Isnin, 23 Mei 2011

SELAMAT TINGGAL OPRAH! OPRAH THE BEST!!

OPRAH Winfrey mengesat air mata apabila seorang demi seorang selebriti memeranjatkannya pada rakaman dua episod ‘Selamat Tinggal’ yang mendahului episod terakhirnya.

“Terima kasih tidak cukup, tetapi apa lagi yang boleh saya cakapkan selain ‘terima kasih,’” kata Oprah kepada 13,000 orang yang berkumpul di United Center, Chicago untuk acara "Surprise Oprah! A Farewell Spectacular." Penonton berdiri untuk memberi tepukan apabila Oprah berjalan ke pentas. Kemudian muncul pula satu per satu bintang undangan, sebagai memenuhi janji penerbit Oprah mengenai kehadiran sejumlah besar selebriti ternama filem, muzik dan televisyen.

pix_middle

Aretha Franklin menyanyikan lagu 'Amazing Grace.' Tom Hanks bertindak sebagai hos untuk malam itu. Michael Jordan, yang mengetuai pasukan bola keranjang Chicago Bulls untuk menjuarai kejohanan NBA enam kali sepanjang 1990-an memberitahu Oprah bahawa dia menjadi inspirasinya. Tom Cruise yang terkenal kerana melompat di atas kerusi ketika dalam rancangan Oprah juga hadir. Kemunculan pelawak, Jerry Seinfeld yang lengkap berpakaian tuxedo membuat penonton tidak kering gusi. Dan Madonna memberitahu Oprah, dia adalah antara jutaan orang yang mendapat inspirasi daripada wanita itu.

"Dia memperjuangkan apa yang dipercayainya walaupun ia membuatnya tidak popular," kata Madonna.


"Anda sentiasa berpengaruh dan itu yang ditanamkan dalam kehidupan kami," kata Cruise kepada Oprah.

Oprah Winfrey, kerana anda ramai wanita berjaya meningkatkan tahap kefahaman mengenai siapa diri kami dan paling penting, apa yang boleh kami capai," kata Beyonce.

Oprah juga menerima mesej daripada peminatnya yang kurang terkenal. Anggota tentera wanita Amerika menghantar rakaman mesej dari Iraq dan tiga peminatnya dari negara luar juga muncul di atas pentas.

sumber:Metro

masih ingat lagi tarian yang diadakan sepanjang jalan di Chicago,diiringi nyanyian Black Eyed Peas pada September 2009?sangat best dan terbaik!!!suka!!


p/s:gila ramai...memang...perghh..

post sebelum ini>ALUNAN MERDU AZAN DALAN GEREJA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. hi blogger btuah k 500,nk hadiah ke,duit ptptn xmsuk lagk ..hehe..

    sy mmng x follow sngt ngan oprah ni.. huhu.. p dia nk mmng berpengaruh besar kan..

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...