Selasa, 25 Januari 2011

~tUMbuH tAHi laLAt?? (1)~


salam keindahan dunia:)
aku actually tak pernah tahu pulak yang tahi lalat boleh tumbuh
aku rasa ia wujud sejak lahir lagi..
tapi rupanya tak..
aku start perasan pun bila
tiba-tiba tahi benda alal ni terberanak(amboi bahasa!)
kat jari aku..
hahaha..
so,nak dapatkan lebih maklumat,
aku tanya la incik google..
biasa la..
segalanya di hujung jari anda,right?
:)

selepas baca,tengok,dan baca lagi
baru la aku faham..

tahi lalat terbahagi kepada tiga iaitu:
Atypical Nevus-
tahi lalat yang berbeza dengan tahi lalat biasa.ia hampir menyerupai simpton kepada kanser kulit,tetapi ia tidak berbahaya.Namun,pembentukannya yang terlalu banyak akan membawa kepada risiko kanser kulit..

Halo Nuves(macam nama game la!)-
tahi lalat yang berwarna pink(ada ek?) dan coklat yang dikelilingi oleh kawasan berkulit cerah.
ia biasanya dapat dilihat pada orang muda.ia akan hilang tetapi ia adalah satu petanda kepada sesuatu masalah pada kulit wajah kita:(

Congenital Moles-
tahi lalat yang muncul semasa kelahiran.ia wujud sebaik sahaja kita dilahirkan.
dalam BM sebut tahi lalat bawaan.

tahu tak yang tahi lalat boleh berubah?
kerana ia bergantung kepada pigmentasi tahi lalat itu sendiri..
mereka yang selalu terdedah dengan cahaya matahari dikatakan akan
mempunyai lebih banyak tahi lalat di tubuhnya..
(patut la mat saleh yang selalu berjemur tu penuh moles kat badan...uuuiiii)

jadi,apa jawapan kepada kemunculan tahi lalat di jari kanan aku ni?
haa..ia disebabkan pertambahan usia manusia..
semasa kecil,tak semua pigmen tahi lalat wujud sepenuhnya..
(bila tahu tentang ni,setiap kali aku tengok tahi lalat tu,
tiba-tiba keluar ayat dalam hati aku..
"aku dah makin tua la..")
hahahaha...


jangan salahkan aku ok!
aku tak terlibat dalam kes ni!!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...