Jumaat, 28 Januari 2011

PAGI-PAGI DIPANGGIL SELAMAT PAGI!!

salam keindahan dunia..
selamat pagi
selamat hari hujan
dan selamat hari jumaat

hari ini bangun awal(cheh!awal ke?)
sebab kena uruskan adik-adik kesayanganku
nak ke sekolah..
mak dan ayah pergi kursus..

ya!yang pastinya
aku terbangun bukan sebab jam loceng
atau dengar azan
atau lain-lain bunyi..
tapi sebab mak call..
"wawa,bangun!tengok adik-adik nak pergi sekolah tu.."
dan aku.."orait!!!"
tapi mata pejam lagi..
kuikuikui...

adik aku nak bawak bekal,
so,layan je la..
suruh bawak nasi lemak,dia tak nak..
"tak nak!berlemak!"
hey budak!yang berkumpul kat perut anda tu bukan lemak ke??
haish~
jam tak bunyi??chis!!

awal pagi,masih tak hujan..
tapi sekarang dah hujan..
jam pukul 7.23 pagi
waa....
banjir la nampaknya..
dan skarang tengah memikir nak sidai baju kat mana la yek..
dah jadi macam kedai baju borong dah..

hohohoho!!
rasanya ini entri aku yang pertama ditulis pada waktu pagi..
waaa..
maju nampak!!

p/s:hujan oh hujan,
kenapa engkau turun...
sila sambung la..
lagu zaman tak matang lagi..

:)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...