Khamis, 12 Mei 2011

SATU KISAH BEBERAPA HARI SELEPAS HARI IBU

assalamualaikum..sempena hari ibu,aku tak post apa-apa entry pun kan?ish..ish..ish.. tak patut.. maaf ye mak.. wawa bukan tak nak post:)so,hari ni nak post sikit dan ada kena mengena dengan HARI IBU.

hari ini,adik kecilku,Farouq baru balik dari pertandingan catur peringkat daerah selama 4 hari.. haish,baru darjah tiga dah nak pergi wakil tu,wakil ni.. (dia peserta termuda yang mewakili daerah Rompin)dia menang 3 perlawanan,dan 3 lagi kalah..tempat ke-14 daripada 40 orang peserta.. jadi,bukan nak cerita pasal tu,tapi nak cerita part ni..

ayah:macam mana Awok(Farouq),best tak gi sana?
Farouq:best,nanti nak gi lagi:)
ayah:ada teringat kat mak tak malam2 tido? (sebab dia tak pernah berenggang ngan mak)
Farouq:tak... tapi ingat mak masa Awok kalah lawan chess.. *sambil sengih-sengih*

mungkin dia teringat,kalau dia lawan dengan mak,asal dia kalah je,mesti nak merajuk..tapi kalau menang,senang hati pulak.. dan bila dia berjauhan dengan mak,baru dia tahu kenapa mak selalu marah setiap kali dia merajuk sebab kalah..mak nak dia terima kegagalan sebagai satu cabaran untuk dia terus berusaha.. dan aku dah nampak sedikit kematangan dalam diri adik bongsu aku tu..buat kesekian kalinya,aku bangga dengan dia:)

dan sekarang,dia tengah lena tidur depan tv lepas tengok kartun Fairy Oddparents..penat kot.. semoga terus membesar sebagai anak yang berperasaan,adikku.. dulu dia pernah juga menyentuh hati aku.. dalam ENTRY INI..

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan"

http://1.bp.blogspot.com/_tIUTVNy2dUM/S-ZEwim-E6I/AAAAAAAAADU/cCrvTdIL24A/s1600/kasih-sayang-ibu.jpg

p/s:tak tahulah mak dah jumpa belum kad yang aku letak dalam bilik dia.. harap-harap dah jumpa.. SELAMAT HARI IBU,MAK!!

(post sebelum ini> AYAT INI MENGGUNAKAN SEMUA HURUF ROMAN! )
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. selamat hari ibu..
    everyday is a mother's day!!
    ;))

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...