Khamis, 10 Februari 2011

HUKUM BERSANGGUL TINGGI

salam keindahan dunia..
hari ni usha MYMETRO..
dan jumpa artikel ni..

jadi,apa pendapat korang??
ustaz aku pernah cakap,
perempuan,walalupun bertudung,
tak boleh buat sanggul yang tinggi..
sebab,lelaki akan tahu yang dia berambut panjang..
contoh situasinya..
lelaki nampak perempuan bertudung,
bersanggul tinggi..
mesti terlintas dalam hati dia..
"owh,rambut dia mesti panjang.."
dan tak mustahil dia akan membayangkan wajah perempuan itu tanpa tudung di kepala..
begitu kan??


kita kena tahu yang menutup aurat bukan sekadar zahir,
tetapi juga secara batin atau dalaman..

menurut artikel tersebut,
tiada hukum khas,
mari ambil sedikit input di dalamnya..

Rasulullah bersabda: "Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat." (Riwayat Ahmad).

Seterusnya: "Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini." (Riwayat Muslim).



cikgu aku pulak pernah cakap,
(wow,nampak macam aku pelajar yg baik kan..hihihi)
wanita yag berhias berlebih-lebihan,
which mean,
bukan sahaja untuk suaminya,
disebut sebagai TABARRUJ..

klik untuk enfagrow:)

jadi,aku nak mengingatkan diri aku dan juga wanita lain..
walaupun kita bertudung,
tak bermaksud kita telah sempurna dalam
menurut perintah-Nya untuk menutup aurat..
kadang-kadang kita tak perasan ada bahagain-bahagian
yang telah kita dedahkan sejak sekian lama..

walaupun dikatakan tiada hukum khas
dalam soal ini,
tapi kita seharusnya berwaspada
dan berusaha menjauhi perkara yang syubahah..

jom sama-sama kita cuba perbaiki
cara kita berbusana,
agar kita tidak dicalonkan sebagai golongan
yang
DILAKNAT..

p/s:semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya..AMIN~


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...