Ahad, 30 Januari 2011

OH INCIK OZ!!

salam keindahan dunia..
waa..nampaknya hujan masih semangat turun..
matahari pulak segan nak keluar..
sejuk betul..

ok,tahu tak BUKU NOTA?
hehehe..mestilah tahu kan..
well,semua dah tahu kegunaan beliau dalam hidup kita..
tapi sekarang dunia dah maju,
tak main la buku-buku ni..
right?

masa aku kemas meja aku,
nampak buku nota yang banyak bantu aku
time form 6 dulu..
nama beliau OZ..
ya,aku panggil dia OZ..
sebab...

INCIK OZ..

masa sekolah rendah dulu,
cikgu selalu pesan,
sediakan buku nota,supaya kita tak selalu lupa..
tapi aku tak pernah nak ikut..
rasa macam takde guna pun..
tue yang banyak kerja yang tak buat(ha!dah kantoi!!kuikuikui~)
tapi,start form 6,
rasa macam kena buat sesuatu..
(terlalu lambat untuk sedar..huuu~)
then,bermulalah wujudnya sahabat aku ni,INCIK OZ..
beliau banyak bantu aku..

incik oz aku bahagikan kepada tiga part..
part depan>semua perkara yang aku perlu buat..
part belakang>semua ayat bombastik yang aku jumpa dan dengar,
aku tulis kat bahagian belakang..BM dan BI..
part tengah>semua idea yang aku dapat untuk ditulis dalam blog..
dan jugak result aku sepanjang tahun..
kenapa tulis kat tengah?
sebab taknak bagi orang baca,
biasanya orang akan selak buku dari depan atau belakang..
jarang orang nak tengok part tengah..
:)

aku banyak bergantung pada incik oz,
sampai nak beli pen pun,
aku akan tulis dalam buku tu sebagai peringatan..
"pen abis dakwat,beli baru!!biru dan hitam"
itu antara dialog incik oz pada aku..

beliau jugak termasuk dalam individu yang bergelar kaunselor..
sebab..
ni kat bahagian belakang sekali..
tulisan tak cantik,tapi actually banyak membantu..
lantak korang ank cakap apa,
macam budak2 ke,apa ke..
yang aku tahu,ini cara aku untuk keep go on,ok!

lokasi incik oz biasanya dalam poket aku..
tak kira ke mana aku pergi,
rehat ke,bilik guru ke,padang ke..
dia selalu ada..
wee..
macam ceritera cinta seh~


oh!oh!
incik oz ada ni..


promote kedai buku Popular sat..
aku tepek benda ni kat muka depan..
senang kalau nak view tarikh..

sebagai naib presiden PROGEN,
kena jugak start banyak benda,dan incik oz bantu aku lagi..
nak tetapkan tarikh..
sebab aku takkan usung kelender besar gedabak tu sana sini..
cukup la dengan adanya incik oz..


jadi INCIK OZ,
SAYA SAYANG AWAK OK!
saya abadikan awak dalam blog kesayangan saya..
sebagai tanda sayang saya pada awak..
INCIK OZ IN MEMORY!!
:)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...