Ahad, 7 Ogos 2011

JOM CARI MALAM LAILATULQADAR

assalamualaikum,selamat pagi!!! hari ini Ramadhan yang ke-7,dah cukup seminggu,rasa macam sekejap je masa berlalu.

kita biasa dengar tentang MALAM LAILATULQADAR,dan sedia maklum tentang kelebihan yang diperoleh bagi sesiapa yang beribadat pada malam tersebut.kita juga sedia maklum yang tak semua orang boleh dapat.

Rasulullah pernah bersabda: adalah malam Qadar berlaku pada satu malam dalam 10 malam terakhir(hari ganjil) bulan Ramadhan.

walaupun lambat lagi,tapi nak kongsi jugak..

petua oleh Imam Ghazali dan ulama-ulama lain untuk mencari malam Lailatulqadar. Jikaawal Ramadhan jatuh pada hari:

1)Ahad atau Rabu-mungkin berlaku pada malam 29 Ramadhan.

2)Isnin-mungkinberlaku pada malam 21 Ramadhan.

3)Selasa atau Jumaat-mungkin berlaku pada malam 27 Ramadhan.

4)Khamis-mungkin berlaku pada malam 25 Ramadhan.

5)Sabtu-mungkin berlaku pada malam 23 Ramadhan.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.kita hanya mampu merancang,Dia yang menentukan..

Tanda malam Qadar ialah :
Link
1)malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2)siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3)pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


marilah sama-sama kita kejar nikmat Tuhan yang tak terhingga ini,sebab kita takkan tahu adakah kita sempat merasai Ramadhan untuk tahun hadapan.. wallahualam..

*sumber*

GURU SANGGUP BUAT APA SAJA ASALKAN MURIDNYA BERJAYA, KAN?


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...