Jumaat, 28 Januari 2011

RASA MACAM NAK PAKAI BRACES

salam keindahan dunia:)
petang tadi baru selesai
tengok perlawanan badminton terbuka Korea
boleh tahan gak pemain China..
semua dia sapu habis..
lagi-lagi Lin Dan..
uuuuiii..
ok,dah keluar tajuk nih!
kembali ke pangkal jalan..
time tengok China lawan Jepun
along tegur
"eh,tengok..sume pemain Jepun JONGANG!"
dan adik aku sambung
"macam wawa la!!"

chis!ini satu penghinaan
hahaha..
dan aku pun balas utk membackup diri ini
"orang jongang memang hebat!"
tapi dalam hati segan seh!

sebenarnya dah lama simpan niat nak pakai BRACES
nak betulkan gigi aku yang tuuuttt nih..
mak cakap,
"tu lah,masa kecik,suka sangat tolak gigi guna lidah!"

huuuu~
gigi aku tak jongang sebenarnya
(taknak ngaku lagi tu!)
bahasa halus dia 'tak teratur'
ya!itu lebih sesuai..
kalau tengok cite Korea TV3,
budak nama Bom tu,
haa..lebih kurang macam tu la gigi aku..
uuu..MALU~

jadi,kat sini nak tanya,
siapa yang pernah pakai braces?
sakit ke tak ek?
aku dengar khabar,SAKIT!
BETUL KE??

masa sekolah dulu
aku pernah la wat rawatan gigi
disebabkan sakit,
aku rasa macam nak lempang je akak nurse tu..
mujur ada secebis lagi kesabaran aku..
kalau tak,tak pasal2 aku kena maki nanti..
"hang ni,aku nak tampal gigi hang,hang buat kuangjaq lak!dusshh!!"

so,gigi..
kau nak tak kalau kau cantik macam gigi orang lain?
nak?nanti kita(??) kumpul duit,kita buat facial ye..

ada warna warni la!!
kalau pakai yang ni,sumpah aku tak
akan keluar rumah!


NAK GIGI CANTIK!!!

p/s:tak suka bila bebudak ni nyanyi lagu Halimah Jongang
"jongang3x oh halimah jongang"
terasa seh!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. manada ko nmpak jonggang.. ish...

    BalasPadam
  2. ada!ada!!!
    uuu...:(
    kat segamat boleh buat braces kan?

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...