

aku tulis bukan sahaja peringatan kepada semua,tetapi peringatan yang cukup keras kepada diri akau sendiri..aku akui,aku jugak sering lalai..leka..sebab itu berulang kali aku berdoa selepas sujudku pada Yang Esa.."Ya Allah,pimpin aku saat aku leka,ingatkan aku saat aku alpa,tegurlah aku bila aku mulai jauh dari-Mu.."

sekarang orang sibuk memperkatakan tentang sambutan HARI VALENTINE dan MAULIDURRASUL..alhamdulillah..dari pandangan aku,sambutan Maulidurrasul lebih menjadi perhatian umat Islam:) memikirkan tentang tu..pernah jugak terlintas,betapa beruntungnya jika kita hidup pada zaman Rasulullah..sentiasa dekat dengan baginda..tapi mungkin masih ada hikmah disebalik semuanya.."YA ALLAH,SAMPAIKAN SALAM RINDUKU KEPADA KEKASIHMU JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH S.A.W.."

*terlalu dambakan teman seindah Rasulullah*tapi,siapalah aku untuk memiliki teman sebaik itu,aku taklah setabah,semulia,sekuat,dan sesetia isteri-isteri baginda..cuma aku sering memohon,supaya aku dikurniakan insan yang mampu membimbing aku,menegur kesalahanku secara hikmah..dan yang penting menjadi ayah yang baik untuk anak-anakku nanti..AMIN..

p/s:pernah terbayang teman hidupku bersolat,berjemaah bersama dua orang si kecil yang setia di belakangnya sebagai makmum..aduh,comelnya~ *i'm crying:(*


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. salam maulidur rasul kepada anda,,,, thax 4 dis entry,, rmai yg lupe na mngingat rasulullah,, they just tawu na ckap vlntine hram je,, ccat,, hehe btw,, i wanna ask mcm mne akk wt yg tpi tuh,,? de gb,yt, icon tuh,,

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...